BAB 13

3.3K 117 0
                                    

           HARINI Isac sorang je free jadi dia lah yang temankan Intan Sofea pergi pasar. Dia sendiri yang tawar diri nak temankan Intan Sofea pergi pasar. Tengku Arash tak de. Kelmarin dia fly pergi Johor. Dekat je. Harini  juga kot dia balik.

Selama Isac duduk dengan keluarga Tengku Faridah tak pernah lagi dia nampak lelaki tu pergi kerja. Kerja dia 24 jam duduk rumah.

"Err awak saya nak tanya boleh?" Intan Sofea membuka bicara. "Apa dia? Tanya je lah" Balas Isac. Matanya fokus dengan driving dia. Kang terbabas masuk dalam longkang ada juga yang cedera.

"Er... awak kerja apa?" Tanya dia. Isac tersenyum. "Dah berapa kali kan abang cakap dengan Intan panggil ja abang. Tak payah nak ber'awak'- 'awak' bagai" Intan Sofea tersengih. Tak biasa lagi.

"Abang kerja ofis je. Tapi sekarang tunggu abah abang balik baru abang masuk kerja" Intan Sofea cuma mengangguk. "Intan tak nak sambung belajar ke?" Tanya Isac.

Intan Sofea tersenyum lalu menggeleng. "Tak. Nak jaga ibu dulu sampai ibu sihat. Tapi kalau ibu dah sihat pun Intan tak nak sambung belajar. Sofea bukannya pandai pon" Jawabnya.

"Intan ni anak yang baik tau. Untung ibu Intan dapat anak macam Intan" Intan Sofea cuma tersenyum. "Kalau Intan nak abang boleh daftarkan Intan masuk universiti. Lagipun Intan kan lepasan spm. Nak?" Tanya Isac.

Lantas Intan Sofea menggeleng tanda dia tidak bersetuju. "Ibu ada pesan. Semiskin mana pun kita. Sesusah mana pun kita jangan sesekali minta bantuan dari orang lain selagi kita mampu buat kerja. Ibu tak suka tengok Intan susahkan orang lain. Jadi tak payahlah abang nak tolong" Tolaknya dengan lembut. Tak nak hati lelaki itu terguris.

Isac tersenyum lagi. "Awak ni baik sangat lah Intan. Cubalah awak ni adik saya kan bagus" Katanya. "Abang ada adik ke?" Tanya dia.

"Ada lelaki Tapi tak pernah jumpa. Abah abang berpisah dengan mak abang masa abang kecil lagi. Intan ada adik-beradik?" Tanya dia pula.

Intan Sofea geleng kepala. "Tak. Ibu bercerai dengan ayah Intan sebelum Intan lahir. Intan anak tunggal" Jawabnya sambil kepalanya tertunduk memandang ke bawah. Alang kah bagus kalau dia ada adik beradik. Mesti ibu tak sunyi.

Isac cuma mengangguk. Tidak lama kemudian mereka sampai ke tesco. Sengaja Isac bawa pergi situ sebab dekat sana senang nak cari bahan masak. Ikan nanti ja dorang singgah pasar. Itu pun kalau sempat.

Troley diambil dan tanpa banyak bunyi Isac menolak troley tersebut. "Err tak payahlah abang Isac. Biar saya ja tolak" Kata Intan Sofea. Malu sebenarnya dia. Dah lah lelaki itu menghantarnya ke kedai lepastu nak minta tolong lagi.

"Alah benda kecil je lah Intan. Bukan susah pun. Hah Intan nak beli apa?" Tanya Isac. Alah setakat tolong tolak bukannya aku buat benda tak senonoh pun dekat dia.

Ketika mereka sedang sibuk mencari barang tiba-tiba Isac disapa oleh seseorang. "Hai. Isac kan?" Tanya perempuan itu sambil tersenyum. Isac memandang ke arah Intan Sofea lalu ke arah perempuan yang baru sahaja menegurnya tadi.

'Siapa pula ni?' Desis hatinya. "Kau dah tak ingat dekat aku ke? Sampai hati awak tau. Ni Nisa lah" Katanya. Isac masih bingung.

'Nisa mana pula ni? Sejak bila aku ada kawan nama dia?' Terkebil-kebil dia memandang gadis yang bernama Nisa itu.

"Oh ah ingat-ingat." Tipunya. Serius aku tak ingat siapa ni. "Isteri ke?" Nisa memandang ke arah Intan Sofea. "Tak. Adik" Tipunya. Eh jap kenapa aku cakap Intan ni adik aku pula.

