MATA bayi itu bulat sahaja memandang mamanya yang sedang bersiap. Tangan nakalnya mengambil mainan miliknya lalu dibaling pada mamanya.
"Jangan lah Arin. Mama tengah bersiap ni." Intan Sofea menegur. Dia tahu anaknya itu memprotes tidak mahu dirinya ditinggalkan. Intan Sofea diminta untuk datang ke kampus kerana ada urusan yang dia hendak selesaikan. Dia mahu membawa Arin Daniel bersamanya tapi takut pula dia dimarahi pula.
"Mama pergi sekejap je. Nanti mama balik lah." Dia memujuk bayi itu. Arin Daniel semakin merengek dan mula memberontak. Habis semua benda dia mahu baling dekat mamanya. Akhirnya Intan Sofea menghubungi pensyarahnya untuk meminta kebenaran sama ada dia boleh membawa atau tidak anaknya ke kampus nanti.
"Alright thank you madam." mujurlah pensyarahnya membenarkan. Jika tidak memang lambat lah dia datang kerana mahu mengurus Arin Daniel pula. Jika ada suaminya mesti senang sahaja tapi Tengku Arash pun ada kerja. Nanti dia kerap minta cuti ada juga yang kena buang kerja.
Puan Suzana mengerutkan dahinya bila nampak anaknya itu turun bersama cucunya. Sudahlah ada bawa beg besar serupa mahu pindah rumah sahaja. "Bukan adik nak pergi kampus ke? Tapi kenapa tak tidurkan lagi Arin tu?" Puan Suzana bertanya.
"Dia tak nak ibu. Jadi saya terpaksa lah bawa sekali. Pensyarah pun tak kisah sangat." Balasnya sambil dia duduk memakaikan kasut pada anaknya. Mujurlah perutnya tidak besar mana kerana pasti sukar untuk dia menunduk dengan perutnya itu.
"Ok lah adik keluar dulu. Ibu ada nak minta beli apa-apa ke? Sebab nanti before balik singgah kedai kejap yang beli barang sikit." Intan Sofea bertanya. "Hah ada. Belikan santan kotak kalau kamu jumpa ya dengan petai sekali lah kalau ada."
Pasar raya berhampiran rumah mereka itu memang jarang ada menjual petai. Entah kenapa susah sangat nak dapatkan petai dekat sini. Tak ada orang tanam kot. Mungkin kebanyakkan import dari luar.
Bila mereka sampai di kampus, Intan Sofea terus membawa anaknya ke kelasnya. Ada perbincangan yang hendak dilakukan sebelum cuti raya nanti. Mujur lah tahun ini ada cuti pendek semasa hari raya. Jika tidak pasti dia tidak dapat beraya pula kerana perlu belajar.
Pernah sekali tika dia di tahun kedua semasa diploma dahulu dia pernah tidak mempunyai cuti raya sehingakan terpaksa dia mengambil cuti sendiri. Pernah juga dia merungut membuat tugasannya tika keluarganya yang lain tengah sibuk beraya. Dia pula kena tinggal di rumah untuk menyiapkan tugasannya.
Mungkin kerana peratus orang Islam di negara itu rendah menyebabkan tiada cuti perayaan semasa hari raya buat pelajar Islam. Walau bagaimana pun tempat mereka tinggal sekarang ini iaitu Zurich merupakan Muslim-friendly. Tidaklah suka mencari makanan halal dan masjid juga ada. Sebab itu lah Tengku Irham memilih untuk tinggal di Zurich berbanding tempat lain.
"Arin kena behave ya. Mama ada kerja ni." Pesannya. Arin Daniel memang sudah senyap bila tahu dirinya diajak ke kampus. Suka sangat dia dengan persekitaran di kampus ini kerana dia pernah datang sekali 4 hari yang lalu.
Dah jatuh cinta kot dengan universiti ini. Mana tahu suatu hari nanti bila dah besar dia berminat mahu sambung belajar di sini iaitu University Of Zurich. Memang sejak dari diploma dan degree Intan Sofea belajar di sini. Sekarang master pun dia buat di sini juga.
Kos belajar di sini memang mahal kira-kira dalam RM9000 duit Malaysia atau CHF2000 (Swiss Franc) untuk 1 sem. Itu pun sebenarnya bergantung dengan bidang yang dia ambil. Kalau medical memang lebih mahal. Intan Sofea pula bukan warganegara Switzerland, jadi harga dia lebih sedikit mahal kerana dia mengambil subjek tambahan iaitu bahasa German. Kebanyakkan orang Switzerland bercakap di dalam bahasa German.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...