BAB 51

2.1K 71 0
                                    


"HUBBY masak semua ni?" Intan Sofea bertanya pada suaminya. "Ha'ah lah. Lagipun Hubby turun kerja petang juga. Awal lagi ni. Makan lah. Lepastu hubby hantar pergi kerja ya." Intan Sofea angguk sahaja dan duduk di hadapan suaminya.

Tengku Arash pun turut makan juga. Bila dilihat isterinya dia kesian pula bila Intan Sofea terpaksa kerja. Dia dah suruh Intan Sofea berhenti kerja tapi Intan Sofea yang tidak mahu.

Konon sebab dia bosan di rumah. Sebab itu lah dia kerja. "Kalau ada anak kan bagus." Dia tak sedar yang dia terlepas cakap. Intan Sofea terus memandang Tengku Arash. Riak wajah Intan Sofea terus berubah.

Dia berhenti makan lalu membawa pinggannya ke singki. "Sayang sorry lah Hubby tak sengaja." Tengku Arash terus memujuk. Intan Sofea tersenyum kelat.

"Tak pa saya faham. Mestilah hubby nak anak kan? Tapi kalau saya mandul. Saya benarkan hubby kahwin baru ya." Ujarnya lalu berlalu pergi. Moodnya terus hilang . Tengku Arash terus menarik tangannya. "Bukan salah Sayang. Salah hubby lah sebab sibuk sangat sampai tak ada masa untuk Sayang. Sorry ok?" Ucapnya.

Intan Sofea tersenyum sahaja lalu menyusap bahu suaminya itu. "Its fine hubby. Dah jom lah hantar saya pergi kerja." Beritahu Intan Sofea.

Tengku Arash mengangguk sahaja lalu mereka berdua berjalan ke ruang tamu. Kunci kereta yang berada di atas meja itu diambil beserta dompet dan telefon miliknya sementara Intan Sofea pula tengah membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

Bila dia mahu membuka pintu kereta, Tengku Arash terlebih dahulu membukakan untuknya. Intan Sofea senyum sahaja sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Bila dia melangkah masuk ke bahagian tempat duduk pemandu Intan Sofea terus menoleh memandang Tengku Arash. "Kenapa Yang?" Tengku Arash bertanya. Intan Sofea sekadar menggeleng sahaja.

Dalam 45 minit macam tu barulah mereka sampai di tempat kerja isterinya. Tengku Arash terus memandu keretanya masuk ke kawasana tempat letak kereta yang khasnya untuk pegawai atasan. Dia ada kad jadi dia boleh sesuka hati masuk.

"Kenapa sampai masuk? Selalu dekat luar je." Intan Sofea bertanya. "Saja. Tak payah lah Sayang nak masuk dari pintu hadapan. Dari sini je. Ni kad pegang ya." Dia menyerahkan kad berkenaan kepada Intan Sofea.

"Eh habis nanti hubby nak keluar?" Intan Sofea bertanya lalu dia mengambil kad berkenaan. "Hubby balik minta ambil adik lah. Sayang pakai lah kereta ni ya balik." Dia saja nak hantar Intan Sofea pergi kerja. Balik nanti tak perlulah Intan Sofea bersusah payah nak cari teksi mahupun minta hantar kawan kerjanya balik.

Intan Sofea segera memberi kad berkenaan kepada Tengku Arash semula. "Tak perlu lah. Nanti balik saya nak keluar kejap dengan Dira." Intan Sofea memberitahu. "Betul ni tak nak?" Tengku Arash bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Ya betul lah." Balas Intan Sofea lalu dia menyalami tangan suaminya itu. "Saya pergi dulu ya." Tapi belum sempat pun dia keluar dari kereta Tengku Arash menahan. "Kejap lah. Bagi hubby kiss dulu." Katanya.

Terus membulat mata Intan Sofea sebelum dia memandang sekeliling. "Nanti orang nampaklah." Ujarnya. "Tak de lah. Dekat sini pun tertutup dari cctv." Balas Tengku Arash. Dia kemudian mencium dahi isterinya sebelum mencium sekilas bibir milik Intan Sofea.

"Hubby tak balik untuk 3 hari tau. Jadi kalau ada apa-apa call je mama ya atau call hubby terus." Katanya. Intan Sofea angguk sahaja. Dia sudah biasa ditinggalkan suaminya. Tengku Arash pergi bukan sesuka hati. Dia pergi kerana kerjanya.

Tengku Arash tidak mahu sebenarnya meninggalkan isterinya itu seorang diri di ruman namun apa dayanya bila dia bekerja sebagai seorang pilot memang selalu tinggalkan Intan Sofea seorang diri di rumah.

Pada awal perkahwinan mereka pernah Tengku Arash menyuarakan cadangannya untuk dia berhenti kerja dan mencari kerja lain. Tapi Intan Sofea menghalang. Sia-sia lah selama ini dia belajar dan kemudian selepas kahwin dia berhenti kerja. Sudahlah dia baru sahaja naik pangkat.

