BAB 78

1.9K 65 1
                                    




ARIN Daniel terkedek-kedek menghampiri papanya yang baru sampai itu. Tadi elok sahaja dia duduk di atas sofa menonton siaran tv yang dipasang oleh mamanya. Dan apabila dilihat mamanya menuju ke pintu hadapan, dia pun ikut juga.

"Papa." Panggilnya. Dia mendongak memandang papanya yang sedang mencium dahi mamanya itu. Tangannya terkapai-kapai meminta untuk didukung.

Bila dia tidak dilayan oleh papanya, terus dia merengek untuk mendapatkan perhatian dari papanya itu. Tengku Arash tertawa sendiri melihat gelagat anaknya itu.

"Ee tak malu. Dah besar pun masih minta dukung lagi. Tengok adik tu. Relax je main dengan mainan dia." Ujarnya pada si anak sulungnya itu. Dia kemudian memandang ke arah anak keduanya, Aira Denisha nama diberi.

Siapa sangka rezeki mereka dikurniakan anak perempuan. Intan Sofea baru sahaja selamat bersalin 2 bulan yang lalu. Dia dah habis berpantang. Tapi Tengku Arash awal-awal lagi sudah diberi amaran agar memberi isterinya 'rehat' yang lama buat isterinya.

Mana tidaknya, Arin Daniel dan Aira Denisha jarak umur mereka cuma lah beza 6 bulan sahaja.

Intan Sofea ingat lagi ketika dia mahu mendaftar buku pink, dia dimarahi oleh doktor kerana jarak usia kandungannya dan usia anak sulungnya sangat dekat.

"Badan awak ni kecil tau. Baby pula baru nak masuk 6 bulan. Tapi awak dah mengandung 5 minggu tau. Jarak tu dekat tau." Marah doktor itu padanya.

Bukannya doktor itu meninggikan suara pun, cuma doktor itu marah kerana Intan Sofea tidak menjaga jarak di antara anak pertama dan kedua. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Tak kan pula nak digugurkan bayi yang tidak bersalah itu.

"Tadi mama ada datang sekejap dengan Ari." Intan Sofea memberitahu. "Buat apa? Baru je minggu lepas kita pergi situ kan. Tak nak mama dah rindu dekat cucu-cucu dia?" Tengku Arash bertanya. Dia menurunkan Arin Daniel ke lantai semula lalu membawa isterinya untuk duduk di sofa.

"Tak. Memang lah mama rindu tapi bukan sebab tu mama datang." Jawab Intan Sofea. "Habis tu sebab apa"? Tengku Arash bertanya. Jarang sekali mamanya itu datang ke rumah mereka tanpa sebab kerana akan mengambil masa hampir 1 jam perjalanan.

"Kan adik hubby tu dah nak kahwin tak lama lagi. Mama minta pendapat lah untuk baju Ari tu nanti." Intan Sofea memberitahu. Dia bukannya reti sangat pun pasal fesyen ni. Tapi kalau disuruh dibagi pendapat, dia bagi ikut logik akal dia sahaja.

Kalau nak suruh dia pilihkan memang kesian lah adik iparnya itu. Sedangkan baju-baju dia pun kebanyakkannya suaminya yang belikan. Bukannya dia yang pilih. Tengku Arash yang pilih. Ikut cita rasa lelaki itu.

"Oh ya. Dekat dapur tu saya dah masak tau. Hubby nak mandi dulu ke atau nak makan dulu?" Intan Sofea bertanya. Tengku Arash terus tersenyum gatal sendiri. "Hubby nak mandi dulu. Tapi Sayang kena mandikan." Mata Intan Sofea terus membulat. Suka hati ja suaminya itu cakap begitu di hadapan anak-anak mereka.

"Jangan nak macam-macam ya hubby. Ingat hubby tu kena 'berpantang' tau." Intan Sofea mengingatkan. Tengku Arash menjentik dahi licin isterinya itu. "Sakit lah hubby." Marah isterinya.

Tengku Arash terus takut sendiri bila tengok kesan dia jentik dekat dahi isterinya itu. Merah. Dah macam kena gigit nyamuk pula.

"Tengok ni. Hubby ni kan. Dah merah dahi  orang tau." Kata Intan Sofea bila dia melihat keadaan dahinya di dalam kamera telefon suaminya itu. "Sorry lah Sayang. Hubby ingatkan hubby jentik tak kuat." Ujarnya lau mencium dahi isterinya itu.



        "MAMA kamu mana?" Tengku Arash bertanya pada anak sulungnya. Tadi tika dia masuk ke dalam bilik air, ada pula isterinya di bilik mereka sedang menyusukan si kecil itu.

Arin Daniel hanya memandang sekilas papanya itu lalu dia sambung main dengan adiknya lagi. Tidak dia mahu menjawab persoalan papanya itu kerana dia bukannya pandai bercakap sangat. Kalau dia bercakap masih ada bunyi pelatnya lagi.

