31

64.5K 3.1K 1.1K
                                        

Kiara perlahan lahan membuka mata. Sedikit hampa apabila toleh kesebelah tiada Adrian. "Ingatkan dia tidur sini, hmm."

Kiara lekas bangkit dan mula turun ke bawah, "Rian?" Bayang bayang Adrian dicari.

"Wahhh, you tengah masak ke ni?" Kiara yang baru turun itu laju saja datang ke arah Adrian.

"Dah tu kau nak aku mati kebulur dalam rumah ni dengan kau ke? Dah lah bini tak reti masak."

Kiara menjulingkan matanya ke atas. Kemudian dia berdiri disebelah Adrian, "Rian masak apa ni? Sotong?"

Kiara berpaling melihat Adrian semula, "Nak tolong boleh?"

Adrian angguk, "Ambil air panas sikit dekat coway tu."

Kiara memberikan dia cawan kecil yang berisi air panas. "Nah."

"Tuang sikit."

Kiara menuang sedikit air di dalam sambal sotong yang dimasak oleh Adrian itu.

"Siapa yang ajar you masak?"

Diam.

Kiara mencebik. Baru sahaja mahu pergi ke depan, Adrian bersuara.

"Ambilkan gula dekat situ."

Kiara ikut cakap Adrian. Ada dua balang. Dan dua dua serupa.

"Uhm...ni kot." Kiara mengambil satu balang yang dibelah kiri.

"Nah."

Adrian lihat balang yang diberikan okeh Kiara, "Apa ni?"

"Ni gula lah apa lagi."

"Haih kau ni. Teruk betullah." Adrian geleng kepala, "Ni bukan gula lah, ini garam."

Kiara mencebik, "Mana ada teruk! Dah rupa dia sama!"

Adrian geleng kepala, gula dengan garam pun tak tahu. Haih.

Kiara nak pergi depan. Nak merajuk!

"Kiara."

"Tak nak tolong Rian dah!"

"Sini lah, tolong aku kejap." Pinta Adrian lembut.

Kiara toleh dengan wajah masam mencukanya, "Pe?"

"Amboi garangnya." Adrian ketawa kecil lalu menutup api sotong itu.

Kiara memandang Adrian, Dia...Dia gelak dengan aku?

Kiara senyum lebar. "Nak tolong apa?" Terus berubah intonasinya.

"Tu, tolong kacaukan kejap. Aku nak basuh tangan."

Kiara angguk dan pergi ke arah kuali yang berisi bawang dan ikan bilis di dalamnya, "Nak buat apa ni? Sayur eh?"

Diam. Haih takpelah, dah biasa kena.

Adrian datang semula ke arah Kiara setelah habis siap membasuh tangan, "Kau tengok je buat apa? Letaklah sayur tu," Adrian terus ambil sudip dari tangan Kiara. Kemudian tangan sebelahnya lagi mengambil bekas yang berisi kubis.

"Tu apa?"

"Kubis."

Kiara angguk, mulutnya terus berbentuk O, "Ohhh."

"Nah kacau kejap." Kiara angguk dan kemudian Adrian pergi mengambil perasa. Nanti suruh Kiara ni bukan dia tahu pun. Silap silap dia bagi gula perang pula.

Adrian kembali dan ambil semula sudip dari tangan Kiara. Kiara pula hanya lihat sahaja Adrian memasak.

Sekali sekali dia memandang wajah Adrian dengan badan tegapnya, Patutlah Nia suka sangat dengan dia. Well I can't deny it, he really handsome. He really does.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang