SPECIAL CHAPTER

1.6K 34 4
                                    


RIUH suasana di rumah kediaman mereka dengan suara kanak-kanak. Hari ini hari lahir Aira Denisha. Si diva kecil itu. Atas pujukan si kecil itu, Tengku Arash dan Intan Sofea akhirnya bersetuju untuk menyambut ulang tahun gadis kecil itu. Tapi ulang tahun bukan sembarangan ya. Sambut di Switzerland terus ya.

Itu pun idea pakcik dia jugak. Siapa lagi kalau bukan Isac. Sayang sangat dia dengan budak ketot itu. Maklumlah dia belum mempunyai anak perempuan. Belum ada rezeki. Memang dia sayang habis lah dengan Aira Denisha.

"Icha sayang, jangan lah nak ikut abang-abang awak tu. Dorang tu lelaki. Awak tu perempuan. Tak sopan lah kalau ikut lompat-lompat." Intan Sofea menegur. Aira Denisha hanya tersengih. Dia mana makan saman. Makin dilarang makin dia buat.

"Biar lah dia Sayang. Bukan selalu pun dalam main dalam trampoline tu." Tengku Arash datang menegur. Rumah mereka tak ada benda alah tu.

Pernah anaknya minta tapi dia tak nak belikan sebab anak-anak dia ni cepat bosan. Basikal di rumah mereka tu, mula-mula je Arin Daniel dengan adik-adik dia main. Sekarang, tinggal jadi hiasan dekat garaj kereta mereka.

"Saya risau lah hubby. Nanti jatuh ke apa." Dia memang sejenis paranoid sikit. Cepat kalut. Lagipun banyak video mengenai kanak-kanak cedera akibat trampolin. Sebab tu lah dia takut.

"Jangan risau lah. Kan besar tu trampolin. Tak jatuh punya. Biar lah dorang main. Nanti dah penat terus suruh lah Icha tu tiup lilin dia." Budak tu main dengan abang-abang dia sampai lupa untuk tiup lilin. Padahal baru je semalam beria cakap itu ini. Nak suruh papa nyanyi happy birthday untuk dia.

Sedang orang dewasa bersembang, kedengaran suara teriak. Lantas Tengku Arash berdiri kerana dia kenal suara teriak itu. Suara anak daranya. Segera dia menuju ke tempat trampolin itu.

Dilihat Arin Daniel dan si kembar dengan cuba memujuk Aira Denisha.  "Kan dah jatuh. Ada luka tak?" Tengku Arash bertanya. Aira Denisha geleng kepala. Matanya dah merah. Bibir dah mencebik. Kejap lagi pasti akan meraung menangis.

Aira Denisha terus meraung menangis bila ditegur. Ini lah perangai gadis kecil itu. Tak boleh ditegur. Mesti minta perhatian. Macam siapa entah. Macam mak dia lah.

"Nah kan. Baru je mama cakap. Icha ada luka dekat mana-mana tak? Kepala tu ada benjol tak?" Intan Sofea bertanya. "Tak ada Sayang. Hubby dah periksa tadi. Dia terhumban kot dari trampolin itu." Dah lah Aira Denisha itu kecil sahaja, yang lain semua besar-besar. Memang senang lah badannya melambung.

Intan Sofea mengesat sisa air mata anak gadisnya. "Dah tak cantik anak mama nangis. Baju pun dah kotor. Macam mana nak ambil gambar nanti? Jom tukar baju. Icha pakai baju princess yang papa belikan tu ya." Aira Denisha hanya mengangguk. Dia mahu didukung oleh mamanya tapi Tengku Arash tak benarkan.

"Tak boleh lah Sayang. Sayang tu baru 7 minggu tau. Jangan pandai-pandai nak dukung Icha ni." Tengku Arash melarang. Intan Sofea hanya tersengih. "Lupa pula. Jom bawa dia tukar baju kejap." Dia hampir lupa yang dia sedang membawa nyawa kecil itu dalam perutnya.

Setelah si kembar hampir berusia 5 tahun, barulah mereka mahu ada anak lagi. Tengku Arash betul-betul mengotakan janjinya. Selepas si kembar lahir, Intan Sofea memang berehat lama.

Bila Iqram dan Ifran masuk tadika, barulah dia nyatakan hasratnya untuk ada anak lagi. Tengku Arash lah yang paling gembira. Dah lama dia menunggu nak tambah anak. Dia dah rindu dengan bau bayi baru lahir.


INTAN Sofea menoleh memandang ke arah suaminya yang baru masuk itu. "Macam mana? Budak ketot tu tak nangis ke?" Dia bertanya. "Tak. Dia seronok ada lah." Malam ini si ketot Aira Denisha mahu tidur seorang. Selama ini dia tidur dengan mereka mahupun dengan Arin Daniel. Tapi tiba-tiba pula tadi dia nyatakan dia mahu tidur seorang diri.

I'm The One Where stories live. Discover now