84

87.3K 3.8K 1K
                                        


"Boleh Kie masuk?"

"Hm." Adrian gumam dan tangan masih sibuk menaip di laptop.

Kiara masuk ke dalam bilik kerja Adrian, kaki dihentak hentakkan, "Riannnn." Panggilnya.

"Hm?"

"Riannn, Kie stress lah." Dia berdiri dihadapan Adrian yang masih sibuk dengan laptop.

"Kenapa stress? Pergilah tengok drama korea Kie tu."

Kini meja kerja Adrian ditepuk, "Pandang lah Kie!"

Terjungkit bahu Adrian kerana terkejut, kedua matanya tertutup rapat, sabar Adrian.

Dia berpaling memandang Kiara dihadapan perlahan lahan, "Ya Kiara?"

"Kie stress."

"Sebab?"

"Kenapa order Kie tak sampai sampai?" Kiara membuat muka cebiknya, "Penat lah Kie tunggu." Katanya merengek.

Adrian yang serius tadi terus ketawa. Aku ingatkan dia stress pasal apa tadi.

"Kenapa gelakkkkk?!" Kakinya dihentakkan lagi. "Tak lawak lah!"

Adrian geleng kepala melihat Kiara, dia bangun dan berdiri disebelahnya. "Mana ada order terus dapat. Kenalah tunggu-"

"Dah dekat sebulan Kie tunggu! Asyik tak ada stock je. Kenapa lambat sangat dia sampai?"

"Kie," Rambut Kiara diselitkan ditepi telinga, "Mana ada order je terus dapat."

Wajah Adrian dipandang, "Apa kata kita tukar? Kita guna Shopee lah pula. Lazada lambat sampai lah."

Adrian geleng kepala melihat perangai Kiara yang seperti budak budak itu.

Kiara menunduk, "Ya lah ya lah. Rian sambung lah kerja tu. Kie tak nak kacau, nak tengok game sotong kat bawah. Bye." Katanya dengan nada sedih. Sedih sebab order tak sampai sampai.

"Or..." Suara Adrian dibelakang memberhentikan langkah Kiara.

"Tah tah kau datang sini sebab nak ajak aku buat order. Kan?"

"Mana ada! Kie tanya je bila parcel nak sampai! Gatal!" Kiara terus menutup pintu dengan kuat.

Adrian geleng kepala lalu duduk semula ke meja kerjanya, "Bini siapa tu? Aku tak kenal."






"Cepat lah Zander! Majlis nak start dah!" Jerit Harraz dari bawah. Zander ni lambat betul nak bersiap. Kesian kalau dia ni ada isteri nanti.

"Ye sabar lah! Rambut aku tak siap lagi!" Balas Zander dari atas.

Harraz berdengus geram, "Dah lah lembab, lepastu aku juga yang kena drive." Katanya perlahan dan berlalu ke sofa.

"Ha mana Zander?" Soal Hayyaz bersama yang lain yang sedang menunggu di sofa.

"Rambut dia tak siap lagi." Balas Harraz lalu duduk disebelah Keith.

"Aku, Yaz dengan Raf satu kereta." Kata Zayyan.

"Aku, Raz dengan Zander." Balas Keith, "Korang nak gerak dah ke?"

"Nak tu memang lah nak tapi si Zander tu? Kang kalau gerak, dia bising sampai esok subuh." Balas Rafael.

"Okay dah siap. Jom." Zander turun ke bawah.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang