BAB 66

1.9K 74 1
                                    



         TENGKU Arash terus menghampiri katil di mana isterinya terbaring lemah itu. "I'm sorry Sayang sebab lambat." Ucapnya. Intan Sofea senyum sahaja. "Tak pa. At least hubby datang juga kan." Ujarnya.

Tengku Arash tadi keluar berjumpa kawannya bila dia mendapat panggilan telefon dari Isac yang menyatakan isterinya sudah berada di hospital kerana air ketubannya sudah pecah.

"Dah 8 cm ni. Tak lama dah boleh beranak." Doktor yang sedang memeriksa dia itu. "8 cm? Apa yang 8 cm?" Tengku Arash bertanya. "Bukaan isteri Tengku lah. Bila dah 10 cm nanti dah boleh start  proses meneran." Doktor itu memberitahu. Dia faham sebab lelaki itu pertama kali menjadi bapa. Mesti banyak benda yang dia tidak tahu.

"Sayang bukan nak c-section ke?" Dia bertanya pula pada isterinya. "Doktor kata kalau ada masalah baru c-section. Lagipun untuk yang first ni saya teringin nak beranak normal. Boleh kan doktor?" Doktor wanita itu mengangguk sahaja. 

Doktor itu senyum sahaja lalu mengangguk. "Ya boleh je. Sebab Puan pun tak ada masalah." Balas doktor berkenaan. "Saya kena pergi rawat pesakit lain lagi. Nanti saya akan datang balik. Kalau ada apa-apa panggil je nurse ya." Doktor wanita itu memberitahu. Dia bukan doktor peribadi tapi selama 9 bulan lebih ini, Intan Sofea memang hanya bertemu dengan dia sahaja. Dia tidak pergi membuat pemeriksaan dengan doktor wanita yang lain.

Bila doktor itu telah pergi, Intan Sofea terus menarik lengan suaminya. "Hubby nak pergi tandas je sekejap. Kenapa Sayang?" Tengku Arash bertanya. "Nak makan nasi lemak. Belikan lah untuk saya." Ujarnya.

"Nasi lemak? Nanti lah lepas beranak baru Sayang makan. Ujar suaminya. "Tak nak. Nak sekarang juga. Macam mana kalau saya tak sempat nak makan? Bagilah saya makan nasi lemak. Please hubby." Pujuknya.

"Sayang jangan lah cakap macam tu. Hubby takut tau kalau Sayang tinggalkan hubby. Cukuplah Eshal sorang je yang pergi dulu. Hubby tak nak Sayang pula yang pergi. Siapa nak tolong hubby jaga adik Eshal nanti." Dia memang tidak suka bila Intan Sofea kata demikian. Isu sensatif baginya.

Intan Sofea menundukkan kepalanya. Salahnya juga bila tiba-tiba berkata demikian. Suasana di dalam bilik itu sedikit kekok apabila mereka berdua senyap sahaja. Tapi kesunyiaan itu dipecahkan dengan suara Intan Sofea yang tiba-tiba menjerit.

"Kenapa ni Sayang?" Tengku Arash panik seketika bila Intan Sofea mula meraung sendiri. "Hubby sakit. Panggil doktor." Dia tidak dapat menahan rasa sakit itu. Tengku Arash kelam kabut keluar lalu mencari jururawat yang dia nampak terlebih dahulu.

"Nampaknya sudah hampir 10 cm. Kami akan pindah puan ke labour room sekarang ini." 4 orang jururawat yang kebetulan ada di situ terus menolak katil itu menuju ke bilik bersalin. Tengku Arash mengekori mereka dari belakang.

Apabila mereka masuk ke dalam bilik bersalin itu membawa Intan Sofea,Tengku Arash tidak masuk kerana dia takut nanti dia dihalau pula. Takut doktor tidak membenarkan dia masuk.

Seorang jururawat keluar dari bilik bersalin berkenaan lalu menghampiri Tengku Arash. "Puan Intan nak Tengku ada sekali temankan dia di dalam." Beritahunya. Tengku Arash mengangguk sahaja. Dia dengar jelas jeritan isterinya di dalam.

Dia menghubungi Puan Suzana terlebih dahulu memaklumkan keadaan Intan Sofea sebelum dia masuk ke dalam bilik bersalin berkenaan. "Assalammualaikum ibu. Sofea dah dalam labour room ni. Doakan dia dengan baby ya. And minta tolong bagitahu dekat mama dengan papa ya." Beritahunya.

Intan Sofea terus memandang Tengku Arash yang baru masuk itu. Suaminya itu terus menghampiri dia. Tengku Arash terus mencium dahi isterinya.

