"SELAMA ni aku anggap kau sebagai kawan aku. Rupanya....kau tikam aku dari belakang." Kata Intan Sofea. Gadis di hadapannya itu hanya tertunduk.Dia tidak menyangka bahawa orang yang dia rapat sejak dia masuk kerja, telah menikam dia dari belakang. Kini sudah susah untuk dia mempercayai seseorang yang baru dia kenali. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Eh tiba-tiba pula ada peribahasa.
"Aku tak sengaja. Sumpah aku tak sengaja." Ujar gadis itu. "Liar Kau tipu. Kau tipu aku." Ujar Intan Sofea. "Sebab kau lah, anak aku meninggal tau." Tambah Intan Sofea.
"Aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja." Dia merayu lagi. "Menipu. Dekat suami aku kau kata lain, depan aku kau kata lain. Memang betul lah kau ni susah untuk dipercayai." Marah Intan Sofea.
Dia ingat lagi apa yang diterangkan oleh Tengku Arash semalam ketika lelaki itu memberitahu dia perkara sebenar. 'Dia kata dia sengaja tolak Sayang sebab dia cemburu dekat Sayang. Dia memang awal-awal lagi bersubahat dengan Suzy untuk jatuhkan Sayang.' Itu yang diberitahu oleh Tengku Arash semalam. Tak kan lah dia mahu menipu dan membuat fitnat pula pasal hal berkenaan.
"Aku memang tak suka dia dari awal lagi. Bila dia masuk je dalam syarikat ni, semua orang terus beri perhatian pada dia. Kalau dulu mereka akan cari aku untuk tolong mereka. Tapi sekarang tak. Aku bersubahat dengan Suzy sebab nak dia rasa apa yang aku rasa. Hati aku sakit bila tengok dia mendapat perhatian dari oleh lain." Mata gadis itu membulat bila dia mendengar rakaman suaranya.
Dia tidak menyangka pula yang kelmarin Tengku Arash sebenarnya ada merakam perbualan mereka itu. "Aku memang yakin yang kau akan putar belit cerita depan wife aku. Jadi aku record apa yang kau cakap kelmarin. Dan kalau kau tak nak mengaku dan masih mahu menipu juga..." Tengku Arash mendongak memandang cctv yang berada di penjuru bilik berkenaan.
"Aku ada rakaman cctv pada hari kejadian. Kau buat kerja tak cukup clean. Bahagian kau je kau padam tapi bahagian Suzy kau tak padam. Ada rakaman cctv yang menunjukkan kau keluar dari bilik kawalan semasa yang lain berkumpul di hadapan bilik air." Beritahu Tengku Arash.
"Aku boleh je hantar semua bukti ni pada pihak polis tapi Sofea halang aku. Wife aku dah cukup baik untuk tidak saman kau. Tapi bukan aku. Ya memang betul wife aku tak nak saman kau. Tapi aku nak. Buat atas tuduhan kau mencederakan isteri aku. Tapi sebab pecah amanah." Mata gadis itu terus membulat.
"Kau ingat aku tak tahu ke apa kau buat? Kau punca kenapa duit kewangan syarikat asyik berkurang. Kau bagi duit tu pada musuh syarikat. Dan kau sengaja arah untuk beli barang-barang tidak berkualiti. Kau punca kenapa projek banyak tertangguh. Betul tak Farhana?" Terus gadis itu bersujud di hadapan mereka berdua.
"Kau tetap salah jadi...aku akan saman kau." Mata Farhana terus membulat. "Kau ada masa 48 jam untuk menghantar notis berhenti kerja. Dalam tempoh 48 jam ni aku nak kau kemas barang kau dan keluar dari sini. Selepas tempoh 48 jam, kau bersiap sedia lah untuk terima surat dari pihak penguam aku."
Farhana lebih banyak buat salah dari Suzy. Suzy setakat letak air itu di pantri sahaja, manakala Farhana pula banyak kesalahan.
Dia yang membeli ubat berkenaan dan letak di dalam air mineral berkenaan. Dan dia juga sengaja menyebabkan lantai tandas licin.
Farhana merayu meminta keampunan dari Tengku Arash dan keluarga lelaki itu, tetapi tidak dilayan. Mereka menganggap seolah-olah dia tidak wujud sahaja.
"Tak sangka selama ni kau jenis tikam kawan tau. Nasib semua dah terbongkar. Jika tidak entah sampai bila kau nak tikam kawan-kawan kau." Ujar Nina dan diikuti dengan anggukan kepala dari Zati. Mereka pun ada juga di sana.
Farhana terduduk memandang lantai bilik mesyuarat berkenaan. Dia tahu dia bersalah. Tapi dia tidak akan jatuh seorang diri. Dia tidak mahu dia sahaja yang dimalukan. Dia mahu Suzy pun bertanggungjawab sama.
"AKU tak sangka weii yang dia sanggup tikam kau dari belakang. Selama ni aku percaya dia. Dah lama kenal dia." Ujar Nina dengan nada kecewa. Dia dan Farhana sama-sama masuk kerja. Mereka bertemu ketika menunggu giliran temuduga 4 tahun yang lalu.
"Tapi kita tak boleh lah hukum dia macam tu. Mesti ada sebab dia buat macam tu." Kata Intan Sofea. "Kau gila ke apa Intan? Dia dah buatkan kau keguguran. Lepastu kau just ignore macam tu je?" Ujar Zati tidak berpuas hati.
"Ye lah. Intan kau ni terlalu baik lah." Sedih juga Nina bila kawannya ini senang sahaja memaafkan Farhana. "Sayang, jom balik." Tiba-tiba Tengku Arash muncul. Mereka bertiga terus memandang lelaki itu.
"Alahh stay lah kejap lagi dengan kitorang. Aku bosan ni tak de kau." Pinta Nina. "Tak boleh. Dia kena balik rehat." Tengku Arash menjawab bagi pihak isterinya.
Terus Intan Sofea pandang suaminya. "Sekejap je lagi. Boleh lah hubby." Pujuknya. "Hmm ye lah. Sekejap je tau. Nanti hubby call terus turun bawah." Intan Sofea mengangguk sahaja.
Apabila Tengku Arash berlalu pergi, mereka sambung berbual lagi. "Betul ke kau berhenti kerja weii?" Nina bertanya. "Ya. Aku berhenti dah. Arash tak suruh aku kerja lagi." Semalam Tengku Arash ada tegaskan dekat dia untuk berhenti kerja lebih awal. Dia tak nak perkara yang sama berulang kembali.
"Jadi aku lah kena ambil alih kerja kau. Haiyaaaa, susah betul lah berkawan dengan menantu Tengku Arizal ni." Sempat lagi Zati bergurau. "Bukan before Intan masuk pun, kau juga yang buat kerja tu kan?" Zati tersengih sendiri. Boleh pula dia buat-buat lupa. Kehadiran Intan Sofea memudahkan kerjanya. Tapi kerana wanita itu sudah berhenti kerja, dia kembali semula ke kerja asalnya.
"Tapi kalau kau tak tahu apa-apa, kau call je lah atau chat aku tanya pasal apa yang kau tak tahu tu." Cadang Intan Sofea. "Awww, terharu aku. Sebab ni lah aku lagi sayang kau dari Nina." Sempat dia mengejek Nina. "Kisah apa aku." Balas Nina. "Sampai hati kau. Sakit hati aku ni. Nak merajuk lah." Tiba-tiba dia mahu mengada pula.
"Kau orang bertiga ni tak nak kerja ke? Asyik bersembang je." Encik Amin menegur. Bila Intan Sofea menoleh ke arahnya, lelaki itu terus tersengih sahaja. "Eh Intan rupanya. Ingatkan pekerja mana ponteng kerja tadi." Intan Sofea senyum sahaja.
"Kalau macam tu aku balik dulu lah. Kau orang berdua sambung lah kerja ya. Jangan ponteng pula. Kalau ada masa nanti aku datang lah jenguk korang berdua. Boleh kan Encik Amin." Lelaki itu tersenyum sahaja. "Mestilah boleh. Tak kan saya nak halang pula." Silap hari bulan Intan Sofea complain pada Tengku Arizal, ada peluang besar dia bakal dibuang kerja.
Bila dia melangkah ke dalam lif, dia terus menghubungi suaminya. Dia biarkan sahaja pekerja yang berada dengan dia di dalam itu mendengar perbualan dia dengan suaminya. "Hubby dekat mana? Saya dah nak turut pergi lobi ni." Dia bertanya.
"Dalam kereta ni. Terus je masuk dekat tempat parking kereta ya. Hubby tunggu di sini." Tengku Arash menjawab di dalam talian. Bila sudah sampai di hadapan kereta, Tengku Arash terus membuka pintu tempat duduk penumpang buat isterinya. Intan Sofea tersenyum sahaja dengan perangai suaminya ini.
Bila Tengku Arash masuk ke bahagian pemandu dia bertanya. "Sayang ada nak pergi mana-mana ke lagi? Atau terus balik rumah?" Intan Sofea terus geleng kepala. "Saya nak balik terus. Lepastu makan ubat and tidur." Dia mengantuk sebenarnya. Memang 100% yakin bila sampai rumah dia akan terus tertidur setelah makan ubat. Apatah lagi bila ubat itu menyebabkan dia cepat mengantuk . Memang dalam sekelip mata dia akan terlelap sendiri.
*******
Jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...