BAB 53

2.2K 76 1
                                    


"SAYANG dah siap ke belum? Hubby dah nak gerak ni." Tengku Arash bertanya. Dia takut pula nanti dia terlambat. "Hubby, hubby ada nampak tak gelang emas saya?" Intan Sofea bertanya. Dia menuruni tangga rumah mereka sambil membetulkan tudungnya. "Gelang emas? Gelang emas yang hubby bagi masa nikah kita tu ke?" Tengku Arash bertanya.

Isterinya bertanya seolah-olah dia hanya mempunyai seutas gelang emas sahaja. "Ya. Saya tak jumpa." Tadi masa nak ambil wuduk dia tanggalkan gelang berkenaan dan letak di atas katil mereka. "Oh gelang tu. Hubby letak balik dalam kotak dia sebab ingatkan saya tak nak pakai dah." Ye lah nanti hilang memang menangis lah dia. Bukan murah gelang berkenaan.

"Saya buka sebab nak ambil wuduk je." Memang selalu sebelum mengambil wuduk dia akan buka sebab dia tidak selesa. "Mana lah hubby tahu. Pergi lah ambil cepat. Hubby dah lambat ni." Terus Intan Sofea naik semula ke atas.

Tidak lama kemudian Intan Sofea pun turun. Dia terus mengambil begnya yang berada di atas meja lalu melangkah ke pintu. Terus dia memandang Tengku Arash yang sudahpun berkasut itu. Bersiap sedia untuk pergi.

"Sayang pakai lah kasut tu dulu. Hubby letak beg dalam kereta." Bagasinya ditolak, dibawa ke bonet kereta. Bila dia ke depan semua dilihat Intan Sofea sudahpun siap. Tengku Arash terus membuka kunci kereta sebelum dia masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan isterinya.

"Nak singgah mana-mana ke dulu Sayang? Atau terus pi airport?" Tengku Arash bertanya kerana mereka belum makan tengah hari lagi. "Makan dekat airport je lah. Tapi hubby bayar ya." Balas Intan Sofea lalu tersengih.

Tengku Arash senyum sahaja. "Boleh je." Jawabnya. Mahal pun mahal lah. Lagipun dia baru gaji. Boleh lah. HAHAHA.

Sampai sahaja di airport terus Intan Sofea menarik suaminya itu menuju ke sebuah restoran. Dia memang teringin gila nak makan nasi lemak dengan airport ni. Padahal boleh je makan di luar, lebih murah berbanding di dalam airport tapi hari ini tiba-tiba tekaknya mahu makan nasi lemak yang dijual di dalam airport pula.

"Hubby kita makan dekat sini ya." Intan Sofea memberitahu. "Nasi lemak? Tapi pagi tadi kita makan nasi lemak juga kan Sayang." Pelik pula dia dengan isterinya itu.

Intan Sofea sekadar tersengih sahaja. "Tak boleh ke kita makan lagi? Please." Dia merayu seolah-olah hidupnya bergantung dengan nasi lemak itu.

"Hmmm ye lah. Tapi Sayang sorang je tau. Hubby tak nak lagi makan nasi lemak." Bosan lah kalau asyik makan nasi lemak sahaja, fikirnya. Kerana memang tiap kali bila baru balik, kawan sekerjanya akan mengajak dia makan nasi lemak jika mereka berada di negara luar selama beberapa hari.

Sudahlah hari ini dia kena fly ke China pula. Memang confirm lah balik dari sana dia diajak makan nasi lemak lagi.

Intan Sofea mengangguk lalu mengajak suaminya itu duduk di sebuah meja kosong. "Hubby pergi pesan boleh?" Dia bertanya. "Hmm ye lah. Nasi lemak kan. Tapi nasi lemak apa? Biasa je? Or nak yang ada sotong?" Tengku Arash bertanya.

"Yang ada sotong. Suruh dorang potongkan kecil-kecil tu sotong and nak sambal kurang pedas." Dia memberitahu. Tengku Arash mengangguk sahaja lalu pergi memesan. Memang Intan Sofea ada alergik kepada makanan laut tapi itu tidak menghalang dia dari memakannya.

Sedang dia beratur menunggu gilirannya dia terfikir sesuatu. 'Kurang pedas? Bukan selama ni bini aku suka makanan yang pedas-pedas ke? And kenapa pula gaya macam mengidam je tu.' Fikirnya

"Bini aku tu mengandung ke?" Ujarnya lalu menoleh memandang isterinya. Matanya meliar melihat perut kempis Intan Sofea. "Kalau dia mengandung, mustahil aku tak perasan." Omelnya sendiri. "Tak pe lah. Nanti balik dari China aku bawa dia check up." Ujarnya lagi.

Dia termenung sendiri sampaikan tidak sedar pun kini tiba gilirannya untuk memesan. Nasiblah orang belakang menegur jika tidak entah sampai bila dia termenung sendiri memikirkan hal berkenaan.






