BAB 12

3.3K 147 4
                                    

     MALAM ini Isac ikut sekali sepupunya si Tengku Arash tu pergi kedai mamak. Nak ikut lepak juga. Selama dia duduk luar negara dia jarang bergaul dengan orang.

Tapi kalau dah berjumpa dengan Fakrul riuh lah mulut dia tu. Mengalahkan mulut perempuan kalau bercakap.

"Wei Isac lama gila aku tak nampak kau" Ujar Fakrul. Terjerit-jerit macam budak kecil. Pengunjung yang datang ke kedai mamak itu memandang ke arah Fakrul.

Tengku Arash cuma tersengih. Malu gila dapat kawan lahir tak cukup bulan ni. Dia sendiri beritahu Tengku Arash yang dia lahir ketika kandungan mak dia berusia 7 bulan lebih.

Bangga sangat dia bagitau dia lahir pramatang. Tengku Arash masih teringat wajah confident si Fakrul tu. Terus dia teringat.

"Wei Rash aku ada benda nak bagitau" Ujar Fakrul ketika mereka berdua berjalan menuju ke kelas mereka yang seterusnya. "Apa dia?" Tanya Tengku Arash. Buku dipeluk di dadanya. Acah-acah budak yang suka belajar. Walhal dia banyak tidur masa lecture sedang mengajar di depan.

"Aku kan sebenarnya lahir tak cukup bulan" Beritahunya. Tergelak Tengku Arash bila kawannya berkata begitu.

"Apa kau merepek ni? Jumpa crush terus jadi macam ni?" Tanya Tengku Arash masih tertawa. "Betul lah. Aku cakap benda yang betul" Balas Fakrul.

"Habis yang kau bagitau kenapa?" Tanya Tengku Arash. Kini mereka berdua sudah masuk ke dalam dewan kuliah. Seperti biasa pasti ada mata yang akan memandangnya.

Mana tak nya. Dia kan popular dengan kulit sawo matang dia. Gadis mana je tak terpikat. Tapi Tengku Arash buat derr je. Tak ambil kisah pun pasal ni. Sebab dia tengah couple dengan Irdina. Baru je get back semula.

"Kau kan kawan baik aku dari zaman kita tadika. Sampai kita naik bujang. Bersunat pun sama-sama. Aku tak nak ada rahsia dengan kauuuuu" Ujar Fakrul.

"Bengong. Tak payahlah nak cerita pasal kelahiran kau pula" Kepala Fakrul diteleng sedikit. Kang kuat-kuat tercabut pula kepala mamat ni.

"Tak payahlah kau nak jerit-jerit macam monyet pula" Tegur Isac. Fakrul cuma tersengih.

       INTAN Sofea keluar dari biliknya untuk membasahkan tekaknya. Dengan yakin yang dia fikir bahawa para lelaki di dalam rumah itu sudah tidur dia berjalan ke dapur tanpa memakai tudung untuk menutup auratnya.

Ketika dia berdiri di hadapan singki sambil membasuh cawan yang dia guna tadi dia perasan ada orang yang sedang memerhatinya. Ketika dia memalingkan wajahnya ke belakang terus membulat matanya.

"ARGH" Dia segera tunduk bersembunyi di sebalik meja yang berada di tengah itu. Isac terpaku.

Pertama kali dia melihat Intan Sofea tanpa tudung. Rambutnya hitam bersinar dan yang paling penting kulit putihnya itu menampakkan bentuk lehernya yang menawan.

Jinjang lehernya kelihatan putih. Tapi yang peliknya Isac langsung tidak terpukau dengan kecantikkan yang Intan Sofea miliki. Dia terpaku sebab dia terkejut tertengok aurat Intan Sofea tanpa sengaja.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke arah dapur. "Siapa yang teriak tadi?" Tanya  Tengku Arash.

Dia memandang ke arah Isac. "Intan. Aku tak sengaja nampak dia tak pakai tudung. Tu yang dia teriak. Siap sembunyi di sebalik kabinet dapur.

"Jomlah naik atas. Intan tak pakai tudung tu. Kita ni bukan mahram dia" Ujar Isac. Sebenarnya dia pergi dapur nak minum air tapi dia tak sengaja kan tertengok Intan Sofea begitu terus niat dia nak minum terbantut.

Selepas memastikan dua jejaki itu berlalu pergi barulah dia masuk ke dalam bilik. Cepat-cepat dia melangkah masuk. Takut benda yang sama berlaku.

"Kau apasal gila skodeng minah tu" Ujar Tengku Arash. "Kan aku dah kata aku tak sengaja. Aku turun nak minum air. Aku tak perasan tu dia. Aku ingat Ari jadi aku tengok je lah dari belakang. Bila dia pusing baru aku sedar. Dia teriak then hidding bawah meja" Beritahu Isac.

"Kau buat kerja gila tau" Kata Tengku Arash. "Yang kau nak marah apasal? Eeee kau jeles ni kan?" Kening dijongketkan.

