BAB 37

2.5K 89 0
                                    


TENGKU Arash senyum sahaja membaca chat kawan-kawannya di group whatsapp mereka. Masing-masing mengusik dirinya apabila dia memuar naik gambar dia dan Intan Sofea di status whatsappnya siap dengan caption 'dengan si cantik'. Tapi wajah Intan Sofea dia tutup dengan emoji kerana tika majlis pertunangan dahulu, dia tak jemput ramai kawan-kawannya. Hanya kawan rapat sahaja.

Jadi biarlah wajah Intan Sofea dia sembunyikan dahulu. Tak nak dia nanti ramai pula kawan-kawan dia bertanya. Malas dia nak jawab banyak-banyak.

"Tengah buat apa tu Rash?" Tanya Tengku Farida bila dilihatnya anaknya yang sorang ini asyik tersengih. "Tak da. Ni tengah berchat dengan dorang Fakrul." Jawabnya.

Geram pula dia bila diusik oleh kawan-kawannya. Selalunya dia yang mengusik tapi kali ini dia yang diusik. Karma namanya Rash sebab kau selalu usik dorang kan. Sekarang berbalik semula dekat kau. HAHA

"Hah baguslah. Jom teman mama pi pasar jap." Kata Tengku Farida. "Asal Rash pula? Suruh adik lah." Tengku Arash sudah memandang mamanya.

"Dia sibuk. Lagipun nanti kan kamu dah nak jadi suami orang. Belajar sikit lah bezakan jenis ikan. Bezakan kunyit dengan halia. Bezakan segala sayur-sayuran tu. Ringan juga kerja Intan nanti. Dia boleh je minta tolong kamu pi pasar." Tengku Farida berkata sambil dia menapak ke pintu hadapan.

"Hmm ye lah. Tapi kan ma Sofea nak ke kahwin dengan anak mama ni?" Soalnya. Dia sebenarnya ragu-ragu juga dekat Intan Sofea. Dia takut kerana mereka berjauhan antara satu sama lain tiba-tiba ada lelaki cuma mengorat tunangnya itu. Dia tak nak tiba-tiba dapat cerita gadis itu nak memutuskan pertunangan mereka.

"Kenapa? Kamu tak percaya dekat dia ke? Ni ujian Rash. Kalau sebelum kahwin pun kamu susah nak percaya dekat Intan hmm nanti lepas korang kahwin... bukan mama nak meminta tapi boleh bercerai korang berdua kalau masing-masing tidak mempercayai antara satu sama lain. Nasihat Tengku Farida.

"Kalau selama ini kamu ragu-ragu dengan dia kenapa nak juga bertunang? Ingat Rash jangan seksa dia. Intan tu gadis yang lembut. Jangan disebabkan kamu yang pentingkan diri hubungan korang berdua ni tak tahan lama." Tambahnya lagi. Tengku Arash sekadar mendengar dan memikir tentang hal tersebut.

'Betulkah keputusan aku ni?'


SUDAH 3 minggu sejak Tengku Arash datang beraya di Switzerland dan sudah 2 minggu lelaki itu tidak menghubunginya atau menghantar chat bertanyakan khabar dengannya.

Intan Sofea hairan. Selalunya pasti Tengku Arash ada menchatnya namun sudah 2 minggu lelaki itu menyepi. Padahal dia selalu online.

'Hmm kenapa dengan awak Rash?' Soalnya dalam hati. Dia risau jika tunangnya itu berubah arah. Lagi 7 bulan dia menamatkan pelajarannya. Selama hampir 2 tahun ini mereka ok sahaja tapi sejak hari raya lepas lelaki itu terus berubah.

Intan: awk kenapa dh lama tk chat saya?

Intan Sofea menghantar message kepadanya. Lama juga Tengku Arash membalas. Tapi bila dia membalas ayatnya seolah-olah dia tiada mood hendak melayan gadis itu.

Arash: ak busy LAH

Intan Sofea tertunduk kecewa. Betullah orang kata bertunang ini banyak ujiannya. Dengan mereka lagi yang duduk berlainan negara.

"Angah. Angah tahu tak masalah Arash? Dah lama dia tak chat adik." Intan Sofea bertanya kepada Isac. Dia risau dengan kelakuan lelaki itu.

"Apa? Dah lama dia tak chat adik? Bukan hari-hari ke dia online." Isac sudah muka syak benda lain dan dia teringat status Tengku Arash 4 hari yang lalu. Lelaki itu bergambar dengan seorang perempuan yang agak seksi. Malah dia memeluk pinggang gadis itu.

"Tak pa nanti angah tanya dia ya. Jangan sedihlah. Kalau dia berani sakitkan hati adik lagi tahu lah apa angah nak buat." Ujar Isac cuma menyedapkan hati adiknya. Dia tak nak adiknya fikir banyak kerana dia takut Intan Sofea pengsan lagi.

Tidak lama kemudian Fakrul menghantar gambar kepada Isac. "Mamat ni biar betul." Isac terkejut melihat gambar itu. Gambar tersebut merupakan gambar Tengku Arash dengan perempuan itu lagi.

"Kenapa angah?" Tanya Intan Sofea bila terdengar keluhan angahnya. "Sebelum tu angah nak pesan ni. Apapun terjadi adik fokus dengan study dulu ya." Dia tahu gambar itu pasti mengejutkan adiknya.

"Si-siapa ni angah?" Tanya dia tergagap-gagap bila nampak gambar itu. Kemain rapat lagi gayanya. "Angah bukan nak tabur fitnah tapi nampak macam girlfriend dia. But please sis biarlah angah je settle kan. Adik fokus dengan pelajaran adik dulu." Katanya cuma menenangkan adiknya.

"Hmm baiklah." Jika ini lah takdirnya dia terpaksa reda. Tapi dia tak boleh buat keputusan terburu-buru mesti dengar alasan dan penerangan dari lelaki itu dahulu.

Semasa makan malam bersama keluarganya Intan Sofea tak turun. Isac tahu adiknya kecewa. "Adik mana?" Tanya Tengku Irham bila dia tak nampak anak daranya itu.

"Dalam bilik lah tu abah. Dia cakap tadi banyak kerja nak kena buat." Isac berkata cuma menyelamatkan adiknya dari disoal banyak oleh ibu bapanya.

"Hmm tak pa lah kalau macam tu. Diana nanti panggil adik makan ya kalau dia dah selesai buat kerja dia." Kata Tengku Irham. Diana sekadar mengangguk sahaja.

Sementara itu di dalam bilik Intan Sofea sekadar duduk menghadap tingkap biliknya. Dia masih terkejut lagi dengan gambar itu. 'Girlfriend baru dia ke? Habis aku ni apa? Tunggul kayu?' Intan Sofea masih tidak mempercayai bahawa lelaki itu sanggup berlaku curang sedangkan selama ini dia cuma menjaga hubungan mereka.

'Di mana silap aku sampai dia sanggup buat apa ni?'

*****

Seperti biasa jangan lup tekan vote ya

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now