SUDAH seminggu sejak kes Tengku Arash melamar dia secara live di majlis perkahwinan along dia. Dia menolak lelaki itu di hadapan semua orang. Tengku Arash bukannya calon suami yang dia nak kan walaupun lelaki itu cukup pakej.Intan Sofea langsung tidak menegur lelaki itu sejak itu. Semua chat yang dihantar oleh Tengku Arash dia terus padam tanpa baca terlebih dahulu.
Pasal pinangan dari lelaki itu pula dia masih belum bagi jawapan. Tengku Farida ada tanya juga dia cuma cakap yang dia belum ada jawapan.
"Ibu adik keluar pergi beli barang sikit" Beritahunya. Puan Suhaila cuma angguk kepala. "Siapa hantar?" Tanya Puan Suhaila.
"Kaklong. Kami pergi sama-sama". Puan Suhaila angguk sahaja. Anak menantu dia tinggal di sini.
Isyam ada juga berbincang dengan Diana untuk tinggal di rumah mereka sendiri tapi Diana tak nak. Katanya lebih bagus duduk dengan keluarga sahaja. Lagipun nanti mereka mahu pindah ke Switzerland jugak.
Dia suka sebab kalau dia duduk di rumah keluarga suami dia tu dia tak bosan. Ada ibu dan adik kawan dia bersembang. Intan Sofea pun seronok juga ada geng.
Tidak lama kemudian Diana turun. "Ibu kami jalan dulu ya? Ibu ada apa-apa nak tolong belikan?" Tanya Diana.
"Tak da. Pergilah korang. Jangan balik lambat tau" Intan Sofea dan Diana hanya angguk. Selepas bersalam dengan Puan Suhaila sebelum mereka jalan. Puan Suhaila hantar mereka sampai depan pintu rumah.
INTAN Sofea dan Diana keluar dari Watson sambil membawa beberapa bakul plastik.
Bergelak sakan mereka berdua. Setelah lebih sejam dalam Watson baru mereka keluar. Ramai sangat orang sebab Watson buat jualan murah. Memang gadis-gadis suka lah. Habis penuh satu Watson dengan kaum wanita. Pekerja Watson yang lelaki cuma geleng kepala.
Dalam kesesakan itu terjumpa juga kawan baik dia si Wani. Sempatlah juga buat jejak kasih di tengah kedai.
"Kita pergi mana lagi kaklong?" Tanya Intan Sofea. "Hmm. Kita makan dulu lah ya? Akak lapar" Jawab Diana. Mereka berdua berjalan ke arah restoran ayam gepuk itu. Diana memang suka ayam gepuk. Dia kenalah makan puas-puas sebab nanti dekat Switzerland tidak ada restoran ayam gepuk. Kalau nak makan terpaksa buat sendiri. Tak apa sebab banyak resepi boleh jumpa di tiktok.
Intan Sofea memandang sekeliling restoran berkenaan. Banyak remaja yang datang. Ada juga yang dalam lingkungan umurnya.
Diana tersenyum kecil pandang riak wajah adik ipar dia ni. Nampak sangat dia geli tengok budak-budak lagi muda dari dia bercouple dan acah-acah sweet.
"Tak payah lah nak tayang nak buat muka begitu. Takut dorang tau" Tegur Diana. Intan Sofea cuma tersengih. "Bukan apa kak dorang tu kan masih budak sekolah. Nak bersweet bagai kenapa?" Katanya. Diana senyum sahaja.
"Alah adik jealous kan sebenarnya. Kan? Tu lah haritu pi reject dia kenapa? Budak tu baik apa. Lagipun saudara jauh juga kan? Tak salah tu dik kalau kahwin dengan dia. " Usik Diana.
Intan Sofea cuma rolling her eyes sahaja. Malas nak layan kakak ipar dia ni.
"Kaklong. Nanti kan anak pertama kaklong nak anak apa?" Saja dia tukar topik. Dia kemudian tersengih.
"Saja ya nak tukar topik. Akak tak kisah pun sangat. Asal akak dapat anak akak gembira lah" Balas Diana sambil menyedut air pepsi itu. Sambil-sambil tu dia tengok orang yang lalu lalang di luar restoran berkenaan.
"Tak sabar tau adik ada anak buah sendiri. Eiii nak picit-picit je pipi pau dia tu. Nanti kak long bagi adik yang jaga ya" Katanya. Diana cuma angguk kepala. Layan je lah adik ipar dia sorang ni.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...