"Asalamualaikum." Ucap Kiara saat dia masuk ke dalam rumah.
"Hati hati." Sempat Adrian berpesan dan kemudian dia menutup pintu.
"Jom," Tangan Kiara dipegang lalu mereka ingin naik ke atas.
Baru sahaja kaki Kiara ingin mencecah anak tangga, tangan Adrian yang memegang tangannya itu menarik tangan Kiara.
Kiara toleh, "Ya Rian?"
"Kau tak boleh naik tangga."
"Hm? Habistu Kie nak naik macam mana?"
"Naik aku."
Merona merah pipinya. "Apa Rian ni. Dah lah tak nak."
"Elele tak nak pula," Laju saja pinggang Kiara dirangkul dan kemudian dia mengangkat Kiara gaya bridal style. "Lepas ni kalau nak naik tangga atau turun, panggil aku."
"Tapi..."
"Tapi apa?"
Kiara geleng. Malu sebenarnya. Terus saja wajahnya disembabkan di dada Adrian. "Thank you." Katanya perlahan.
Adrian senyum, "Sama sama baby Kie."
Adrian meletakkan Kiara diatas katil perlahan lahan. "Now, pergi mandi."
Kiara angguk.
"Aku mandikan eh?"
Terus membulat mata Kiara, "A-Apa you cakap tadi?"
"Aku cakap, aku mandikan."
Kiara menahan diri dari sengih. "Ish apa ni! Tak nak lah."
"Ala nak malu buat apa? Aku dah pernah tengok-" Adrian berhenti. Dia mengetap bibir, aduh terlepas pula.
Kiara mengerut dahi, "Rian cakap apa tadi?"
"Err, tak ada apa. Mana ada aku cakap apa apa."
"No no, Kie dengar tadi. Rian pernah tengok apa?"
Adrian menggosok belakang lehernya, dia sengih. "Kau."
Terus butang anak mata hitam Kiara. "A-Apa Rian cakap ni? Bila masa pula..." Dia sendiri tidak tahu.
"Haritu. Time kau tak sedarkan diri." Balas Adrian selamba.
"Hah? Bila pula?" Makin berkerut dahi Kiara sehingga dah nak bercantum dah keningnya.
"Time kau pengsan. Aku tukarkan baju kau."
Kiara didukung dan Adrian meletakkannya perlahan lahan di atas katil.
Doktor sudah dihubungi dan akan tiba sebentar lagi.
Adrian menggaru kepala yang tidak gatal, "Dah macam mana pula nak suruh Kie tukar baju ni? Takkan lah doc sampai nak tengok dia macam ni?"
Puas dia berfikir dan dia tiada jalan lain. Nak suruhkan perempuan yang tukarkan, mana ada orang lain. Akhirnya, dia lah yang perlu buat.
Baju Kiara diambil dari bilik pakainnya.
Kemudian dia kembali ke katil, "Em, sorry Kie. Sumpah aku bukan nak ambil kesempatan. Aku nak tolong je."
"Okay lah fine, sikit je lah kesempatan."
"Tapi the rest, takkan lah aku nak bagi doc tu tengok bahu kau. Memang tak lah! Aku je yang boleh tengok."
Adrian duduk disisi katil, "Jangan marah tau Kie."
Menggeletar sikit tangannya, "Auzubillah- Ehh salah."
Adrian menutup matanya, "B-Bismillah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
