BAB 10

3.6K 136 2
                                    

   INTAN Sofea bangun dari tidurnya apabila kedengaran bunyi azan. Dia keluar menuju ke tandas untuk mengambik wuduk.
Ketika dia keluar dari bilik air tanpa sengaja dia terlanggar tubuh milik Isac. Nasib air sembahyang tak batal.

"Maafkan saya encik" Ucapnya. "Tak pe. Tak pe. Salah saya juga tak tengok jalan. Awak ok? Air wuduk awak tak batal kan?" Kang batal tak sia-sia dia jadi bini aku pula. Eh? Apa yang aku merepek ni.

Batal air wuduk tu dia boleh ambil balik. Kau ingat ni yang lepas akad nikah tu ke? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan membatalkan air wuduk pasangan.

"Tak" Jawab Intan Sofea. "Maaf sekali lagi" Kata Intan Sofea lalu masuk semula ke dalam biliknya. Isac cuma tersenyum melihat gelagat Intan Sofea tadi. Takut sangat dia batal air wuduk dia. Aku tak terlanggar pun dengan dia tadi.

Usai solat Intan Sofea keluar dari biliknya untuk menyediakan sarapan pagi. Makjah tak de jadi semua dia lah yang kena buat. Semalam Makjah balik rumah dia sebab anak dia dari Sarawak tu nak nak balik.

Cuti semestar kan dah mula. Dan apa yang aku tahu anak Makjah tu umur aku. Lepas SPM. Untung lah anak Makjah dapat sambung belajar aku pula tak. Kena sara ibu.

Tapi aku tak kisah sangat. Biarlah aku tiada pelajaran asalkan aku dapat berbakti dengan ibu. Dia satu-satunya ahli keluarga aku. Nyawa aku. Aku tak kan sia-sia kan peluang yang ada ni untuk berbakti dengan ibu.

Aku tak nak menyesal di kemudian hari sebab tak pernah berbakti dengan ibu. Jadi peluang yang ada ni lah aku guna sehabis sebaik demi membahagiakan ibu. Aku rela berkorban demi ibu.

Kemudian Intan Sofea teringat kata-kata ibunya semalam ketika dia menghubungi ibunya. "Ibu dah boleh keluar hospital esok" Kata Intan Sofea.

Selepas sarapan pagi Intan Sofea menghampiri Tengku Faridah yang sedang memberi baja kepada bunga kesayangan dia.

"Tengku" Panggil Intan Sofea. "Ye? Kenapa Intan? Nak minta hantar pergi pasar ke?" Tanya Tengku Faridah sambil memandang ke arah Intan Sofea.

"Tak. Boleh tak saya minta cuti? 3 hari je" Tanya dia. "Intan nak minta cuti 3 hari? Kenapa? Intan sakit ke?" Tanya Tengku Faridah prihatin.

"Tak. Harini doktor yang rawat ibu nak jumpa Intan. Ada benda yang kena bincang sebab esok ibu dah boleh keluar hospital. Lepastu Intan nak luang masa dengan ibu" Beritahu dia.

"Oh ya ibu Intan dah nak keluar? Syukurlah macam tu" Kata Tengku Faridah. "Boleh. Ambillah cuti. Untuk ibu Intan juga kan? Saya tak marah pun kalau nak cuti ada sebab. Nanti saya suruh Pak Leman hantar pergi hospital ye" Kata Tengku Faridah.

"Tak pa. Saya pergi naik teksi je. Saya nak singgah rumah kejap baru jumpa ibu" Beritahu Intan Sofea. Sebenarnya dia segan nak minta tolong Pak Leman hantarkan. Dia cuma minta tolong kalau pergi pasar je. Itu pun Tengku Faridah atau Makjah yang temankan. Kalau sorang dia tak pernah lagi.

Tengku Faridah cuma menghadiahkan senyuman. "Ikut suka Intan lah. Kirim salam dengan ibu ye" Intan Sofea cuma mengangguk.

SELEPAS bertemu dengan doktor, Intan Sofea menuju ke wad menempatkan Puan Suhaila. "Assalammualaikum ibu" Ucapnya. Tangan tua itu diraih lalu disalam. "Waalaikumsalam. Sofea buat apa dekat sini?" Tanya Puan Suhaila. Selalunya kalau anak aku nak datang dia bagitau aku dulu.

"Jumpa doktor" Jawab Intan Sofea. Buah-buahan yang dia beli tadi diletak di atas meja. "Hah? Jumpa doktor? Kamu sakit ke? Sofea kenapa tak bagitau ibu. Risau ibu tau" Kata-kata dari Puan Suhaila membuatkan Intan Sofea tergelak kecil.

"Tak. Sofea tak sakit lah ibu. Adik jumpa doktor sebab doktor nak bincang pasal ibu. Kalau doktor harini pun ibu dah boleh balik tau. Jadi apa lagi ibu kemas lah barang-barang ibu. Kita balik rumah" Katanya. Ya ibu panggil aku adik sejak aku kecil. Aku pun tak tahu apa tapi aku suka.

"Oh pasal tu. Tengku tak marah ke kamu asyik cuti je ni?" Tanya Puan Suhaila. Kang tak pasal-pasal anak aku kena buang kerja. "Tak. Tengku kata kalau apa-apa berkaitan ibu adik nak minta cuti dia benarkan. Sebab Tengku kata walau apapun ibu tetap diutamakan. Oh ya Tengku Faridah kirim salam" Ujar Intan Sofea.

"Waalaikumsalam" Jawab Puan Suhaila. "Ibu kemaslah baju ibu dulu ye? Adik nak keluar beli makanan kejap. Lapar pula" Katanya. Puan Suhaila cuma mengangguk.

Ketika Intan Sofea masuk semula ke wad tempat ibunya berada dia terkejut dengan kehadiran seseorang yang sudah lama dia tidak nampak. Pakciknya. Syazlan. Satu-satunya ahli keluarga yang dia dan ibunya ada. Kali terakhir dia jumpa ketika dia berusia 14 tahun. Itu pun sebab pakcik dia datang nak minta duit. Tu kali terakhir dia jumpa.

"Pakcik" Katanya. "Eh Sof. Dari mana? Baru sampai?" Intan Sofea menggeleng. "Dari kantin makan" Jawab Intan Sofea. Dia memandang orang yang pernah menjual ibunya dulu. Pakaian dah tak macam dulu. Makin bergaya.

"Kenapa Sof? Tengok pakcik begitu?" Tanya Syazlan. Intan Sofea cuma menggeleng.

"Korang berdua tinggal dengan pakcik ye" Ujar Syazlan. Intan Sofea memandang ibunya. "Ibu tinggal dengan paklong adik ye sayang? Nanti adik pergi kerja ibu tiada kawan" Beritahu Puan Suzana.

"Sofea ikut je cakap ibu. Habis barang-barang dekat rumah tu?" Tanya Intan Sofea. Rumah sewa yang dia dan ibu dia tinggal sekarang ni tak de lah besar sangat. Bilik 3 buah. Bilik air dan tandas ada dua. Ruang tamu kecil. Tak ada banyak barang dalam rumah tu.

Disebabkan mereka susah sampai tv pun mereka tiada. "Ibu jual lah Sofea. Lagipun kalau paklong Sof pergi kerja ibu masih ada kawan nak berborak. Kalau nak tunggu Sof lama sangat" Kata Puan Suzana lagi. Intan Sofea tersengih.

Aku jarang ambil cuti cuma kalau ada kecemasan je sebab aku takut nanti Tengku Faridah marah aku. Ada juga yang kena buang kerja nanti.

"Paklong dah kahwin? Bila? Tak bagitau pun" Rajuk Intan Sofea. "Hahaha 4 tahun lepas Sof. Pakcik nak bagitau tapi pakcik lost contact".

"Jadi Sof kerja di mana?" Tanya Syazlan. "Taman villa indah. Rumah keluar Tengku Faridah dan Tengku Arizal" Beritahu Intan Sofea. Lantas Syazlan memandang ke arah Puan Suhaila.

Dia kemudian berbisik. 'Dia tak tahu lagi ke?' Puan Suhaila menggeleng.

Intan Sofea lantas memandang pelik kepada pakcik dan ibunya. Entah apa yang dorang bincangkan.

******

Seperti biasa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now