73

69.8K 3.2K 365
                                        


Kerana degil, Kiara tidak endahkan syarat syarat Adrian yang diberikan kepadanya.

Syarat pertama,

"Kalau aku tak ada selama tempoh kau sakit, kau kena duduk rumah tok abah."

Dan syarat itu sudah dia langgar kerana dia sudahpun berada di rumah Adrian.

Syarat kedua,

"Aku tak benarkan kau pergi office selagi kau sakit."

Syarat yang bakal dilanggar kerana sekarang dia sudahpun bersiap untuk ke pejabat.

Syarat ketiga,

"Kau tak boleh drive. Kalau nak keluar, mesti Pak Jamal yang hantar."

Dan lagi sekali, syarat yang bakal dia langgar dan sudah dilanggar. Dia mengambil kunci kereta dan ingin ke Cyrez. Sudah dua minggu dia tidak ke pejabat.

Masuk sahaja di Cyrez, kesemua pekerja bangun apabila melihat kelibat Kiara.

Kiara memandang mereka semua, "Kenapa pandang saya macam tu?"

"P-Puan buat apa dekat sini?" Setiausaha Ira bertanya takut takut.

"Aik? Kenapa? Dah tak boleh ke? Company saya, suka hati saya lah."

"Tapi Puan...Tuan Adrian dah beritahu kami yang Puan tidak akan masuk kerja buat sementara waktu. Dan...Tuan Adrian tak benarkan Puan masuk office."

Sampai ke pejabat dia control aku. Ish.

Kemudian mata Kiara tertumpu ke arah Daniel, "Nak buat apa tu?" Soalnya.

Terus Daniel meletakkan semula telefon bimbitnya perlahan. Bergetar bibirnya apabila Kiara soal begitu.

"Kenapa? Nak report dekat Tuan Adrian yall?" Sambung Kiara.

Yang lain terus diam.

"Dengar sini semua. Korang semua berkerja dibawah saya, bawah Cyrez and not Max. You listen to my order and command. Faham?" Tutur Kiara tegas.

Kesemua pekerja di tingkat itu menunduk wajah.

Terus Kiara sambung berjalan masuk ke dalam bilik pejabat, "Ira, ikut saya."





"Itu je ke Ira?"

"Yes Puan. Itu je untuk harini."

Kiara mengangguk faham. Kemudian matanya memandang ke arah fail fail di atas meja. Satu demi satu fail diperiksa.

"Mana report dari finance department?" Mata memandang setiausaha Ira dihadapannya.

"Oh, report mereka kata akan hantar kejap lagi Puan memandangkan Tuan Farrel tak ada, jadi-"

"Stop." Potong Kiara. "Apa awak cakap? Farrel tak ada?"

"Errk ya Puan. Tuan Farrel tak datang harini."

"Mana dia pergi? Cuti?"

Setiausaha Ira angguk, "Mereka kata Tuan Farrel ada urusan penting."

Kiara pelik, kenapa dia tak tahu apa apa pun? Kenapa Farrel tak beritahu yang dia cuti?

Terus Kiara bangun dari tempat duduk.

"Puan nak pergi mana?"

Tanpa menghiraukan kata kata setiausaha Ira, Kiara terus menampak keluar dari bilik.






"Puan." Encik Taha bangun apabila kelibat Kiara datang menyapa.

"Farrel. Where is he Encik Taha?"

"Tuan Farrel tak ada Puan. Ada urusan luar."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang