SPECIAL CHAPTER 2

949 26 2
                                    



        RIUH suasana bilik darjah itu. Masing-masing sudah tidak sabar untuk ke dewan sebentar lagi. Memandangkan hari ini hari terakhir mereka bersekolah kerana pada minggu hadapan merupakan hari raya.

Maka, para pelajar diminta untuk berkumpul di dewan mengikut kelas masing-masing kerana ada sesi cikgu-cikgu memberi anak murid mereka duit raya.

"Intan dah beli baju ke?" Muna yang merupakan rakan sekelasnya bertanya pada gadis itu. Intan Sofea yang hanya diam dari tadi segera membalas. "Tak. Tahun ni kita pakai baju raya tahun lepas je. Ibu kata masih ok. Jadi pakai lah." Balasnya.

Dia bukan seperti rakannya yang lain. Jarang sekali dia dapat membeli baju kurung baru. Jika bukan memakai baju kurung dari tahun lepas, dia akan memakai baju kurung yang telah orang sedekah pada mereka.

Dia faham, ibunya itu hanya seorang penjual kuih di tepi jalan. Duit hasil jualan kuih itu selalunya hanya mampu untuk pusingan modal sahaja dan untuk membayar rumah sewa mereka yang makin banyak tertunggak itu. Sudah hampir 5 bulan mereka tidak membayar rumah sewa.

Mujurlah pemilik rumah sewa itu seorang yang baik dan sangat memahami. Dia tidak menghalau mereka keluar. Dia pun tahu bagaimana susahnya hidup dua beranak itu.

"Intan tak beli lagi baju tahun ni ke?" Guru bahasa melayunya yang tadi sekadar mendengar terus menyampuk. "Ibu kata duit tu cukup untuk bayar hutang pakcik je. Nak beli baju raya baru pun mahal." Budak usia 8 tahun mana tahu erti menipu. Jadi memang dia jujur sahaja lah.

Terus terdiam guru tersebut. "Apa kata petang ni lepas ibu habis jual kuih dekat bazar, Intan dengan ibu datang rumah cikgu. Eh. Lepas isyak lah datang." Takut pula nanti dua beranak itu kelam-kabut.

"Tapi kita tak tahu rumah cikgu di mana." Ujar Intan Sofea. "Kejap ya. Cikgu tulis atas kertas alamt rumah cikgu ya." Alamat yang telah ditulis itu bertukar tangan.

Ketika sesi salam bersalaman antara cikgu dan para murid-murid, Intan Sofea lah yang paling teruja sekali sebab dia tengok banyak kawan-kawannya yang menerima duit raya dari guru kelas mereka. Dia sudah tidak sabar menunggu gilirannya.

Tapi bila sudah tiba gilirannya, dia berasa sedikit kecewa kerana tidak menerima sebarang sampul duit raya dari guru kelasnya. Malah cikgu wanita itu hanya memandang Intan Sofea atas bawah. "Kau orang miskin. Tak layak terima duit dari aku." Katanya.

Dari mula-mula dia menjadi guru kelas Intan Sofea, dia memang tidak suka akan kanak-kanak itu. Padahal Intan Sofea tak pernah pun buat apa-apa kesalahan. Malah pernah ketika ujian membaca, dia sengaja memaksa Intan Sofea membaca kosa kata yang susah bagi budak berusia 8 tahun. Sampai mahu menangis Intan Sofea dibuatnya. Tapi Intan Sofea tidak pernah mengadu kerana dia tahu pasti tiada apa-apa tindakan yang guru kelasnya itu kena.

Hampir terkejut guru-guru yang berdiri berhampiran mereka. Tidak sangka pula wanita itu sanggup menghina Intan Sofea. Bukan dia seorang sahaja pelajar yang kurang berkemampuan dia situ. Ramai lagi. Tapi Intan Sofea juga yang dia hina.

Intan Sofea hanya menunduk lalu pergi dari situ. Dia tidak mahu menerima lebih banyak hinaan dan tidak mahu membesarkan hal berkenaan.

Balik sahaja dari sekolah, Intan Sofea terus membantu ibunya menyediakan jualan untuk di bazar nanti. "Ibu, ibu. Tadi kan cikgu ada kata dia suruh kita pergi rumah dia." Teruja dia memberitahu. Apa yang jadi di sekolah tadi, biarlah dilupakan begitu sahaja. Dia tidak mahu berdendam dengan guru berkenaan.

"Oh ya? Tapi buat apa?" Puan Suhaila bertanya. "Cikgu kata dia nak bagi baju. Mari lah ibu." Dia sudah teruja. Tak kisah lah baju lama atau tidak. Asalkan dapat pakai baju raya. "Hmm ye lah." Terus Intan Sofea menjerit suka.

      DIA terkejut kecil bila bahunya tiba-tiba dipegang. "Ish!  Hubby ni terkejut saya tau." Kata Intan Sofea. Tengku Arash hanya sengih. Dia terus memeluk bahu isterinya itu. "Dah dekat 10 minit Sayang mengelamun tau. Fikir pasal apa?" Dia bertanya.

"Tak de. Just fikir time saya kecil-kecil dulu. Teringat dekat cikgu yang bagi saya baju raya baru itu." Katanya. Baju raya itu, sehingga kini masih dia simpan. Itu kenangan. Mana mungkin dia buang atau bagi orang lain.

Tengku Arash hanya diam. Diam mendengar isterinya bercerita. "Dulu saya susah sangat nak beli baju baru. Apatah lagi baju raya baru. Tapi ada seorang cikgu ni baik sangat. Dia bagi beli saya dengan ibu baju baru." Katanya.

"Saya sangat berterima kasih dengan cikgu tu. Dia siap pesan lagi. Cikgu tak minta duit dari awak. Cukuplah sekadar awak menjadi seorang yang berguna di masa hadapan. Bila awak dah berjaya, jangan lupa dari mana awak mula. Mungkin hari ini awak susah. Harini cikgu tolong. Jika nanti awak dah senang, jangan sombong. Tolong lah orang yang lebih susah lagi dari awak." Katanya.

Kemudian Intan Sofea menyambung. "Jangan lupa sentiasa bersedekah. Mana tahu ini salah satu punca kenapa awak masuk syurga." Tengku Arash mengusap bahu isterinya. "Itu lah sebab tiap kali mahu raya, Sayang akan pergi ke rumah anak yatim untuk bersedekah ya." Intan Sofea mengangguk.

"Tengok muka dorang teruja dapat baju baru tu buat saya gembira. Saya sedekahkan semuanya atas nama orang lain. Bukan atas nama saya. Tapi atas nama arwah cikgu tu." Dia mahu pahala arwah cikgunya itu terus mengalir.

Tengku Arash senyum dan cium puncak kepala isterinya. Dia bangga. Bangga mempunyai isteri seperti Intan Sofea. Dia tidak tahu betapa sukarnya hidup Intan Sofea ketika isterinya itu membesar. Dia lahir-lahir sahaja suday lengkap semuanya. Tapi Intan Sofea pula lahir serba kekurangan. Hidup mereka berdua ketika membesar jauh berbeza.

"Kakak, kakak." Seorang kanak-kanak bertocang berlari menghampiri mereka berdua. Terpancar sinar gembira di wajah budak kecil itu.

"Ya kenapa?" Intan Sofea mengusap kepala budak perempuan itu. Ni kalau Aira Denisha nampak confirm budak itu cemburu. Dia bukannya boleh tengok mamanya itu melayan kanak-kanak lain selain dia dan adik-beradiknya. Entah perangai siapa yang dia ikut.

"Terima kasih." Kata budak itu lalu memeluk Intan Sofea. Intan Sofea hanya senyum. Tengku Arash pula terus mengusap kepala budak perempuan itu. "Nasib si budak ketot tu tak ikut tadi." Bisiknya. Intan Sofea hanya ketawa lalu memukul perlahan bahu suaminya itu.

Siapa sangka yang dahulu dia seorang gadis yang hidup dalam keadaan susah kini tidak lagi. Kehidupannya yang dahulu dan kini banyak berbeza. Kalau dulu hanya mampu makan sekali sehari sahaja tapi kini tidak lagi. Semuanya lengkap. Dia ada pakaian yang cantik. Tinggal di bawah bumbung yang selamat dan selesa. Malah kini mempunyai seorang suami yang penyayang, anak-anak yang comel serta ahli keluarga yang baik.

Dia bersyukur bertemu dengan suaminya. Jika tidak disebabkan dia terlanggar Tengku Faridah pasti hidupnya tidak akan berubah seperti ini. Mungkin dia tidak bertemu dengan ayah dan abang-abangnya. Dan mingkin jugak dia tidak dapat merasa bahagia disamping suami tercinta.

______
The end of story between Tengku Arash and Intan Sofea. Terima kasih sudi membaca cerita ini. Semoga bertemu lagi pada cerita baru yang akan datang. Love from me

I'm The One Where stories live. Discover now