88

83K 3.7K 1.9K
                                        


"Kau apahal? Nak kena hempuk ke apa ni?" Soal Kiara pelik apabila Mia tiba tiba tersengih seorang diri.

"Weh." Lengan Kiara ditarik, "Handsome lah dia." Kata Mia dengan wajah miangnya.

Kiara kerut dahi, "Siapa? Laki aku?"

Terus penumbuk ditunjukkan, "Ada rasa nak buat plastic surgery? Kalau ada, roger lah aku."

"Nak carut macam dosa hm..." Balas Mia dengan pasrah. "Bukan dia lah!" Bahu Kiara ditepuk kuat oleh Mia.

"Habistu? Siapa?"

"Heheheh Zakaria." Balas Mia dengan yakin.

"Zakaria?" Bertambah kerut dahinya. Sejak bila mereka ada kawan nama Zakaria?

Lama kemudian, bahu Mia pula ditepuk. "Zander lah gila!"

Kiara geleng kepala banyak kali. "No no no no. Aku tak restu. Kau tak boleh dengan dia."

Mia menggosok bahu yang dipukul, sakit tau. "Ha dia lah yang aku cakap. Aku suka. Badboy. Aum."

Kiara membuat muka meluat, "Eeee. Tak taste betul!"

Kemudian wajah Kiara berubah berkerut kembali, "Tapi aku pelik. Kau ni kan banyak peminat. Diva. Instafamous. Asal depan dia kau jadi pemalu semacam?"

"Hehehehe malu lah dengan abang Zakaria." Baju dipintal pintal.

Kiara geleng kepala, "Kau tak payah lah minat dia ke suka dia. Minat orang lain. Dia tu...Haish."

"Alaaaa, kenapa? Biar lah. Dia nampak baik je."

Kiara mengeluh. Tangan Mia dipegang. Wajah Mia dipandang dalam dalam. "Kalau aku cakap ni, kau jangan terkejut. Boleh?"

"K-Kau nak cakap apa?" Tanya Mia takut takut.

"Sebenarnya...Keluarga aku, Adrian dengan kawan kawan dia...Kitaorang semua..."

"Apa?" Mia menanti dengan penuh sabar.

"Keluarga aku keluarga mafia. Suami aku dengan kawan kawan dia pun sama."

PRAK!

Dan terjatuhlah gelas yang berisi jus epal yang dipegang oleh Mia.

Mia geleng banyak kali. Apa?!






Dengan gembira Rafael membawa Amelia keluar pada hari ini. Scandalku yang 9677, bakal isteriku. Itu pun kalau berjaya lah.

"Baby Mel, lepas ni kita pergi makan ais krim nak? Godiva."

Amelia hanya sekadar mengangguk. Dari tadi dia dengan Rafael, dia masih diam. Dia sebenarnya...tidak sukakan Rafael. Abang, tolong lah adik kau ni!

Dah banyak kali dia tolak mahu keluar dengan Rafael. Tetapi disebabkan kesian, ajakkan Rafael yang ke 19 ini dia terima.

Jauh disudut hatinya dia mahukan kawan abangnya yang lagi satu. Tapi rasanya nipis je harapan dia bersama jejaka itu. Jejaka itu selalu dingin dan tak banyak cakap. Hm.

Mereka beratur untuk membeli ais krim. "Baby nak perisa apa?" Soal Rafael lemah lembut.

"Uhm," Amelia melihat menu, "I nak satu-"

"Ayang?!" Suara seorang perempuan. Rafael teragak agak untuk toleh. Kenapa suara tu macam dia kenal je?

Rafael tak hiraukan. "Sambung lah baby Mel. You nak apa tadi?"

"I nak-"

"Ayang? Is that you?" Mereka dapat dengar lagi suara itu dan Rafael rasakan seperti ada wanita sedang mendekati mereka.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang