18

55.3K 3.2K 375
                                        

"Get lost! Sebelum lagi teruk kau kena!"

Anatasia tersenyum sinis, dia keluar dari bilik itu.

Buka sahaja pintu, seorang lelaki baru sahaja ingin masuk. Anastasia melihat wajah lelaki itu, dia tersenyum, "K."

"Long time no see K. Dree tengah bad mood."

"Dia buat ni dekat kau?" Keith melihat kesan cengkaman Adrian di leher Anatasia.

Anatasia mengangguk perlahan, meminta simpati.

"Kalau kau nak kena lagi sekali, bagitahu aku. Biar aku pula yang sambung kerja Dree." Balas Keith, macam dia tidak tahu perangai Anastasia.

"Yall semua tunggu je lah, Tauke tak akan duduk diam sebab dah sentuh Princess dia." Anatasia merapatkan wajahnya. "Dan you, you jangan ingat yang you boleh sekepala lagi dengan mereka semua. Sedar diri sikit, you tu pengkhianat and Adrian benci pengkhianat." Balas Anatasia sambil tersenyum sinis.

Setelah itu dia terus pergi meninggalkan Keith di depan pintu seorang diri. Sebelum membuka pintu bilik Adrian, Keith menutup kedua matanya rapat, berharap agar tiada perkara buruk akan berlaku. Dia masuk ke dalam bilik itu.

Semua mata tertumpu ke arahnya.

Zander berdecit saat melihat Keith masuk ke dalam bilik kerja Adrian. "Tch, dia berani tunjuk muka pula dah."

"K-Keith?" Zayyan membulatkan matanya saat melihat Keith di depan pintu.

"Keith, kau buat apa dekat sini?" Tanya Harraz, muka bengang dilemparkan. Berani betul dia jejak kaki di sini selepas apa yang dia telah buat.

"Aku, aku nak jumpa korang. Boleh tak?"

"Kau ingat ni company bapak kau ke main masuk macam tu?" Balas Adrian dingin.

"Kau nak apa?" Tanya Rafael pula.

"Aku nak minta maaf." Keith menutup pintu.

"Siapa benarkan kau masuk?" Zander pula yang bertanya, wajahnya sudah menjadi lebih garang.

Adrian yang berdiri di tepi mejanya itu dipandang oleh Keith, melihat wajahnya sahaja Keith sudah tahu yang mood Adrian tidak baik sekarang. Ya lah, tadi Anastasia, ini dia pula.

Keith mengendahkan yang lain, dia pergi ke arah Adrian. Dia berdiri di hadapan lelaki yang dulu pernah menjadi sahabat baik dia.

"Balik Keith, aku tak nak cakap apa-apa dengan kau." Balas Adrian tanpa nada.

"Aku minta maaf Dree, aku salah, tapi ada sebab-"

"Kalau kau ingat dengan cara kau datang and tolong kitaorang haritu boleh buatkan kitaorang maafkan kau, then kau silap. Sekarang, aku nak kau keluar." Potong Adrian.

"Dree, tolong bagi aku explain perkara yang-"

"Get out!" Adrian meneking. Wajah Keith dipandang tajam seperti mahu menelan.

Keith menutup kedua matanya. Perlahan-lahan dia melutut, "Dree, tolong, aku terpaksa."

Yang lain hanya melihat sahaja aksi ampun-mengampun Keith dan Adrian. Tak sangka pula Keith akan melutut dihadapannya.

"Berambus lah Keith, tak payah nak minta simpati." Zander mencelah.

Adrian mencangkung menghadap Keith, "Kira elok lah aku tak pernah buat apa-apa dekat kau. Jadi sekarang ni, blah!"

"Dree, aku tahu aku tak patut buat macam tu. Tapi aku tak ada pilihan, kalau aku tak buat semua tu, diorang akan attack kau. Aku tak nak apa-apa jadi dekat korang. Betul, aku tak tipu."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang