FINAL CHAPTER ❤️
Beberapa tahun kemudian...........
"ADA lagi ke barang nak beli Sayang?" Tengku Arash bertanya sambil dia mengekori isterinya itu dari belakang. "Tak banyak lagi ni. Kalau Hubyy nak tunggu dalam kereta, pergilah." Jawab isterinya itu. Tengku Arash terus geleng kepalanya. "Ish mana boleh. Nanti ada lelaki gatal yang mengorat dekat Sayang." Katanya.
Walaupun isterinya telah beranak sebanyak 3 kali, badannya tetap maintain macam anak dara. Mungkin kerana dia mengikut habis semua pantang larang ketika dia berpantang dahulu. Malahan lagi anak ketiga mereka itu kembar.
Mereka tidak sangka mereka diberik rezeki menimang anak kembar kerana semasa mengandung, perut Intan Sofea kecil sahaja. Seolah-olah dia mengandungkan seorang bayi sahaja. Tapi bila beranak keluar pula 2 ketul bayi yang comel. Masa kecil comellah tapi sekarang, nakal nak mampus. Entah perangai siapa yang mereka itu. Dia pun tak tahu.
"Mengarutlah hubby ni. Tak ada lah orang yang nak mengorat saya. Saya dah tak macam dulu. Dah tak cantik lagi." Katanya. Terus Tengku Arash menoleh memandang dirinya. "Siapa kata Sayang dah tak cantik? Hubby tengok makin cantik ada lah. Lepastu dah pandai nak menggoda sekarang ya." Muka Intan Sofea terus berubah mereka. Adakah patut suaminya cakap begitu. Dah lah ramai orang. Dia yang malu.
Dia lantas memukul bahu suaminya. "Apa hubby ni. Tak malu lah. Boleh pula hubby cakap macam tu depan orang." Tengku Arash hanya tersengih. Salah eh? Mestilah salah. Malu Intan Sofea olehnya.
"Dah lah. Malam ni hubby tidur luar." Terus berubah riak wajah suaminya itu. "Eh mana boleh Sayang." Dia mana boleh tidur tanpa bantal peluk gebunya itu. Ketika dia pergi fly pun, dia sangguk bervideo call mahupun menghubungi isterinya itu sampai lah dia tidur.
"Eh saya tak kira. Hubby kena tidur luar malam ni. Tak boleh tidur sekatil dengan saya. Saya nak merajuk dengan hubby." Katanya. "Tak boleh tidur sekatil tapi sebilik boleh kan? Kan?" Terus dia tersengih sendiri.
Tak apa. Nanti dia dukung isterinya ketika Intan Sofea sudah nyenyak tidur dan tidur bersamanya itu atas sofa. Dia tidak mahu tidur di lantai walaupun beralaskan tilam nipis kerana risau nanti belakangnya akan sakit. Lagipun tidak tak nak isterinya kesejukan nanti kerana lantai bilik mereka yang sejuk itu.
"Sayang nak merajuk berapa lama kali ni?" Dia bertanya. Intan Sofea terus buat gaya seolah-olah dia memikir. "Hmmm entah lah hubby. Mungkin kalau hubby belikan saya liquid blusher Rare Beauty mungkin saya berhenti merajuk." Katanya. Dia memang suka kan produk dari Rare Beauty itu. Walaupun mahal tapi tidak apa kerana dia ada suami yang boleh belikan.
"Ok boleh. Jom pergi Sephora sekarang juga." Dia sudah mahu menarik tangan isterinya tapi dihalang. "Eh belum habis lagi lah beli barang. Barang basah dengan pampers si kembar tak beli lagi." Selalu memang dia suruh sahaja suaminya yang beli tapi harini tiba-tiba pula dia nak ikut keluar membeli barang rumah bersama. Untung badan, dapat pula beli make up lagi.
Kalau dulu dia jarang bermake up tapi sejak bersuaminya, dia selalu berhias. Untuk suaminya juga. Bukannya untuk orang lain pun. Hanya untuk pandangan suaminya sahaja.
Tengku Arash hanya tersenyum melihat riak wajah gembira isterinya bila mereka keluar dari Sephora tadi. Ingatkan dia beli 1 barang sahaja, ternyata tidak. Tapi dia tak kisah pun. Untuk dirinya juga Intan Sofea berhias.
"Seronok dah dapat tu. Sekarang masih merajuk dengan hubby lagi ke tidak?" Dia bertanya. Pergelangan tangan isterinya dipegang. Beg tangan pun dia juga yang bawa. Intan Sofea hanya membawa diri dan telefon sahaja. Semua barang, suaminya yang pegang.
Dia tersenyum memandang suaminya. "Mesti lah seronok. Dah lama saya nak ni. Sekarang dah tak merajuk. Nanti di rumah saya bagi hadiah ek dekat hubby." Katanya. Tengku Arash sudah tersengih. Dia tahu apa yang isterinya mahu bagi. Untung badannya pandai memujuk.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...