SUDAH masuk 3 bulan Intan Sofea bekerja di villa milik keluarga Tengku Faridah. Harini dia keluar awal nak pergi mall. Nak jumpa dengan Hazim iaitu crushnya.
Lelaki itu datang ke situ hendak melawat adiknya. Dah alang-alang Intan Sofea kata dia nak jumpa maka mereka berjumpalah. Dah janji.
Tengku Arash memandang ke arah gadis itu yang sedang memakai heels setinggi 2 inci setengah itu.
Sambil memandang gadis itu sambil makan keropok.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Tengku Arash. Terkejut Intan Sofea dibuatnya kerana tiba-tiba sahaja dia menegur.
"Keluar. Nak jumpa kawan" Jawabnya. Dapat dilihat wajah Intan Sofea dihiasi dengan sedikit makeup.
"Naik?" Tanya Tengku Arash. Harini dia cuti. Esok pula dah kena fly pergi Jepun. Seminggu juga dia duduk sana. "Teksi". Tengku Arash kemudian perasan bahawa Intan Sofea memakai tudung bawal yang dia beli. Tersengih sekejap. Cantik. Tak sia-sia dia salah beli.
"Kejap. Biar aku hantar" Dia sudah bangun dari sofa. "Err tak payahlah Tengku" Semua ahli keluarga Tengku Faridah dia panggil sebagai Tengku.
"Aku bosan. Nak lepak kedai juga. Dah alang-alang kau keluar. Apa salah aku hantar. Kali ni je. Kau tunggu sini" Tengku Arash naik ke tingkat atas.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Tengku Arash. Dia memandang ke belakang. Gadis itu menolak sehabis sebaik duduk dekat depan. "Mall" Jawabnya.
"Buat apa kau pergi sana? Oh baru gaji?" Soal dia. Intan Sofea geleng kepala. "Jumpa kawan" Balasnya. Tengku Arash cuma mengangguk. Malas nak bercakap banyak.
"Balik pandai-pandai lah kau. Aku hantar ja. Balik sendiri" Kata Tengku Arash. "Terima kasih hantar" Dia segera keluar dari kereta milik lelaki itu. Sempat suka dia mengata pasal Tengku Arash. Aku tak suruh pun dia hantar aku.
Intan Sofea segera menuju ke sebuah cafe tempat dia bertemu dengan Hazim. Tanpa dia sedari Tengku Arash mengekorinya. Dia tak de benda nak buat. Tu yang sanggup ekori Intan Sofea.
"Sofe lama tak jumpa" Tegur Hazim Intan Sofea cuma tersengih lalu mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Crush sejak dia zaman bocah lagi.
"Ya. Abang dah jumpa adik abang?" Tanya dia. Dia memang panggil Hazim sebagai 'abang' sejak dari kecil lagi.
"Dah suka sangat abang datang kuih pelita yang mak suka buat" Intan Sofea cuma mengangguk. Tidak jauh dari sana ada seseorang sedang menghendap mereka. Setiap perbualan mereka dia dengar. Siapa lagi kalau bukan Tengku Arash.
Ceh! Mamat muka longkang pecah tu juga dia pilih. Patutlah aku selalu nampak dia tengah layan chat sebelum ni. Senyum-senyum pula tu. Memang sah lelaki tu boyfriend dia. Bukan kemain lagi dia berhias nak jumpa lelaki tu. Eh jap! Aku cemburu ke? Eh tak. Aku tak cemburu aku cuma rasa kasihan dengan minat ni.
Dapat boyfriend muka macam longkang pecah. HAHAHAH. Amboi sempat lagi mengata.
Dia ekori Intan Sofea sampai panggung wayang. Dalam panggung pula dia duduk di kerusi belakang Intan Sofea.
Mereka langsung tidak sedar bahawa ada orang yang sedang ekori mereka. Tengku Arash pula rasa menyampah bila tangan lelaki itu menjalar ingin menyentuh tangan Intan Sofea.
Lantas dia menendang sedikit kerusi yang lelaki itu duduki. Tak da lah kuat sangat. Kat ada pula kes anak orang terlipat dalam kerusi dalam panggung wayang ni.
Bila lelaki itu menoleh ke belakang lantas Tengku Arash memakai kaca mata berwarna hitam.
"Kenapa bang?" Soal Intan Sofea. Pelik. "Tak da. Tadi ada macam rasa kerusi ni kena tendang" Katanya. Intan Sofea pun turut toleh belakang.
"Budak tu kot" Mereka berdua memandang ke arah seorang budak yang duduk di sebelah Tengku Arash. Langsung mereka berdua tidak perasan yang sekarang ni mereka diperhatikan oleh Tengku Arash.
TENGKU Arash memandang ke arah Intan Sofea yang baru sahaja masuk ke dalam pintu pagar rumahnya. Dia tengok dari tingkap biliknya.
