BAB 55

2.4K 76 2
                                    





       INTAN Sofea segera menyalami tangan mak mentuanya itu. Dia hadiahkan senyuman seperti biasa. "Arash mana? Tak pula mama nampak anak mama yang sorang itu." Tengku Faridah bertanya. "Dia pergi airport kejap, nak ambil ibu dengan abah." Intan Sofea memberitahu. Nanti suaminya akan bawa parentsnya itu terus ke rumah mereka.

Dia sudah tidak sabar mahu memberitahu pada keluarga mereka tentang dia yang kini hamil itu. Bentuk perutnya masih seperti sebelum ini. Tidak kelihatan lagi baby bumpnya tapi jika perutnya dipegang mahupun diusap oleh tangan, dapat dirasai sedikit perutnya yang hanya timbul sedikit itu.

Tengku Arash lah tidak berhenti mengusap perutnya. Kalau boleh setiap masa suaminya itu pegang perutnya. Maklumkan dia teruja kan mahu menjadi bapa.

"Oh sebab tu ke Intan ajak kami datang rumah ni?" Tengku Faridah mengangguk. Intan Sofea terus jawab. "Ya". Padahal dalam hati dia tahan saja dirinya itu daripada bagitahu keluarga mereka. Masa bercall dengan ibunya tempoh hari, hampir sahaja dia pecahkan rahsia berkenaan.

Rasa tidak sabar pula mahu memberitahu pada mereka akan dia yang kini sudah hamil ini. Dia nak tengok reaksi mereka nanti. Dan semestinya mahu merakam muka terkejut Isaac nanti. Abangnya pun dia ajak juga datang ke rumahnya memandangkan lelaki itu tidak bekerja pada hari ini. Cuma Isyam sahaja yang tidak dapat balik dengan parents mereka kerana kesibukan kerjanya.

"Mama tak nak minum dulu ke sementara tunggu yang lain sampai?" Dia bertanya. "Boleh juga tu, kamu buat je lah apa-apa yang simple ya." Intan Sofea mengangguk. "Kalau mama dengan papa nak tengok tv tu buka je lah ya. Buat je macam rumah sendiri." Sempat dia berpesan sebelum dia melangkah ke dapur untuk membuat air. Kalau Tengku Irham dia minum je apa yang isterinya itu minum.

"Abang tak rasa pelik ke tengok menantu kita yang sorang ni? Tiba-tiba je suruh datang rumah." Tengku Faridah bertanya pada si suami yang tengah makan kacang itu. Tengku Arizal memang pantang nampak kacang. Asyik nak mengunyah je kerjanya.

"Pelik apa pula? Biasa je tengok dorang berdua tu. Awak tu je yang terlalu overthinking." Balasnya lalu sambung makan lagi. Rumah anak dan menantu mereka itu memang banyak jajan.

Maklumlah kalau Intan Sofea bosan, boleh lah buat senaman mulut. Boleh lah kerja asyik mengunyah je. Nasib lah beratnya maintain sahaja. Tapi sekarang ni tak lah. Dia baru perasan beratnya bertambah sedikit. Sebab dia kan tengah bawa baby dalam perutnya itu.

Tidak lama kemudian Intan Sofea muncul semula membawa dulang berisi air oren yang dia bancuh tadi. "Amboi papa terus mengunyah kacang ya." Dia menegur. Tengku Arizal tersengih sahaja lalu sambung lagi. "Hmm kamu tahu lah kan, bapa mentua kamu ni macam mana." Tengku Faridah mengerling suaminya itu. Tengku Arizal sekadar tersengih sahaja.

"Akak, akak ada tak buat kek yang macam Ari nak tu?" Dengan muka yang tidak tahu malu dia bertanya. Tadi dia di bilik tetamu, tengah buat video untuk kerja kursusnya. Memandangkan dia ke rumah abang dan kakak iparnya, dia buat terus lah video yang diminta oleh pensyarahnya itu. Jadi nanti balik tinggal edit sahaja.

"Ish kamu ni lah Ari, tak malu betul lah minta macam-macam dari kakak ipar kamu ni." Tengku Faridah menegur anak daranya itu. Tengku Ariqah tersengih sahaja. "Tak apa lah ma, saya pun nak makan kek juga." Dia ada tertengok video seorang youtuber dari korea yang tengah makan kek strawberi. Terus dia teringin makan.

"Tapi tunggu yang lain sampai dulu ya baru kita potong tu kek." Tengku Ariqah mengangguk sahaja. Kemudian Tengku Ariqah ke dapur untuk minum air. Tanpa sengaja dia ternampak kek yang dibuat oleh kakak iparnya itu. Matanya membulat melihat tulisan di atas kek berkenaan. Dia segera ke ruang tamu. "Kak, really?" Terus dia bertanya.

