"Siapa yang masak ni?!!!"
Serentak kesemua yang berada di meja makan itu memandang sesama sendiri.
"Weh laki kau. Asal tu?" Soal Farrel terkejut. Adrian sudah terbatuk batuk di sinki.
"T-Tak tahu." Terus Kiara bangun dan pergi ke arah dapur.
"Rian? Y-You kenapa ni?" Soal Kiara gelabah. Tiba tiba wajah Adrian naik merah, dia batuk dan dari tadi dia pegang leher.
"A-Air Kie..."
Dengan pantas Kiara pergi mengambil air sejuk buat Adrian. "Nah nah, minum ni," Terus dia membantu Adrian untuk minum air.
"Kenapa ni Adrian? Apa yang tak kena?" Tanya Dahlia.
Adrian geleng kepala tanda tidak tahu, "T-Tak sedap mi." Kemudian gelas diletakkan di tepi, pelipis dahi dipicit perlahan.
"Siapa yang masak?" Tanya Adrian lagi.
"Mommy lah masak. Takkan lah tak okay? Yang lain makan okay je?" Tanya Dahlia pelik.
"Ada bau, busuk."
Kiara kerut dahi memandang Dahlia. Dahlia angkat bahu tanda tidak tahu.
Kiara kemudian menoleh melihat Adrian, "Habistu, you nak makan lagi tak?"
"Tak apa lah. I nak tidur, penat. S-Sorry mi." Terus Adrian berjalan pergi dari situ dan ayun langkah ke bilik tetamu tadi.
"Eh bro sikit je makan-"
"Diam. Aku tak nak cakap dengan kau." Terus Adrian memotong dan naik ke atas sambil tangan tidak berhenti memegang kepala.
Farrel memandang Nia disebelah, "Apahal tu dengan dia?"
"Tanya Nia asal? Mana Nia tahu." Balas Nia.
Kiara dan Dahlia serentak tiba di meja makan. "Kenapa tu dengan Adrian?" Soal Luqman kepada Dahlia.
"Tak tahu lah I. Dia kata mommy masak tak sedap." Dahlia memandang anak anaknya, "Tak sedap ke kids?"
"Sedap mommy." Serentak ketiga tiganya membalas.
"Habistu? Dah kenapa dengan Rian? Papa rasa okay je. Mana ada tak sedap." Balas Luqman pelik.
"Hmm," Kiara lihat ke arah tangga, "Adrian period kot. Tak apa lah Kie pergi tengok."
Yang lain geleng kepala. Suka hati je dia cakap macam tu dekat Adrian.
Kiara melangkah masuk ke dalam bilik tetamu.
"Rian?" Dia berjalan ke katil, "You tak nak makan ke? You tak makan dari petang tadi."
Adrian geleng, "Tak nak."
"Sikit pun tak nak?" Kiara duduk di atas katil.
Adrian geleng. Mata direhatkan dan satu tangan diletakkan di atas dahi.
"Hmm," Kiara mengeluh, "Sorry. I tak tahu kenapa you marah I tapi kalau apa apa yang I buat hari ni ada buat you marah, I minta maaf."
Tangan diangkat lalu rambut Adrian diusap, "Kalau I yang masak, you nak?"
Adrian buka mata, "Tak payah lah susah susah. Kau pergi je lah turun makan."
"Habistu you? Takkan lah you tak makan?"
Adrian geleng, "Tak nak makan. Tak ada selera."
Tangan Kiara merasa dahi Adrian, "You tak sakit."
"Kan aku cakap aku okay. Siapa kata aku sakit?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
