KETAWA milik Intan Sofea memenuhi ruang bilik berkenaan. Sampaikan Tengku Arash yang ada di dalam bilik air pun terdengar. "Itu lah tu kak." Banyak sudah gosip antara mereka berdua. Bukan berdua sebenarnya, tapi bertiga. Tengku Ariqah pun ada juga. Memang puas lah mereka bertiga itu sampai masing-masing lupa nak makan.Tengku Arash keluar dari bilik air hanya bertuala. Seperti biasa dia malas nak pakai baju dalam bilik air. "Dari tadi tak pandai habis lagi? Dah nak sejam tau korang video call. Bila nak habis?" Tengku Arash bertanya. "Biarlah. Sibuk je. Ni hal perempuan. Pergi jauh." Halau Tengku Arissa. "Eh Sofea guna telefon aku ya. Kang aku ambil telefon tu terus tak dapat kamu nak gosip." Telefon Intan Sofea tengah bercas. Dia malas nak guna. Jadi dia guna lah telefon milik suaminya.
Dia tahu password telefon Tengku Arash. Bukannya dia buat apa pun. Untuk bervideo call dengan kakak ipar dan adiknya ipar sahaja. Dia biarkan sahaja chat yang masuk. Dia malas nak buka chat suaminya itu. Privasi suaminya. Tak kan dia nak kacau pula.
"Buuu nak juga mengugut. Baik kau pergi pakai baju sana. Tak ada mood aku nak tengok sixpack kau. Dah lah berlemak. Macam apa je." Ujar Tengku Arissa. "Eleh, sixpack ni kau kata lemak? Ni lah yang Sofea suka peluk tiap malam tau." Mata Intan Sofea membulat. Terus dia ambil bantal dan lempar pada suaminya.
Terus meletus ketawa lelaki itu. "Eeee hubby. Pergilah pakai baju." Marah Intan Sofea. "Tak nak." Sengaja dia membalas begitu. "Nanti je lah kita gosip lagi Intan. Kang tak pasal-pasal ada free show." Ujar Tengku Arissa. "Ish tak nak aku. My virgin eye." Balas Tengku Ariqah. "Ah, kau mengada je Ari. Kang aku pergi bilik kau sekarang habis gambar si Felix tu aku koyak tau. Virgin eyes konon. Habis yang kau tengok abs lelaki tu buat apa?" Tengku Ariqah memang Stay. Dia minat Stray Kids dan biasnya ialah Felix.
Terus Tengku Ariqah left video call tersebut. Makin kuat lah mereka ketawa. "Hah habislah kau. Ada orang merajuk." Ujar Tengku Arissa. "Mengada je budak tu lah." Tengku Arash tahu perangai adiknya itu. "Ok lah aku off dulu ni. Nanti lah lagi sambung sembang. Without Arash ya." Tengku Arash terus menjeling kakaknya itu.
Bila sudah habis, barulah Tengku Arash pergi pakai baju. Intan Sofea pula turun ke bawah untuk menolong mama mentuanya masak. "Sayang nak pergi mana tu?" Tengku Arash bertanya. "Turun. Nak tolong mama masak lah." Nanti apa pula kata orang jika dia tak tolong mama mentuanya.
Intan Sofea senyum sahaja pada Tengku Farida dan Makjah. "Ingatkan tidur dekat atas tadi." Ujar Makjah. Dulu makjah pernah berhenti. Tapi dia kembali bekerja selepas Tengku Arash dan Intan Sofea berkahwin Tengku Farida sunyi bila tiada teman dia masak. Nak harapkan anak bongsunya itu memang tak lah.
"Tak lah. Tengah bervideo call dengan akak Rissa dengan Ariqah." Intan Sofea menjawab. Dia kemudian mengikat rambutnya lalu membasuh tangan. "Nak masak apa ni mama?" Intan Sofea bertanya. "Nak masak rendang. Papa tu tiba-tiba nak makan rendang." Tengku Arizal tiba-tiba teringin mahu makan rendang. Nak tukar selera makan kot.
"Mama mengandung lagi ke?" Tiba-tiba Tengku Arash menyampuk. "Hei! Mengada je lah budak ni. Dah berapa umur mama ni tiba-tiba nak mengandung lagi." Tengku Arash ketawa sambil membuka peti ais. "Sofea yang mengandung pun tak mengidam macam-macam. Apatah lagi Arash ni. Papa tu je yang lain. Better bawa check pergi hospital ma." Sempat lagi dia mengusik mamanya itu.
"Kamu ni kan Rash. Memang nak kena ni." Bila Tengku Farida mahu memukul dia dengan sudip di tangan terus Tengku Arash melarikan diri. Dia bersembunyi di belakang Intan Sofea. "Sayang tolong hubby." Pintanya. "Eii hubby janganlah. Orang nak basuh ayam ni." Tengku Arash sengih sahaja. Dia terus melarikan diri ke ruang tamu pula.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...