BAB 67

1.9K 64 0
                                    


     TIDURNYA terjaga kerana tangisan dari Arin Daniel. Intan Sofea segera menghidupkan lampu di atas meja bersebelahan dengan katil itu. Dia tidak menghidupkan lampu utama bilik mereka kerana tidak mahu menggangu suaminya tadi.

Sudah seminggu sejak kelahiran si kecil itu, bermakna sudah seminggu juga dia menjalani sesi berpantang. Pada hari kedua kelahiran si kecil itu, barulah dia dibenarkan balik. Sekarang dia berpantang sahaja di rumahnya.

Puan Suhaila lah yang menjaga dia tika berpantang ini. Tengku Farida pun ada tolong juga. Kerana ini kelahiran anak sulungnya, memang Puan Suhaila agak tegas sedikit dalam sesi berpantang Intan Sofea.

Bayi itu terus senyap sahaja bila jumpa apa yang dia mahukan. Intan Sofea tersenyum bila melihat mata anaknya itu. Tidak dinafikan dia cemburu bila melihat mata bulat milik Arin. Tidak lupa juga bulu mata anaknya yang lebat. Kening pula ikut kening suaminya. Tebal dan cantik sahaja bentuk keningnya.

Sedang dia melayan perasan menjadi seorang ibu, tiba-tiba terasa pipi kirinya basah. Dia terus menoleh ke arah kiri. Dilihat suaminya yang turut sama duduk di sampingnya. Entah bila Tengku Arash bangun, dia pun tidak tahu.

"Kenapa tak kejutkan hubby?" Dia bertanya. Dia sudah janji akan turut berjaga jika Intan Sofea bangun tengah malam. Suaminya itu banyak juga membantu dalam sesi dia berpantang ini.

"Saya tak nak kacau hubby. Sebab hubby nyenyak je tidur." Walhal Tengku Arash bukannys tidur sangat pun. "Kacau je lah. Hubby dah janji kan nak berjaga sama-sama kalau Arin ni bangun tengah malam." Ujarnya.

"Hubby bila nak masuk kerja semula?" Intan Sofea bertanya. Bunyi macam menghalau suami sahaja. "Amboi Sayang. Macam tak nak je hubby cuti." Intan Sofea sengih sahaja.

Walhal baru mahu dekat 2 minggu dia cuti. Dia memang sengaja minta cuti lama sikit sebab nak jaga isterinya lah. Bila je lah dia ada peluang nak rehat panjang. Nanti masuk kerja, mula lah dia sibuk semula. Entah-entah seminggu dia tak balik.

"Bukan nak halau tapi hubby tu cuti lama sangat. Tak pe ke? Nanti gaji hubby macam mana?" Dia bertanya. Risau juga jika tiba-tiba suaminya itu dibuang kerja.

Arin yang sudah selesai menyusu itu diletak semula di atas katil
Bantal pula diletak di tepi kanan bayi itu. Intan Sofea tidur di antara Arin dan suaminya. Tengku Arash mana boleh tidur tidak peluk isterinya.

Sepatutnya bayi itu di tengah, di antara mereka. Tapi Tengku Arash yang tak nak. Mujurlah katil itu besar dan luas. Jika tidak pasti lelaki itu tidur di bawah.

"Hubby cuti tanpa gaji Sayang. 1 bulan tu hubby minta cuti. Lagi 2 minggu hubby cuti." Dia tak dapatlah cuti sampai Intan Sofea habis berpantang. Dia pun kesian juga dekat kawan sekerjanya yang terpaksa mengambil kerjanya. Mereka terpaksa kerja lebih hari kerana mengambil tugas Tengku Arash.

"Tak pa lah. Asalkan hubby ada cuti kan." Balasnya. Tengku Arash senyum sahaja lalu mencium pipi isterinya. "Dah. Jom tidur." Wanita itu mengangguk sahaja. Dia tidur menghadap suaminya. Tengku Arash terus memeluk pinggang isterinya itu.

"Hubby lupa nak kata. Esok kawan-kawam hubby datang melawat Arin." Beritahunya. Hampir sahaja dia lupa. Intan Sofea sekadar mengangguk. Wajahnya dieembunyikan di dada suaminya yang tidak berbaju itu. Tengku Arash memang suka tidur tanpa berbaju. Hanya berseluar pendek paras pahanya sahaja.

Sudah menjadi kebiasaannya sejak dia bujang lagi. Sampai sekarang perangainya itu tidak berubah walaupun sudah mempunyai anak.





     "KENAPA hubby?" Dia bertanya pada suaminya yang baru masuk itu. "Pakai tudung. Kejap lagi kawan-kawan hubby sampai." Semalam dia ada juga bagitahu pada Intan Sofea yang kawan-kawannya mahu datang melawat. Mereka baru ada masa lapang. Jadi terus semua berjanji mahu melawat bersama-sama. Mereka tak sabar nak tengok wajah anak sulung kepada Tengku Arash dan Intan Sofea itu.

I'm The One Where stories live. Discover now