INTAN Sofea menoleh ke arah sebelahnya itu. Ada suaminya yang nyenyak tidur. Entah jam berapa Tengku Arash balik semalam setelah disuruh mencari santan. Dia tidak tahu sebab Tengku Arash berpesan atau lebih kepada arahan padanya agar tidur terlebih dahulu. Keluarga mereka juga suruh dia berehat awal semalam.Kemudian dia perasan ada Arin Daniel tidur di tepinya. Dia tidur di antara dua orang lelaki itu. Entah bila pula anaknya itu ikut tidur. Mungkin juga suaminya yang angkat semalam.
Intan Sofea kemudian perlahan-lahan turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya. Bila dia keluar dari bilik air, dia terus tersenyum sendiri melihat suaminya yang sedang bermain dengan anak mereka itu.
"Mama." Arin Daniel memanggil mamanya itu bila dia terpandang kelibat mamanya yang sedang bersandar di pintu bilik air itu.
"Ya kenapa? Arin lapar?" Arin Daniel sudah boleh bercakap sikit-sikit. Perkataan pertama dia cakap merupakan "ayam". Suka betul dia dengan ayan sampaikan first word dia pun ayam juga.
"Kejap ya mama buatkan susu." Belum sempat pun dia ke bawah untuk mengambil air panas, suaminya terlebih dahulu bangun lalu menghalang dirinya. "Sayang tu dah sarat. Tak perlulah nak turun naik tangga. Biar hubby je turun." Ujarnya
"Hnm ye lah. Tapi pakai lah baju dulu. Nanti ada anak dara tu nampak hubby shirtless macam mana? Body hubby tu tayang dekat saya je lah. Tak perlu lah nak share dengan orang lain." Sejak masuk trimester kedua ini, perangai isteri itu banyak yang berubah. Semakin manja dan berani mahu menggoda Tengku Arash.
"Kuat cemburu juga ya Sofea ni. Baiklah, hubby pergi pakai baju." Intan Sofea tersengih sahaja. Bila Tengku Arash turun ke bawah, dia disapa oleh sepupunya. "Eh sorang je ke? Intan mana? Tak nak lah malas nak turun." Sepupunya itu bertanya. Sengaja mahu menyindir isteri kepada sepupunya itu.
"Tak de lah. Dia ada di atas tu tengah jaga anak aku. Dia bukan malas nak turun tapi aku yang tak benarkan. Dia tu tengah mengandung jadi aku nak kurangkan dia bergerak turun tangga lah." Balas Tengku Arash. Suka hati dia lah nak larang isterinya, isteri dia juga dan bukannya isteri orang yang lain.
Kerana dia malas mahu melayan sepupunya itu, dia segera ke dapur untuk mengambil air panas. Semalam Intan Sofea lupa bawa naik air panas sebab dia terlampau penat. Bila dia masuk ke dapur, dia ditegur pula oleh mamanya. "Eh Rash. Intan mana?" Tengku Faridah bertanya. "Ada dalam bilik ma. Rash sengaja tak nak suruh dia turun. Penat dia dari semalam tak habis lagi. Penat tolong kan."
Bukan penat lain ya. Semalam Intan Sofea berkeras mahu menolong walaupun banyak kali sudah dilarang tetapi dia tetap nak tolong juga kerana dia segan melihat yang lain tengah sibuk manakala dia pula sekadar duduk melihat sahaja.
"Tak pa lah kalau macam tu. Suruh Intan banyak berehat lah. Kesian pula dia nanti pengsan pula lagi." Kata Tengku Faridah. "Arin dah bangun?" Tengku Faridah bertanya lagi. "Dah. Itu lah Rash turun ni. Dia nak susu." Tengku Arash menjawab.
"Arin dah tak menyusu badan ke lagi? Dia baru setahun kan." Tengku Faridah bertanya. "Masih cuma dari botol je. Bukan terus macam dulu." Jawab Tengku Arash. Intan Sofea mengajar anak sulung mereka itu untuk berpisah susu memandangkan jika adiknya sudah lahir, tidak lah ada isu anak-anaknya berebut susu badan. Tapi Intan Sofea kena pam susunya setiap 2 jam kerana jika dia tidak berbuat demikian nanti akan ada tertumpah air susu.
Bila dia kembali semula ke dalam bilik, dia lihat isterinya sedang duduk bersandar di kepala katil manakala anaknya pula sedang berbaring di paha isterinya. Intan Sofea mengangkat kepala memandang ke arah pintu.
"Kenapa tu?" Tengku Arash bertanya berkenaan anaknya itu. "Dia saja nak baring. Katanya nak dekat dengan adik." Arin Daniel memang suka mengusap perut mamanya itu. Jika adiknya itu tendang, lagilah dia suka.
"Arin suka tak ada adik?" Tengku Arash sengaja bertanya anaknya itu. Arin Daniel mengangkat kepalanya lalu memandang papanya itu lalu dia menganggguk dengan senyuman di bibirnya. "Hah kalau suka lepas adik keluar nak adik lagi ke?" Pertanyaan dari Tengku Arash itu menyebabkan dia mendapat cubitan ketam dari isterinya.
