BAB 7

3.5K 154 6
                                    


          SUDAH seminggu kejadian itu berlaku dan sudah seminggu juga Intan Sofea meminta cuti dari majikannya dengan alasan dia nak luangkan masa dengan ibunya.

"Betul ni Sofea ok?" Tanya Puan Suhaila. Aku tak rasa dia minta cuti sebab nak jenguk aku. Mungkin ada yang berlaku tapi anak aku ni pandai simpan rahsiah. "Ye betulah. Kenapa pula Sof nak tipu ibu" Ujar Intan Sofea. Tapi hati tuanya berkata yang anaknya ini ada masalah.

"Ceritakan semuanya dengan ibu. Sofea kamu tak pandai menipu. Ibu dah kenal dengan perangai kamu" Kata Puan Suhaila. "Hmm ok lah Sof bagitau" Dia kemudian menceritakan semuanya kepada ibunya.

"Biasalah tu Sofea. Kita ni orang bawahan. Mana lah lelaki macam tu nak pandang. Tapi ingat walau apapun kamu jangan sampai dipijak oleh dia. Kamu tu perempuan ada maruah diri dam harga diri yang tinggi. Jangan jadi macam ibu" Pesan Puan Suhaila. Intan Sofea cuma mengangguk.

"Ibu jangan lah cakap macam tu. Ibu jadi macam tu pun sebab paklong kan?" Ujar Intan Sofea. Aku dah tak tahu pergi mana abang kandung ibu aku tu. Kali terakhir aku jumpa masa aku 10 tahun. Lepas tu aku dah tak jumpa dia. Entah dekat mana manusia tu tinggal. Tak tahu masih hidup ke tidak.

"Dah kita tak payah lah cerita pasal tu ye Sofea. Ni hah kamu cuti dah dekat seminggu tau. Majikan kamu tu tak marah ke?" Tanya Puan Suhaila. "Tak" Balasnya.

"Sayang sejahat mana pun si Arash tu dia tu anak majikan kamu. Macam mana kalau dia buang kamu kerja" Nasihat Puan Suhaila.

"Hmm ye lah. Tapi kan kenapa ibu macam tak suka je Sofea datang ni. Kenapa?" Tanya Intan Sofea. "Mana ada lah. Ibu suka tapi sekarang kan Sofea dah ada kerja. Sekarang ni susah nak dapat kerja. Kamu pula senang-senang je minta cuti segala. Nanti keluarga Tengku tu tak tahan dengan perangai kamu tu macam mana? Tak ke kamu dia buang kerja? Lepastu satu hal lagi nak cari kerja baru" Tambah Puan Suhaila."Ye lah. Harini Sofea masuk kerja balik" Ujarnya.



     TENGKU Arash keluar dari balai  ketibaan bersama bagasinya. Akhirnya balik pun semula ke Malaysia.

"Kau ada apa-apa plan ke harini?" Tanya rakan sekerjanya Fakrul. "Tak da kenapa? Datang lah lepak rumah aku kalau kau nak" Ajak Tengku Arash.

"Boleh juga tu. Aku balik dulu lah. Jumpa mak aku. Nanti aku datang dalam jam 3 begitu" Beritahunya sambil menilik jam tangannya. Dah dekat pukul 1 tengah hari.

"Hmm ye lah. Kau datang je tau. Aku ada je tu dekat rumah" Bahu Fakrul ditepuk sebelum dia berjalan menuju ke parking lot. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memandu meninggalkan KLIA menuju balik ke rumahnya.

"Assalammualaikum" Ucap Tengku Arash lalu masuk ke dalam rumah. "Waalaikumsalam. Eh Rash baru sampai ke?" Tanya Tengku Faridah. "Ha'ah ma. Tadi singgah kedai kejap beli relod" Beritahunya.

Tengku Faridah cuma mengangguk. "Ma ada makanan tak?" Tanya dia. Maklumlah tiba-tiba pula teringin nak makan masakan melayu. Maklumlah seminggu duduk sana asyik makan pizza je. Well Italy dan pizza tidak dapat dipisahkan.

"Mestilah ada. Ma baru je makan tadi. Pergilah dapur. Intan ada tu" Ujar Tengku Faridah. "Kejap ma nak tanya. Irdina ada datang tak?" Tanya dia. Terus Tengku Faridah menayangkan muka yang menjengkelkan.

"Ada. Hari-hari datang. Asyik tanya soalan yang sama. Rash mana. Rash mana. Benci lah mama dekat dia tu" Ujar Tengku Faridah. Dia kemudian beredar. Mungkin juga menuju ke tingkat atas.

Selepas menanggalkan kasut kerjanya dia bergerak ke dapur. Beg bagasinya dibiarkan sahaja di tepi rak kasut.

"Minah kau masak apa?" Tanya dia. Terkejut Intan Sofea dibuatnya. Dah lah orang tengah syok dengar lagu. "Tengoklah atas meja tu ada apa" Ujarnya. Malas nak layan mamat sorang ni.

"Kau masih marah dekat aku ke? Tskk ingatkan orang macam kau ni tak da perasaan" Katanya lalu menuju ke meja makan. Nak je Intan Sofea baling pisau ni dekat lelaki itu. Biar tepat melekat dekat kepala dia. Tapi nasiblah lelaki itu anak kepada majikannya kalau tak dah lama pisau yang dia guna sekarang ni melekat di kepala lelaki itu.

Tidak lama kemudian Tengku Arash datang membawa secawan air milo. "Nah" Ujar Tengku Arash. "Letak je dekat singki tu. Nanti saya basuh" Katanya.

"No. Ini untuk kau. Nah minum. Ermmm...tanda aku minta maaf?" Kata Tengku Arash. Minta maaf? Ada ke perkataan maaf dalam kamus hidup anak Tengku ni?

"Ambillah. Ni kali terakhir aku minta maaf. Minta maaf ejek kau. Ok aku cau dulu" Kata Tengku Arash lalu beredar.





    TENGKU Arash membawa kawannya Fakrul duduk di pondok kecil belakang rumah mereka. Saja nak ambil angin petang.

"Minah mana pula dalam rumah kau tadi tu? Girlfriend baru kau ke? Habis si Irdina kau letak mana? Banyak bagus. Kau tolak tepi je si Irdina tu?" Tanya Fakrul. "Kepala bapak kau. Aku masih sayanglah dengan my one and only girlfriend Irdina. Tu pembantu rumah baru kami" Ujarnya.

"Pembantu rumah ke orang rumah kau?" Dia menjongket keningnya. "Pembantu rumah lah. Apa pula orang rumah kau ni" Terus kepala kawan karibnya itu diluku. "Aku cakap je. Mana tahu betul kan? Tak ke nangis berdarah si kawan tu." Si kawan? Ah Irdina lah siapa lagi.

Terdiam Tengku Arash dibuatnya. Ahh tak mungkin lah aku dengan minah tu berjodoh.

Tidak lama kemudian Intan Sofea datang membawa dulang berisi air dan juga kuih yang dia buat bersama MakJah tadi tengah hari.

"Hai saya Fakrul" Tegur Fakrul sambil menyerahkan tangannya untuk bersalam. Intan Sofea cuma tersenyum. Selepas menghidangkan air dia masuk ke dalam semula.

"Kau pehal? Putus wayar?" Kata Tengku Arash. Suka hati dia je bertegur dengan si Intan Sofea th. Aik macam jealous je? Ish tak de lah. Mana ada aku jealous. Ok titik.

"Alah suka hati aku lah putus wayar ke hilang wayar ke. Litar pintas ke. Yang kau tu pehal nak marah aku? Alah bagilah aku chance nak ngorat. Aku ni dah lama single  tau. Aku nak ngorat adik kau tak boleh. Nak ngorat pembantu rumah kau tak boleh. Mak kau dah berpunya. Tak pa lah aku ngorat MaKJah je" Nah sudah. MakJah pula dibabitkan. Hais korang ni MakJah tengah berhibur kat dapur tu korang pula tiba-tiba babitkan Makjah.

"Aik MakJah pun kau nak? Aku bukan nak marahlah kau ngorat. Tapi agak-agaklah minah tu? Kalau kau tahu siapa dia yang sebenar aku yakin kau tak jadi ngorat punya" Kata Tengku Arash.

"Pasai pa pula?" Tanya Fakrul. "Dia tu anak pelacur" Beritahu Tengku Arash. "Habis tak boleh? Dia anak je. Bukan dia yang buat semua benda tu.Kau ni pemikiran cetek lah. Macam apa yang si Meerfly tu. Makeup eropah tapi pemikirannya kampungan. Mana kau punya pintar hah? Belajar bukan kemain tinggi tapi itulah. Haih aku kesianlah dengan kau ni. Mungkin mak dia pernah buat benda tu. Tapi mana tahu dah berubah? Kau tengok je cara dia punya pemakaian. Tak macam perempuan tepi lorong yang jual badan tu. Aku tengok elok je dia pakai tudung tutup dada. Baju pun tak ketat. Longgar je. Tu lah calon isteri. Tu lah yang mak-mak nakkan jadi menantu. Bukannya yang berpakaikan baju pendek tak cukup kain macam si Irdina tu. Terus terang aku cakap ni. Aku tengok mak kau tak suka dengan Irdina" Ujarnya.

"Kau ni datang nak lepak ke buat ceramah tak berfaedah? Semak ah" Marah Tengku Arash. "Aku bagi nasihat je. Dah lah aku cau dulu. Nak ambil adik aku dari sekolah agama lagi" Katanya sebelum berlalu pergi.






******

Jangan lupa vote ye

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now