"KAU dah kenapa Rash? Sejak kita mendarat ni kau asyik termenumg je." Iskandar, kawannya terbang kali ini bertanya. Dia perasan akan kawannya yang asyik termenung sahaja sejak mereka sampai.

"Hah? Oh tak da apa lah. Aku just terfikir something." Balasnya. "Apa dia? Cuba kau share dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau." Kata Iskandar.

Terus Tengku Arash memandang Iskandar. "Pasal bini aku lah. Tak pasti lah betul atau tak tapi aku syak bini aku tengah pregnant sekarang ni." Ujarnya. "Baguslah tu kalau dia pregnant. Korang pun dah nak setahun kan kahwin." Balas Iskandar. Dia bersyukur lah jika kawannya ini mahu menjadi bapa.

"Tapi aku tak pasti. Sejak dua menjak ni perangai dia lain gila. Selera makan dia pun berubah. Tapi bila aku tengok perut dia. Kempis je. Tak macam ada baby pun dalam perut dia tu." Ujarnya. "Kau ni pun. Mesti baru sebulan dua macam tu. Lain lah kalau dah masuk lima atau enam bulan. Memang lah besar." Tak kan lah Tengku Arash tak fikir yang logik kan?

"Tahu lah. Tapi masalah ada lagi ni. Baru je minggi lepas dia habis period tau and kitorang belum lagi pun...." Dia terus menjeling memandang Iskandar. "Kau faham kan? Jadi tu yang aku pelik." Katanya.

"Selera dia je kut yang bertukar. Kau pun tahu kan hormon perempuan ni tidak menentu. Lagipun bini kau kan memang suka makan." Iskandar berkata. Sedangkan girlfriend dia pun pandai minta beli makanan yang bukan-bukan. Macam orang mengidam pun ada. HAHAHA.

Tengku Arash angguk sahaja. "Nanti lah lepas balik aku bawa dia pergi check up." Balasnya. Dia dan Iskandar kemudian bersembang pula tentang Iskandar. Lelaki itu mahu melangsungkan pernikahannya lagi 4 bulan.

Lama lagi tapi awal-awal lagi dia sudah menjemput Tengku Arash dan Intan Sofea ke majlis nikahnya nanti. Padahal bertunang pun belum. Dia saja nak bagitahu awal-awal.

Sedang mereka berdua rancak berbual, telefon bimbit milik Tengku Arash berbunyi. Dia segera melihat nama yang tertera pada skrinnya. Isterinya yang memanggil. Terus dia meminta diri untuk menjawab panggilan berkenaan.

"Kenapa Sayang?" Dia bertanya. Pintu sliding di balkoni biliknya itu ditutup supaya Iskandar tidak terdengar perbualannya dengan si isteri. "Weii Rash aku balik bilik dulu." Iskandar melaung dari dalam. Dia nak berehat lah. Penat lah duduk melepak di bilik Tengku Arash tu. Tengku Arash sekadar mengangguk sahaja.

"Hubby tangan luka." Intan Sofea mengadu. Dengar jelas esakan isterinya itu. "Hah? Luka. Macam mana boleh luka Sayang? You main pisau ke apa?" Terkejut dia bila Intan Sofea memberitahunya.

"Nak kupas ni kulit kentang sebab nak letak dalam kari tapi pisau ni lah. Pemegang dia licin jadi tak sengaja terpotong sikit ni hujung jari. Sakit hubby." Intan Sofea memandang darah yang tidak berhenti mengalir dari hujung jarinya itu. Padahal luka sedikit je. Tidak lah sampai isinya terpotong semua.

"Ya tahu sakit. Dah letak minyak gamat ke? Dah balut ke luka tu? Nanti masuk kuman lambat sembuh pula." Tengku Arash bertanya. Ada-ada saja lah isterinya itu. Memang semua benda pun Intan Sofea nak mengadu dengannya.

"Tak. Sakit. Jadi saya tak balut. Hubby bila balik. Rindu." Makin kuat esakan isterinya itu. Mula-mula cakap pasal luka lepastu boleh pula berubah ke arah rindu. Padahal sehari pun tak lepas lagi lah sejak Tengku Arash pergi.

Tengku Arash tertawa kecil. "Hubby kat sini kan 2 lagi. Harini dengan esok. Lusa hubby balik lah. Jangan risau lah Sayang. Nanti bila dah balik. Peluk lah hubby puas-puas ya." Usiknya lalu tertawa sendiri.

Intan Sofea sekadar merengek kecil. Dia sampai sudah lupa yang jarinya itu luka kerana usikan oleh suaminya itu.

"Ok lah hubby nak rehat kejap. Nanti hubby call balik ya Sayang." Ujarnya. Lenguh pula terasa badannya ini. Nanti dia balik rumah minta tolonglah urut dengan isterinya. Kalau tidak pun dia ajak Intan Sofea ke spa untuk berurut. Kan senang.


******

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now