"Sayang?" Tengku Arash memanggil lagi. Tak kan lah isterinya keluar. Intan Sofea tak pernah keluar tanpa memberitahu dan meminta kebenaran dari dia terlebih dahulu. Malah, tak kan pula dia meninggalkan anaknya berdua itu di ruang tamu sedangkan suaminya di atas.

"Ya? Kenapa hubby?" Tiba-tiba sahaja Intan Sofea muncul dari dapur. Kan betul. Intan Sofea tak pergi mana. Tetap berada di rumah. Tengku Arash saja yang menggelabah sendiri tak nampak isterinya.

"Sayang dari mana? Puas hubby panggil dari tadi." Dia bertanya. Dia memanggil serupa kehilangan bini sahaja. Tapi memang kehilangan bini pun tadi.

Intan Sofea hanya menunjuk ke dapur. "Saya siapkan makan hubby lah. Cakap tadi nak makan kan." Intan Sofea menjawab. "Oh ya kan. Hubby lupa lah." Kemudian dia tersengih sendiri.

"Kalau macam tu hubby pergi makan lah dulu. Sayang dah makan?" Intan Sofea sekadar mengangguk. "Tipu. Tak baik tipu hubby. Sayang belum makan lagi kan. Jom makan sekali. Jangan nak mengelak ya. Jangan buat alasan nak diet Sayang." Ujarnya. Dia memang pantang kalau isterinya sudah mula diet. Dia tak suka. Bentuk tubuh isterinya sekarang masih cantik dan lawa seperti dulu. Jadi tidak perlu mahu diet bagai.

"Eh mana ada saya cakap saya diet. Saya jaga pemakanan je." Sebab dia kan menyusukan anaknya. Bukan Aira Denisha sahaja, anak sulungnya itu pun masih menyusu lagi. Tapi bukan terus dari tubuhnya lah. Dia selalu pam kan buat Arin Daniel.

"Tapi kalau kita makan dekat dapur, anak-anak siapa nak jaga?" Intan Sofea bertanya. "Siapa cakap kita makan dekat dapur? Kita makan di ruang tamu lah. Sayang pergi lah bersihkan meja tu. Hubby pergi ambil makanan." Tengku Arash kemudian melangkah ke dapur untuk mengambil makanan.

Arin Daniel merangkak menghampiri papanya bila dia terhidu bau gulai ayam yang dimasak oleh mamanya. Dia memang suka gulai ayam masakan mamanya itu.

Intan Sofea selalu masakkan yang khas untuk anaknya mengikut deria rasa bayi berusia 1 tahun 3 bulan itu. Ayam pun memang dari awal-awal lagi dia akan carik-carikkan supaya senang Arin Daniel kunyah.

"Tak boleh lah Arin. Ni papa punya." Tengku Arash menjauhkan tangannya dari anaknya yang mahu mencapai tangannya itu. "Hubby suapkan dia sikit je. Jangan banyak. Asalkan dia dapat rasa." Nanti tak dapat, meragam pula budak yang seorang itu. Nanti habis segala benda dia buang untuk menunjukkan dia memprotes.

Arin Daniel kembali ke tempat mainannya bila sudah mendapat apa yang dia mahu. Gembira sahaja dia sebab dapat makan ayam.

"Yang, Arin dah setahun lebih kan." Kata Tengku Arash. "Ya. Kenapa? Tak kan umur anak sendiri tak tahu." Balas Intan Sofea.

"Bukan lah. Hubby fikir nak buah kenduri akikah lah untuk Arin dengan adik dia ni. Sekali majlis cukur jambul Aira. Macam mana? Sayang setuju?" Intan Sofea sekadar mengangguk.

"Boleh juga tu. Tapi kita nak buat bila hubby? Sebelum atau selepas majlis adik hubby tu? Jangan cakap hubby nak tumpang majlis dia pula." Segan lah dia. Macam mengambil kesempatan pula. Walaupun Tengku Ariqah tu adik iparnya.

Tengku Arash geleng kepalanya. "Kita buat minggu depan lah. Sayang pun dah habis pantang kan. Kita buat tak perlu lah besar-besaran. Panggil jiran, kawan rapat dengan family kita je. Ramai lagi kan family kita belum jumpa dengan Aira ni." Kerana Intan Sofea melahirkan Aira Denisha di Swiss.

Baru 2 minggu yang lalu dia balik ke tanah air dengan dia ketika itu masih berpantang. Dia terpaksa balik atas urusan pendaftaran sijil lahir dan kewarganegaraan Aira Denisha.

"Boleh juga tu hubby. Nanti saya kasih tahu ibu dengan abah kan. Mana tahu dorang dapat datang." Lebih baik dipercepatkan majlis akikah itu. Nanti terlupa pula mereka.

********

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now