"Oh adik. Nice too meet you" Ucapnya. Intan Sofea cuma tersenyum. Tak tahu nak balas apa. "Oh ya ni card saya. Ada nombor. Nanti kita call-call ya Isac" Katanya lalu menghulurkan kad namanya kepada Isac.

Isac terima ja tanpa banyan bunyi. Kemudian Nisa meninggalkan mereka. "Serius aku tak ingat siapa dia tu. Tak pernah nampak pun" Beritahu Isac kepada Intan Sofea.

"Abang lupa kot" Teka Intan Sofea. "Iya tak iya juga kan? Eh jomlah kita bayar" Katanya. Troley ditolak ke kaunter pembayaran. Intan Sofea ikut ja di sebelahnya.

   "TERIMA kasih" Ucap Intan Sofea setelah semua barang diletak di dapur. Isac cuma mengangguk. Kemudian dia berkata."Intan nanti kalau makngah tanya abang pergi mana jawab abang balik rumah kejap" Intan Sofea cuma mengangguk.

Mengikut apa yang dia dengar dari cerita Tengku Ariqah 3 hari lepas Tengku Faridah adalah adik kepada abah Isac. Ada gelaran Tengku juga. Isac memang akan tinggal di rumah mereka kalau dia balik ke Malaysia.

Abah dia pula cuma akan balik ke Malaysia jika dia tidak sibuk. Di Switzerland diorang ada perniagaan sendiri. Entah perniagaan apa dia tak tahu. Tapi Tengku Ariqah ada bagitau dia yang abah Isac ada sebuah kawasan penginapan di sana.

"Kakak nak masak apa harini?" Tanya Tengku Ariqah. Dia masih dengan baju sekolahnya. Mungkin baru balik kot.

"Tak tahu lah. Kena tanya Makjah dulu. Ari baru balik ke?" Tanya Intan Sofea.

"Ha'ah baru balik. Ari tolong kakak masak ya?" Ujar Tengku Ariqah. "Hmm ye lah. Dah solat belum?" Tanya Intan Sofea pula.

"Heheheh period" Katanya. Intan Sofea cuma mengangguk. "Naiklah dulu tukar baju nanti turun bawah semula" Tengku Ariqah cuma mengangguk.

Tidak lama kemudian Tengku Ariqah turun semula ke bawah. Berpakaian baju t-shirt lengan pendek dan juga seluar slack warna hitam. Tudung dia tak pakai sebab Isac tiada. Isac kan lawat rumah dia sekejap.

"Akak. Akak tahu tak abang Rash dah break dengan kak Irdina?" Soal Tengku Ariqah. "Oh ya?" Katanya. "Alah nanti diorang get back lah tu balik" Ucapnya dengan selamba sambil tangannya bermain dengan kulit bawang yang baru sahaja dikupas oleh Intan Sofea.

"Biarlah. Orang muda kan? Mana tahu nanti dorang kahwin? Hah tengok je lah. Balik-balik break up tapi last-last get back semula. Mungkin jodoh dia memang dengan Irdina. Cuma mereka belum matang nak fikirkan hati masing-masing" Ujar Intan Sofea. Aku bagi ceramah pula. Dah boleh jadi pakar cinta ni. Eh.

"Wow. Kakak cakap begitu macam akak ada pengalam bercinta. Cerita lah" Usik Tengku Ariqah. "Tak. Tak pernah. Minat pernahlah" Jawabnya.

"Oh ya? Siapa? Masa kakak sekolah ke?" Tanya Tengku Ariqah. "Bukan. Teman sekampung. Kawan akak main dulu" Jawabnya.

"Oh. Jadi kakak still contact dengan dia ke?" Tanya Tengku Ariqah lagi.

"Ha'ah. Kerap juga lah". Lobak yang baru dipotong itu dibawa ke singki untuk dibasuh.

"Wooooo. Dia tahu kakak suka dia?". Intan Sofea geleng kepalanya. "Kalau dia tahu mesti akak akan jadi awkward dengan dia. Hujung bulan ni dia datang pergi bandar nak lawat adik dia yang sambung belajar". Tengku Ariqah cuma mengangguk.

"Dia lagi tua dari kakak? Beza berapa tahun?" Makin banyak dia soal. "2 tahun je" Balas Intan Sofea.

Dia sambung semula kerja dia nak masak. Kang bertambah pula soalan yang dilontarkan oleh Tengku Ariqah kepadanya.

*****

Jangan lupa tekan vote ya

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now