48

66.1K 3.3K 1.4K
                                        

"Dia macam mana doktor?" Soal Adrian sebaik sahaja doktor peribadi keluarga Adam Kamil selesai memeriksa Kiara.

"Kiara terkejut tapi alhamdulilah, she's fine now. Saya juga dah beri Kiara ubat."

Adrian mengerut dahi, "Ubat? Ubat apa?"

"Oh ya saya lupa beritahu Tuan Adrian. Saya doktor yang sama yang merawat Kiara 19 tahun dulu. Arwah daddy Kiara pernah pesan untuk bekalkan Ubat hilang ingatan kepada Kiara. Ubat itu saya dah suntik tadi."

"Dos yang tinggi ke doktor?"

Doktor itu geleng, "Dos paling rendah."

"Kalau dia bangun rasanya perkara tadi dia ingat tak?"

"Ye, memandangkan dosnya rendah jadi effect dia akan lambat sedikit. Kiara perlu kerap makan ubat dalam bentuk pil kalau mahu ingatannya cepat pudar. Tapi daddy Kiara selalu pesan yang hanya bagi jika Kiara mimpi buruk, takut penyakit lain yang akan timpa kepada Kiara kalau dia kerap makan ubat."

Adrian angguk menandakan yang dia faham.

"Kalau macam tu, saya balik dulu."

Baru doktor itu lima langkah kehadapan, Adrian bersuara menyebabkan doktor itu berhenti. "Tolong berikan dia suntikan lagi. Saya nak at least bila Kiara bangun, dia tak ingat pasal hal tadi."





Kiara perlahan lahan bangun. Dia melihat sekeliling, dia berada di rumah.

Kiara bersandar di birai katil, mencari kelibat Adrian.

Dia pegang kepalanya yang berasa sakit dan berat.

"Kiara?" Adrian yang baru keluar dari bilik air itu terus menghampiri Kiara apabila dia perasan yang Kiara sudah bangun.

"Hey..." Adrian duduk disisi katil itu. Tangannya memegang tangan Kiara, "Dah bangun, hm?"

"Rian..." Panggilnya meleret, "Kie...Kie mimpi."

Adrian hanya sekadar senyum tipis mendengar Kiara kata begitu, "Kie mimpi apa?"

"A-Ada orang kacau Kie time buat kerja."

"Lagi?"

"Dia...Dia cuba nak r..." Kiara tidak menyambung perkataan itu. Dia tidak suka. Bagi dia, perkataan itu jijik dan kotor.

"Nak peluk?"

Kiara mengangguk laju. Dia memeluk tubuh Adrian, "I takut."

"Takpe," Adrian mengusap lembut rambut Kiara, "Aku kan ada."

Kiara hanya diam dan memeluk Adrian erat.

"Lagi? Kau ada ingat apa apa lagi tak?"

Kiara geleng. "I ingat sampai situ je."

Adrian hanya senyum nipis. Maknanya, memori yang dia datang selamatkan Kiara sudah terpadam. Memori yang dia tuturkan sayang buat pertama kali secara ikhlas juga sudah terpadam.

Kiara melepaskan pelukan.

Dia memandang sekeliling. "Rian, bukan ke I dekat office tadi?"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang