BAB 54

2.1K 70 0
                                    

DIA terus sahaja menghempaskan tubuhnya itu ke atas sofa. Langsung tidak kisah dengan stokin yang masih tersarung di kakinya itu dibiarkan sahaja.

Badannya penat sangat sampai tak larat nak naik atas. Jadi baring saja lah di sofa. Nanti dah ada tenaga sikit baru dia naik atas.

Tidur nyenyaknya itu diganggu bila dia terdengar bunyi pintu rumah ditutup. Kemudian bunyi tapak kaki menghampiri tempatnya. Mata yang tadi ditutup itu dibuka secara perlahan-lahan.

"Hubby ni tak takut ke pencuri masuk rumah? Dengan pintu pagar tak bertutup lepastu pintu rumah dibiar terbuka luas." Intan Sofea membebel memandang suaminya itu. Hilang terus perasaan rindu itu bila dilihat keadaan rumah mereka. Kasut milik Tengku Arash pula bersepah di depan pintu rumah mereka.

"Hubby penat lah Yang. Bagilah hubby rehat." Balas lelaki itu. Kemudian ditarik tangan Intan Sofea sehinggakan isterinya itu jatuh terduduk di atas pahanya. Posisi Tengku Arash sudah berubah daripada baring kepada duduk bersandar.

"Tak rindu ke dekat hubby? Kelmarin bukan kemain dia beria kata rindu dekat husband dia ni. Sekarang dah ada depan mata ni. Dah tak rindu lah?" Intan Sofea sengih sahaja lalu memeluk leher suaminya. Disembunyikan mukanya di tepi leher suaminya itu.

"Mesti lah rindu tapi bila tengok keadaan rumah terus hilang rindu tu." Penat-penat dia kemas rumah, nak bagi nampak rumah teratur tapi sekali suaminya balik. Macam dilanda tsunami sahaja keadaan dekat pintu rumah mereka.

Intan Sofea masih lagi kerja seperti biasa. Tiada sebab pun untuk dia berhenti kerja. Tengku Arash pun tak kisah sangat akan Intan Sofea yang mahu kerja itu. Memang puas dia memujuk isterinya untuk berhenti dan puas juga Intan Sofea merayu supaya dia dapat kerja seperti sebelum mereka berkahwin.

Katanya apa guna ada sijil, kalau mensia-siakan sijil berkenaan. Dia pun mahu merasa pengalaman kerja. Dapat kerja setahun pun dia dah ok.

Lagipun kalau dia duduk diam sahaja di rumah, nanti dia cepat bosan. Sekurang-kurangnya bila dia kerja, tidaklah dia terlampau risaukan suaminya yang membawa kapal terbang itu. Memang lah masih ada perasaan risau tika dia bekerja, tapi tidak lah sampai setiap masa hendak menghubungi suaminya itu.

"Alah Sayang, hubby bukan sengaja lah. Lepas ni hubby kemas balik lah." Balasnya. "Kemas ya, jangan tak kemas. Kalau saya selesai solat and turun balik but masih dalam keadaan yang sama, malam ni hubby tidur luar ya." Diugut pula si suami.

Terus keningnya berkerut memandang isterinya. "Bukan Sayang period kah?" Dia tahu lah kitaran haid isterinya. Intan Sofea tersengih sahaja.

Tapi kemudian hilang terus sengihannya bila Tengku Arash membuka cerita pasal periodnya. "Hubby, saya belum period lagi lah. Dah 4 hari lambat." Wajahnya berubah pucat. Kemudian cepat-cepat dia mencapai telefonnya untuk tengok apps tracking periodnya.

"Kita pergi klinik lah check Sayang. Nanti jadi benda lain pula." Cadang Tengku Arash. Intan Sofea diam seketika. Tangannya naik menyentuh perut lepernya.

"What if 'penyakit' ni berpunca dari hubby?" Katanya. "Eh? Apa pula hubby." Tengku Arash membalas. "Hubby tak faham je maksud saya tu apa?" Boleh pula suaminya tidak mahu mengaku.

"Apa? Oh..... you pregnant?" Lama dia mendiam tadi kerana memikir apa maksud isterinya itu. Intan Sofea jongketkan bahunya. "Tak pasti lagi. Tapi..... apa kata kita pergi klinik?" Dia bukannya yakin sangat. Takut tersalah pula nanti. Lebih baik terus ke klinik untuk memeriksa.

"Hmm ye lah. Tapi bagi hubby tukar baju dulu ya." Tak kan pula dia dengan pakaian kerjanya itu ke klinik. Pelik nanti orang tengok dia nanti.






I'm The One Where stories live. Discover now