"Sakitlah Yang." Adunya. "Tu lah cakap lagi macam tu. Yang dalam perut pun belum keluar, ada hati nak tambah lagi. Sabarlah. Tunggu Arin dengan adik dia ni besar baru fikir nak tambah lagi sorang." Ujar Intan Sofea.
"Ah! Dulu pun masa Arin baru 2 bulan Sayang cakap benda yang sama juga. Tiba-tiba ada juga sorang lagi dalam perut tu." Tengku Arash membalas. "Habis, salah saya lah? Salah saya lah saya mengandung lagi?" Tengku Arash terus menelan air liurnya. Rasa pahit! Habislah dia. Mood isterinya sudah berubah.
"Dah lah. Saya nak pergi mandi. Awak siapkan anak saya tu." Ujar Intan Sofea sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
DARI tadi Tengku Arash asyik memandang ke arah isterinya yang sedang sibuk menyuapkan anak mereka makan. Sejak dapat rasa ketupat dan rendang, Arin Daniel tidak mahu berhenti makan. Kelmarin pun begitu juga.
Mereka belum ada sesi bersalam-salam antara suami isteri lagi kerana Intan Sofea tidak mahu menegur mahupun memandang sekilas pun wajah suaminya itu. Sedang dia memandang isterinya itu, dia ditegur oleh abang iparnya.
"Haih Rash, dari tadi asyik tengok bini kau je. Tak kan tak boleh nak berpisah." Tengku Arash sengih sahaja. "Yang kau ni tak tukar baju lagi kenapa? Dengan berseluar pendekknya." Selepas solat sunat hari raya tadi, Tengku Arash terus tukar bajunya kepada seluar pendek dan baju tidak berlengan.
"Entah kau ni. Pergi lah tukar baju. Rosak lah gambar family nanti. "Tengku Arissa yang baru muncul itu terus menyampuk. "Hmm ye lah. Sayang, tolong pasangkan samping hubby. Jom." Dia mengajak isterinya itu. Intan Sofea terpaksa akur kerana Tengku Ariqah sendiri yang mahu menyuapkan Arin Daniel makan.
Bila masuk sahaja mereka ke dalam bilik, Tengku Arash terus mengunci pintu bilik. "Kenapa nak kunci pula?" Intan Sofea menegur. "Eh ada suara rupanya. Ingat dah bisu tadi." Usik Tengku Arash. Intan Sofea terus menjeling suaminya itu.
"Tak baik tau jeling suami."Tegur Tengku Arash. Intan Sofea sekadar senyap sambil dia duduk di atas katil mereka. "Cepatlah tukar baju. Kata nak minta tolong pasang samping tadi." Tengku Arash sudah tersengih sendiri bila isterinya itu mahu menolong dirinya. Padahal dia bergurau sahaja.
Dia pun dengan selamba membuka baju dan seluarnya di hadapan isterinya itu. Intan Sofea segera memandang ke tempat lain. "Macam lah dia tak pernah tengok sebelum ni." Kerana usikannya itu, dia menerima lemparan bantal dari isterinya itu.
Tengku Arash hanya memerhati isterinya yang sedang sibuk membetulkan sampingnya sejak tadi. Dia sudah penat menunggu. "Lama lagi ke Sayang? Dah nak dekat setengah jam hubby begini." Intan Sofea hanya menjeling suaminya itu. Tengku Arash yang paksa dia untuk memakai samping berkenaan.
"Biar hubby je lah buat sendiri. Sayang pergi duduk. Dah lama berdiri dari tadi kan. Nanti lenguh pula kaki tu." Dia kesian tengok isterinya yang sedang struggle dari tadi itu. Lagipun sudah lama mereka berdiri tanpa bergerak. Kesian pula dekat isterinya yang sedang mengandung itu.
Intan Sofea cuma diam dan menuruti cakap suaminya itu. Dia kemudian hanya memerhatikan pergerakkan Tengku Arash itu. 5 minit kemudian dia berjaya juga memakai sampin berkenaan dengan kemas.
"Kenapa Sayang tak bersiap lagi?" Dia bertanya pada isterinya itu. "Mana ada baju. Dah tak muat." Mereka beli ketika awal ramadan hari itu, dan kini saiz baby bump isterinya sudah semakin membesar dan dia sudah tidak muat memakai baju kurung berkenaan.
"Kenapa tak bagitahu hubby? Kelmarin hubby ada belikan. Pergi lah tukar." Dia beli baju itu last minutes tanpa pengetahuan isterinya.
Kemudian Intan Sofea memberi alasan. "Tapi baju tak gosok lagi and saya tak larat." Katanya. "Biar hubby je gosokkan. Sayang rehat lah dulu ya." Intan Sofea sudah sampai lupa yang sepatutnya dia merajuk dengan suaminya itu. Tapi kerana layanan dari Tengku Arash, dia sudah tidak merajuk lagi.
******
Seperti biasa jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...