ARIN Daniel laju sahaja merangkak menghampiri papanya yang baru masuk itu. Arin Daniel sudah berusia 7 bulan. Dah pandai merangkak sendiri. Laju pula dia merangkak.Bayi berusi 7 bulan itu terus tertawa besar bila diangkat oleh papanya. "Mama mana?" Tengku Arash bertanya. Arin Daniel yang seolah-olah memahami apa yang ditanya oleh papanya itu terus menunjuk ke arah dapur.
Terus Tengku Arash menapak ke dapur bersama Arin Daniel di dalam dukungannya. "Tengah masak apa tu Sayang?" Dia menegur isterinya itu.
"Eh hubby, tak cakap pun balik harini." Selalunya memang Tengku Arash akan maklumkan terlebih dahulu bila dia balik. Tapi hari ini tidak pula. Tengku Arash mendudukkan anaknya itu ke atas meja sebelum dia menghampiri isterinya itu.
Arin Daniel anak yang pintar. Dia tahu mana bahaya dan mana tidak. Jika dirinya diletak di atas meja makan, memang dia tidak bergerak ke mana-mana. Dia akan stay di mana dia didudukkan itu.
Mereka tidak lah risau jika bayi itu diletak di atas meja. Namun tetap juga sentiasa alert. Mana tahu tiba-tiba budak itu mahu menerokai meja itu. Kang ada yang terjatuh dari meja, ada juga yang luka.
"Hubby salah bagitahu haritu lah." Tengku Arash memberitahu. Dia memeluk isterinya dari belakang lalu mengusap perut isterinya yang sudah menunjukkan bentuk itu. Ya benar kata Fakhrul. Tika Arin Daniel berusia 5 bulan, Intan Sofea mengandung lagi. Hasil malam ulang tahun perkahwinan mereka.
Tengku Arash memang gembira bila tahu Intan Sofea mengandung lagi. Tapi Intan Sofea pula takut. Dia takut kerana Arin Daniel baru berusia 5 bulan ketika itu. Jarak usia Arin Daniel dan kandungannya itu hanya 5 bulan.
Dia takut yang dia tidak mampu memberi perhatian pada anak sulungnya itu nanti. Mujurlah Tengku Arash ada memberi kata-kata semangat padanya. Keluarga mereka memang terkejut lah bila dapat tahu Intan Sofea mengandung lagi.
"Macam mana harini ok? Tak ada morning sickness?" Tengku Arash bertanya. Memang itu lah soalan pertama dia akan tanya tiap kali dia balik. "Setakat ni ok lagi. Tak ada lah teruk sangat." Balas Intan Sofea.
"Oh ya, ada tu hah coklat yang Sayang pesan tu. Habis semua kedai dekat Labuan tu hubby masuk tau sebab nak beli coklat." Tapi dia tidaklah masuk ke kedai coklat yang ada menjual minuman keras.
Intan Sofea terus tersenyum suka. Terus ditinggalkan sahaja lobak yang belum dikupas habis itu. Dia tengah sediakan bahan-bahan untuk buat bubur anaknya itu. Arin Daniel memang dah pandai makan benda keras. Tapi kerana giginya belum tumbuh, dia bagilah makan bubur.
Tengku Arash hanya menggelengkan kepalanya melihat isterinya yang laju yang melangkah masuk ke ruang tamu. Sempat dia tegur agar Intan Sofea tidak berlari.
Intan Sofea terus sahaja duduk di tepi bagasi milik suaminya itu lalu dibuka olehnya. Dia tersenyum suka bila dilihat bagasi itu dipenuhi dengan segala barang milik suaminya serta coklat yang dibeli oleh Tengku Arash. Lelaki itu malas mahu membeli duffle bag untuk meletak barangnya. Dia sumbat sahaja semuanya di dalam satu bagasi.
"Ish apa ni. Cuma lah hubby beli beg dekat sana." Omel Intan Sofea. Dia mengeluarkan brief milik suaminya itu lalu diletak ke tepi. Satu per satu coklat itu dia asingkan dari pakaikan Tengku Arash.
"Pergi lah masukkan baju hubby ni dalam mesin basuh tu. Busuk tau." Terus Tengku Arash menghumban baju t shirtnya pada wajah isterinya. "Busuk-busuk pun ini juga yang dia peluk malam-malam." Intan Sofea menjeling suaminya.
"Sejak bila pula hubby tidur pakai baju ni? Selalu kan tidur shirtless." Mana lah Tengku Arash pernah tidur berbaju bila dia tidur dengan isterinya. Hanya seluar pendek paras paha sahaja yang selalu dia pakai bila tidur.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...