Tudung yang sebelum ini dipakai oleh Intan Sofea sudah ditanggalkan. "Saya takut hubby." Bisiknya. "Hubby ada kan. Jangan takut lah. Bawa bertenang. Dengar je apa yang doktor kata ya." Intan Sofea mengangguk.

Lega sedikit hatinya bila Tengku Arash ada di sampingnya menemani dia saat dia melahirkan anak pertama mereka. Lelaki itu setia di sebelahnya memberi ucapan sayang dan kata-kata semangat buatnya.








             TENGKU Arash memerhati wajah isterinya yang sedang tidur itu. Tenang sahaja wajah wanita yang paling dia cintai itu. "Tidurlah Sayang. Mesti Sayang penat kan." Bisiknya di telinga isterinya itu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya memandang keluarga mereka yang baru sampai itu. "Macam mana? Intan ok? Baby?" Puan Suhaila  terus bertanya kerana dia risau akan keadaan anak dan cucunya itu.

"Alhamdulillah. Dua-dua ok. Cuma tadi Sofea ada pengsan lah sekejap masa beranak tadi. Lepastu sempat dia susukan baby tadi. Baby pun ok juga. Tapi masih dekat nursery. Arash belum ambil sebab tiada orang nak jaga Sofea."

Dia menangis tadi bila mendukung bayi itu. Semasa mengazankan dan iqamah tadi, memang air matanya tidak berhenti keluar. Anaknya yang pada mulanya tidak berhenti menangis itu terus berhenti bila mendengar suara papanya.

"Lelaki atau perempuan?" Isyam pula bertanya. Tengku Arash tersenyum sahaja. "Pasal tu korang kena tunggu ya." Katanya.Dia mahu tunggu Intan Sofea sedar terlebih dahulu barulah dia pergi mengambil anak mereka.

Intan Sofea membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Dia terus melihat siling putih. Dia bingung seketika. Setahunya siling bilik mereka tidak lah seputih siling bilik ini. Kemudian dahinya berkerut bila dengar suara-suara orang tengah berbual.

Apabila dia menoleh ke kanan, dia lihat ada ahli keluarganya. Kemudian dia baru teringat yang dia baru beranak. Sebab itu lah siling bilik lain sebab dia bukan di rumah tapi dia di hospital. "Hubby." Panggilnya. Tengku Arash segera menghampiri dia.

"Kenapa Sayang? Masih sakit lagi ke?" Suaminya terus bertanya.

Intan Sofea sekadar menggelengkan kepalanya. Dia kemudian menunjuk botol air yang berada di atas meja itu. Tekaknya kering. Maklumlah tadi boleh tahan kuat juga dia jerit. Sampaikan doktor tegur sebab bila dia terlebih menjerit boleh  menyebabkan tenaganya berkurang.

"Baby mana?" Dia bertanya setelah air itu habis. "Kejap lagi lah  hubby ambil." Yang lain dari tadi sekadar memandang sahaja. Wajah Intan Sofea masih kelihatan pucat. "Pergi lah ambil." Ujarnya.

"Hmm ye lah." Tengku Arash terus bergerak keluar dari bilik berkenaan lalu menuju ke nursery di mana anaknya berada. Dia terus memberitahu nama dan tujuan dia datang.

Selepas mengurus apa yang patut. Akhirnya dia boleh membawa anaknya itu berjumpa dengan ahli keluarganya buat pertama kali. Tidak sabar rasanya mahu tengok reaksi mereka bila melihat bayi comel ini.

Bila dia sampai semula di bilik berkenaan, semua mata memandang ke arahnya. Tengku Arash sengaja sembunyikan wajah si comel itu. Dia menghampiri isterinya.

"Ok guys meet our son, Arin Daniel."  Sengaja dia dan Intan Sofea memilih nama Arin itu walaupun bunyinya seperti nama perempuan. Arin merupakan gabungan nama mereka iaitu Arash dan Intan.

Mata si kecil itu mencelik sahaja memandang sekeliling. Mata hitamnya bulat dan kelihatan besar. Dia tidak menangis walaupun banyak wajah baru yang baru dia nampak. Mungkin kerana dia kenal mereka semua itu keluarganya.

"Masyaallah comelnya." Puan Suhaila menuji. Dia teruja bertemu cucu sulungnya itu. "Ibu nak dukung tak?" Intan Sofea bertanya. Laju sahaja Puan Suhaila mengangguk. Tengku Arash terus menyerahkan Arin kepada ibu mentuanya itu.

Memang riuh lah bilik itu dengan suara masing-masing yang tidak berhenti memuji kecomelan si kecil itu. "Betul-betul copy muka adik kan ibu." Komen Isyam.

Dia pernah tengok album gambar yang memiliki gambar Intan Sofea tika adiknya itu masih bayi lagi. Wajah Arin Daniel itu sebiji macam ketika Intan Sofea baru lahir dahulu.

******

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now