"Macam yang aku cakap sebelum ni. Aku tak tengok dia sebagai perempuan lain. Aku tengok dia macam adik aku. Entah kenapa perasan tu kuat sangat" Ujar Isac.

"Aku tak terpikat ataupun terpukau tengok Intan tanpa tudung. Entahlah aku dah tak ada perasan kot dengan perempuan macam Intan" Tambah dia lagi.

"Kau gay? Serius ah? Bapa ah aku  tak tahu pula. Apa reaksi bapa kau? Dia tahu?" Tanya Tengku Arash. Terus kepalanya diteleng. "Apa yang kau mengarut ni. Aku gay? Kepala hotak kau. Aku cakap aku tak ada perasan dengan perempuan macam Intan. Siapa pula bagi kau statement aku gay pula. Bongok punya sepupu" Ujarnya. Tengku Arash tersengih.

Pada paginya ketika Tengku Arash dan Isac menuju ke meja makan untuk bersarapan mereka tersengih sendiri. Mana taknya. Apabila Intan Sofea nampak kelibat mereka berdua dia seperti lipas kudung laju je masuk balik ke dalam dapur.

"Dia trauma lah tengok muka kau" Ujar Tengku Arash. Isac tersengih. "Kan aku dah kata aku tak sengaja" Katanya lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi. Tengku Arizal dan Tengku Faridah pun ada juga.

"Apa yang korang sengihkan kan ni?" Tanya Tengku Faridah. "Tak de apa-apa ma. Ari mana?" Tanya Tengku Arash. "Hmm dia? Awal pagi lagi dah keluar. Pergi jogging konon. Nanti kalau dia tak balik-balik juga korang pergi cari ya?" Tengku Arash dan Isac cuma mengangguk.

    ISAC dan Tengku Arash bergelak ketawa sambil memandang Intan Sofea dengan Makjah sedang menyiram bunga di halaman rumah.

"Aku tak boleh blah lah masa tadi pagi. Dia punya malu tu dah macam lipas kudung" Ujar Isac dengan sisa gelaknya. Intan Sofea memandang ke arah mereka lalu dia jeling mereka. 'Mesti dorang mengata aku' Teka dia.

"Wei dia jeling kita lah. HAHAHAHA. Aku suka lah" Ujar Isac lagi. "Aku pun suka juga" Tambah Tengku Arash.

Terus mati gelak Isac. "Apa kau kata tadi? Kau suka? Woooooo. Irdina kau nak letak mana?" Berubah macam terus Tengku Arash dibuatnya. Lagilah Isac usik sepupunya itu apabila Tengku Arash menayangkan muka ketat.

"Apa yang dorang bisingkan tu?" Tanya Makjah. "Entah lah Makjah. Lelaki kan? Kalau bergosip lagi hebah dari perempuan" Beritahunya. Makjah mengangguk bersetuju dengan apa yang Intan Sofea katakan.

"Kalau Irdina tahu mati kau oleh dia tau" Usik Isac lagi. Tambah cemberutlah muka Tengku Arash dibuatnya. "Aku dengan dia dah break" Katanya tiba-tiba.

"Apa dia? Eh kejap" Dia menghirup air oren itu lalu dia sembur semula. "HAH? APA?" Saja nak buat nampak real sikit macam dalam drama. "Kau pehal nak sembur-sembur bagai?" Tegur Tengku Arash. Nasib baju dia tak terkena 'air suci' yang datang dari mulut sepupunya.

"Tak de lah. Saja nak nampak macam dalam drama. Hehehehe. Jadi macam korang boleh break. Buat kali yang ke-...." Agak lama juga dia memikir. "Kali ke-11 sejak korang couple dari tingkatan 3" Tambah dia.

"Entah dia. Aku ajak kahwin dia tak nak. Masih dengan alasan yang sama" Jawab Tengku Arash. Isac mengangguk.

Mesti Irdina cakap macam ni. 'Sorry lah Sayang. I nak fokus dengan career I as a model dulu. Nanti baru kita kahwin ya?'. Hafal sangat dia dengan alasan yang Irdina kata.

Kalau bukan Irdina yang bagi alasan mesti Tengku Arash pula yang bagi alasan. Alasan dia lagi lah menarik untuk korang dengar tau. 'As i tell you before Sayang. I nak kahwin masa I umur 30 tahun.'

Diorang berdua ni macam nak tak nak ja bercinta. Cakap sayang satu sama lain tapi kahwin tak nak. Entah apa yang dorang nak.

"Kan aku dah kata. Tinggalkan lah dia buat selamanya. Kau ni gila lah. Macam pakej internet pula. Paling lama diorang couple adalah 3 tahun. Dorang paling lama putus pun 3 tahun juga. Masa Tengku Arash sambung belajar. Lepastu balik juga dorang berdua ni.

*****

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now