DENGAN sekali lafaz sahaja Alhamdulillah Intan Sofea bergelar isteri kepada lelaki bernama Tengku Arash bin Tengku Arizal bersaksikan Isyam dan Isac serta Tengku Irham sebagai walinya.Nampak tenang sahaja bila Tengku Arash melafazkan 'Aku terima nikah Intan Sofea binti Tengku Irham dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai.'
Nampak sahaja mukanya itu tenang namun dalam hati menggigil teruk. Takut tersalah sebut. Kena jadi bahan lawak kang oleh Isac dengan Isyam serta kawan-kawannya yang datanf.
Air matanya jatuh ke pipi. Puan Suhaila setia duduk di sebelah dia. Dilap air mata anaknya lalu dipeluk. Rasa syahdu sahaja.
Mereka akan lepaskan anak gadis mereka kepada seorang lelaki yang mereka percaya boleh menjaga anak gadis mereka sebaik mungkin.
Selepas membaca doa dan taklik Tengku Arash menuju ke bahagian hadapan ruang tamu untuk melakukan sujud syukur dan solat sunat. Dia nak berdoa memohon kebahagian ke atas masjid yang baru sahaja dia bina. Keluarga Intan Sofea sudah menyediakan tempat khas itu untuknya melakukan sujud syukur.
Usia menunaikan solat sunat dia ke tempat isterinya. Dia duduk bersila di hadapan Intan Sofea. Gadis itu segera menundukkan kepalanya. Jarinya bermain-main dengan corak inai yang dibuat oleh Dira. Kawannya.
Riuh rumah dia semalam dengan kawan-kawan dia yang datang. Dari Switzerland pun dah sampai. Saleha dan Alice. 2 orang sahaja. Itu pun dia dah bersyukur gila sebab dorang sanggup datang dari jauh.
Mike dan Jack juga akan tiba pada jam 11 nanti. Mereka datang untuk meraikan hari bahagia Intan Sofea. Malah rakan sekerjanya Farhana, Nina dan Zati turut datang memeriahkan majlisnya.
Tengku Arash tersenyum sahaja. Mesti dia malu. Desis hatinya. "Sayang" Panggilnya dengan nada yang lembut. Intan Sofea perlahan-lahan angkat kepala dia. Pandang suami dia. Kedengaran sungguh romantik sahaja dia menuturkan panggilan itu walaupun Intan Sofea kerap mendengar Tengku Arash memanggilnya 'Sayang.'
Isac datang bawa cincin. Intan Sofea segera keluarkan tangan dia bila perasan Tengku Arash nak sarungkan cincin. Zikri selaku kawan kepada Tengku Arash diupah oleh Tengku Arash untuk mengambil detik-detik bahagia dia harini. Zikri memang jurugambar yang profesional.
Selain cincin Intan Sofea dapat seutas gelang tangan. Dia tunduk mencium tangan suami dia. Tengku Arash senyum sahaja. Dia dah jadi suami orang. Intan Sofea amanah dia. Dia kena jaga sebaiknya.
Bila sudah cincin disarungkan di jari dia Tengku Arash dongakkan kepala Intan Sofea dengan ibu jari diletak di dagu gadis itu. Lembut sahaja kulit dia. Lembut seperti kulit bayi.
Dia tunduk sedikit dan cium dahi isteri dia lama. Zikri memang tak lepaskan peluang untuk ambil gambar. Lama juga dia buat begitu sampai Fakrul terpaksa tegur. 'I never thought kulit Sayang selembut ni. Sekarang Hubby dah tahu.' Bisiknya.
"Weii Rash dah-dah lah tu. Orang ramai ni. Malam nanti lah sambung" Kuat suara Muaz menegur. Semua para tetamu yang berada di ruang tamu berkenaan terus ketawa. Tok kadi pun tertawa juga.
Tengku Arash lepaskan lalu senyum sahaja. Intan Sofea tunduk semula. Tentu pipi dia merah. Malu sangat bila kena tegur macam tu.
Selepas itu mereka bersalam dengan semua yang datang. Mereka berdua bertemu dahulu kedua-dua ibu bapa untuk mendapatkan restu. Pertama kali nampak Tengku Irham menitiskan air mata.
Semestinya seorang bapa yang sayangkan anak perempuan dia pasti akan menangis. Rasa berat sahaja dalam hati untuk melepaskan anak perempuan dia.
Intan Sofea nangis lagi lalu peluk abah. Abah tenangkan dia. Banyak pesan dia sampaikan. Intan Sofea dan Tengku Arash dengar dan angguk kepala sahaja.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...