Nampak bahagia ja minah ni. Maklumlah baru lepas jumpa kekasih. Siap hantar sampai depan rumah. Dia tahu lelaki tu yang hantar sebab kereta tu bukan teksi. Dan Intan Sofea tak pernah order grab sebelum ni.
Bila Intan Sofea masuk ke dalam rumah cepat-cepat dia turun. Berdiri di tangga sambil memerhati gadis itu masuk ke dalam rumah.
"Amboi gembira nampak. Mesti lepas jumpa kekasih kan?" Sengaja dia nak menyindir. Intan Sofea cuma menjeling lalu menuju ke arah dapur. Bilik dia dekat sana.
"Makin sombong ek sejak jumpa boyfriend" Makin memerli gayanya. Makin laju juga Intan Sofea berjalan menuju ke biliknya. Tak cukup tanah dah ni. Malu kena perli macam tu. Dia keluar dengan Hazin sebagai kawan sahaja. Tak lebih daripada itu.
Dia tahu Hazim tak pandang dia. Fakrul anak orang kaya. Mana lah dia nak pandang dengan Intan Sofea. Dengan semua orang tahu apa kerja ibu dia dulu. Orang kampung pun memang tak suka dekat Intan Sofea dengan mak dia.
Sampaikan mak dia terpaksa bawa dia yang ketika itu baru 7 tahun pergi ke bandar. Dah 11 tahun tak balik kampungnya. Kalau dia balik pun tak da guna. Orang kampung pasti akan mengata pasal dia dan juga ibu dia.
Kata mereka Intan Sofea ni anak haram dan juga pembawa nasib malang. Dulu masa dia lahir satu kampung tiba-tiba dilanda banjir besar. Setiap kali ulang tahun hari lahirnya ada sahaja benda buruk berlaku.
Dia dan ibu dia di kampung tinggal di rumah nenek dia. Dulu abang kepada nak dia beria nak bawa ibu dia pergi bandar. Tinggal sekali dengan dia konon nak masukkan ibu dia pergi kolej tempatan. Tapi lain pula jadinya. Dia terpaksa dijadikan pelacur sebab abang dia tak mampu nak bayar hutang. Terkejut mak dia apabila tahu anaknya itu dijadikan pelacur.
Habis satu kampung riuh ketika itu. Sampai sebarkan fitnah. Bila Intan Sofea keluar dorang semua ingat dia tu hasil hubungan haram ibu dia dengan ayah kandungnya. Tetapi ibu dia balik semula ke kampung bersama ayah kandung dia beberapa tahun sebelum Intan Sofea lahir. Masa tu dorang dah kahwin. Dan ikut apa yang dia tahu ada keluarga ayah kandung dia yang tinggal di kampung sebelah. Tapi dia tak tahu siapa.
Tapi sampai sekarang dia tak tahu cerita yang sebenar. Ibu tak pernah buka cerita pasal tu. Dia pun dia sahaja. Malas nak tanya.
Sekarang dia cuma menghubungi nenek dia. Setiap minggu pasti akan bertanya khabar pasal nenek dia. Nenek dia tak duduk sorang. Ada atok dia temankan. Sekurang-kurangnya nenek dia tak rasa sunyi sangat.
Intan Sofea masuk ke dalam biliknya lalu pintu bilik dikunci. Dia merebahkan dirinya ke atas katil lalu bermain dengan telefon samsungnya. Tiba-tiba dia teringat akan nenek dia. Terus dia call.
"Assalammualaikum nenek" Ucapnya. Kali ni bukan setakat call dia buat video call terus.
"Waalaikumsalam cucu nenek. Buat apa tu?" Dia dah sedia maklum kerja cucu kesayangan dia ni. Intan Sofea sendiri bagitau. Masa gaji pertama dia langsung dia tak merasa duit tu. RM500 dia bagi dekat nenek dia. Selebihnya untuk kos rawatan ibu dia.
"Baring-baring ja. Nenek dengan atok dah makan?" Tanya dia. Risau kalau mereka belum makan. "Dah. Tadi atok beli mee goreng. Tiba-tiba pula nak makan meeg goreng warung Pak Samad tu. Adik dah makan?" Tanya nenek dia pula.
"Dah tadi. Atok mana?" Tanya dia. "Atok dekat masjid lah. Solat jemaah di sana. Malam jumaat memang dia lepak di sana" Intan Sofea cuma mengangguk. Lama juga dia berbual dengan nenek dia sebelum akhirnya dia meminta diri sebab nak solat.
Malam dia dan Makjah memang rest. Tengku Faridah yang selalu buat makan malam. Tengku Faridah minta tolong kupas bawang atau potong sayur je. Kalau ada tetamu yang datang baru dia dan Makjah boleh masak.
******
Seperti biasa jangan lupa vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...