"Apa?" Intan Sofea memandang pelik adik iparnya itu. Bila dia sedar apa yang dimaksudkan oleh Tengku Ariqah.  Segera dia menarik tangan adik iparnya itu ke dapur. "Jadi memang betul lah?" Lambat-lambat Intan Sofea mengangguk.

"Tapi jangan bagitahu mama dengan papa tau. Nanti masa makan baru akak dengan abang kau bagitahu dorang." Pesan Intan Sofea.





   TENGKU Arash pandang isterinya memberi hint. Intan Sofea angguk tanda dia faham. "Hubby tolong ambilkan kek boleh?" Dia bertanya. "Boleh je, kejap ya." Tengku Arash terus berdiri lalu berjalan ke dapur. Tidak lama kemudian dia muncul semula membawa kek yang dibuat oleh isterinya. Terus diletak di atas meja.

Puan Suhaila  yang kebetulan melihat kek itu diletak di atas meja terus membulat matanya. "Eh kenapa lain tulisan atas kek ni? Kata buat sendiri tapi kenapa macam pelik je tulisan tu?" Tengku Arizal menegur.

"Kenapa pula?" Tengku Farida bertanya. Intan Sofea dan Tengku Arash sekadar tersenyum sahaja. Begitu juga dengan Tengku Ariqah. Tengku Arash meletak lengan kanannya di bahu isterinya lalu berkata. "Tak kan korang tak dapat tangkap lagi."

Lama ibu bapa mereka berdiam diri sebelum Puan Suhaila berkata. "Ya Allah, adik betul ke?" Dia lantas berdiri lalu menghampiri anaknya. "Ya ibu." Intan Sofea menjawab. Tengku Farida pun terus berdiri sama lalu memeluk menantunya itu. "Terima kasih bagi mama cucu tahun ni." Ujar Tengku Farida. Terus riuh rumah mereka itu kerana berita gembira itu.

"Patutlah beria suruh ibu dengan abah balik, rupanya dia nak bagitahu kita yang kita bakal dapat cucu lah." Ujar Puan Suhaila lalu memandang suaminya. Tengku Irham senyum sahaja. "Dah berapa bulan kandungan kamu tu?" Tengku Irham bertanya pada anaknya itu.

"Dah masuk 6 minggu abah. Minggu lepas kami dapat tahu." Tengku Arash menjawab. "Patut lah lain macam je mama tengok kamu, rupanya berbadan dua." Intan Sofea senyum sahaja.

"Hubby ambilkan telefon saya, nak call along." Katanya. "Jap." Tengku Arash terus mengambil telefon isterinya yang berada di atas meja itu. "Tapi dorang dah bangun ke sekarang ni? " Tengku Irham bertanya.

"Kalau adik yang call, mesti dia angkat punya." Selepas beberapa saat, terus panggilan itu diangkat oleh abang sulungnya itu. "Apa ni kacau orang time subuh ni." Jelas kedengaran suara Isyam yang baru terjaga itu. "Along tukar ni pergi video call, bawa kak Diana sekali. Suruh dia pakai tudung sebab ada Arash ni." Walau apapun aurat kakak iparnya itu kena dijaga.

"Hah kenapa?" Isyam bertanya. "Lagi 8 bulan lebih along balik sini ya." Katanya. "Kenapa? Kenapa tak boleh balik before that?" Isyam bertanya. Tengku Arash menahan ketawa. Biarlah isterinya sahaja yang memberitahu. "Memang boleh. Tapi lagi 8 bulan lebih along akan jumpa orang baru tau." Katanya

Isyam malas mahu berfikir-fikir kerana lalu dia menjawab dengan selamba. "Siapa? Arash nak kahwin lagi 1 ke? Nak suruh along hentam dia? Along ok je." Terus Tengku Arash tertawa. "Bukan lah gila." Sampuk lelaki itu. "Habis pasal apa pula? Jangan lah korang buat prank dekat aku sekarang ni." Ujarnya.

"Adik pregnant lah. Lagi 8 bulan along jumpa lah dengan anak buah along tu." Akhirnya Intan Sofea memberitahu. "Oh mengandung.. Cakap lah aw-" Lama dia berdiam sebelum dia menjeritt. "Weii serius ke dik? Pregnant? Tahniah adikku." Habis semua yang mendengar ketika itu tertawa besar, begitu juga dengan Diana.

"Asal tak bagitahu je straight to the point." Dia bertanya. "Kau tu yang bengap sangat tak pandai faham hint yang adik kau bagi." Tengku Arash membalas dengan selamba. Bertambah marah lah Isyam tika itu. "Aku baru bangun tidur kot, otak tak berfungsi sangat lah." Balas Isyam.

--------

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now