Intan Sofea tidak mahu suaminya itu menyesal di kemudian hari. Dia tidak kisah pun ditinggalkan buat beberapa hari. Bukannya tidak boleh berhubung dengan Tengku Arash. Sekarang ini zaman moden, semua benda di hujung jari. Tekan buat video call terus dapat tengok wajah si dia. Senang dan mudah.





INTAN Sofea tengah menyiapkan kerjanya apabila secara tiba-tiba dia rasa perutnya seolah-olah memulas. Rasa sakit kian menjalar. Jadi dia pun segera ke tandas.

"Kau ok tak Intan?" Zati yang kebetulan keluar dari tandas terus menghampiri Intan Sofea yang sedang berpaut di sinki berkenaan. Intan Sofea angguk sahaja. "Tadi perut aku sakit jadi aku pergi tandas. Aku ingatkan sakit sebab period cramp tapi bila aku check tak de pula aku period." Intan Sofea memberitahu.

"Kau ada makan tengah hari tak?" Zati bertanya. Terus Intan Sofea menggeleng. "Tu pasal perut kau sakit. Kau lapar lah. Baik kau order makanan dekat food panda. Sekarang pun masih masa rehat lagi." Cadang Zati.

Intan Sofea sekadar mengangguk sahaja lalu mereka berdua berjalan keluar dari bilik air berkenaan bersama-sama. Dia baru sahaja nak membuka aplikasi food panda di telefon miliknya apabila tiba-tiba sahaja adik iparnya menghubunginya.

Dia terus menyuruh Zati berjalan dahulu sementara dia menjawab panggilan berkenaan. "Kenapa Ari?" Intan Sofea bertanya setelah menjawab salam dari Tengku Ariqah.

"Akak dekat pejabat ke atau keluar makan?" Tengku Ariqah bertanya. "Masih dekat pejabat lagi. Kenapa Ari?" Soalnya. Tiba-tiba pula di tanya keberadaan dirinya ketika ini. "Baguslah macam tu. Mama dengan Ari tengah on the way nak pergi sana." Gadis itu memberitahu.

Intan Sofea meng 'oh' kan sahaja sebelum berkata. "Jadi kenapa nak bagitahu akak? Ari dengan mama mesti pergi jumpa papa kan?" Teka Intan Sofea. "Eh tak. Nak jumpa akak. Sekejap lagi kitorang sampai ya. Akak kemas-kemas lah dulu." Tengku Ariqah memberitahu sebelum dia menamatkan panggilan berkenaan.

Dia sekadar menjongketkan sahaja bahunya sebelum berjalan semula ke tempatnya. "Siapa call?" Zati bertanya. "Adik ipar aku. Dia kata dia dengan mak mertua aku tengah on the way nak pergi sini. Katanya nak jumpa aku. Tapi entah kenapa." Intan Sofea memberitahu.

Pekerja yang berada di tingkat berkenaan lantas memberi tunduk hormat setelah Puan besar dan anak gadisnya melangkah keluar dari lif tersebut. Anak beranak itu terus menuju ke meja kerja Intan Sofea.

Dari jauh lagi kedengaran Intan Sofea bersama kawan sekerjanya yang sedang berbual-bual itu. Kelihatan sungguh rancak.

Intan Sofea segera berdiri lalu menghampiri Tengku Farida dan Tengku Ariqah bila dia ternampak tadi. Zati dan Nina pun turut membuat perkara yang sama.

"Mama, Ari." Sapa Intan Sofea. Tengku Farida senyum sahaja manakala Tengku Ariqah pula sibuk dengan telefonnya.

Apabila melihat gaya Intan Sofea dari jauh kelihatan seperti seolah-olah dia takut berhadapan dengan mama mertua dan adik iparnya itu. Pasti orag beranggapan bahawa Tengku Farida tidak menyukai Intan Sofea. Namun hakikatnya dia suka akan Intan Sofea memandangkan wanita itu merupakan satu-satunya menantu perempuannya.

"Intan dah makan ke belum?" Tengku Farida bertanya. "Belum lagi ma. Baru niat nak order makanan je." Intan Sofea memberitahu. "Hah baguslah tu. Tak perlu lah kamu order. Ni hah mama ada masak. Jom makan tengah hari sama-sama." Ajak Tengku Farida. Intan Sofea angguk sahaja dan mengikuti langkah Tengku Farida menuju ke sebuah bilik kosong yang khasnya untuk bermesyuarat.

"Arash ke yang suruh mama datang?" Intan Sofea bertanya apabila dia melihat satu per satu lauk yang berada di dalam bekas tupperware itu. Bukan sikit tapi banyak. Nak bagi makan sekampung ke apa.

Tengku Farida tersenyum sahaja lalu memandang Intan Sofea. "Intan memang kenal sangat dekat anak mama tu. Ya siapa lagi kalau bukan dia. Tadi dia ada pesan dekat mama sebelum dia fly. Katanya Intan dah lama teringin nak makan ni sambal udang. Jadi mama masakkan lah." Tengku Farida memberitahu.

Intan Sofea sekadar mengukirkan senyuman sahaja. "Terima kasih lah mama sebab sudi masakkan." Dia memang suka sambal udang yang dimasak oleh Tengku Farida. Sambal udang itu merupakan antara makanan kegemarannya yang dimasak oleh Tengku Farida.

******
Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now