BAB 50

2.8K 79 0
                                    


TENGKU Arash memandang pelik isterinya yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Dia duduk di sebelah lelaki itu lalu memeluk lengan suaminya itu. "Kenapa ni Yang?" Tengku Arash bertanya. "Kenapa apa?" Soal Intan Sofea pula.

"Ni tiba-tiba nak peluk ni?" Dia bertanya. Dipandang Intan Sofea yang sudah menutup mata di sebelahnya. "Saja." Balasnya dan dengan selamba bersandar di dada suaminya. Akhirnya Tengku Arash biarkan sahaja dan sambung tengok tv. Sesekali dia memandang Intan Sofea yang sudah nyenyak tidur.

"Haih dia ni boleh pula dia nyenyak tidur. Aku nak pi dapur ni." Omelnya sendiri. Jika dia bergerak mesti Intan Sofea akan terbangun. Tapi bila dilihat posisi Intan Sofea yang kelihatan tidak selesa dia lantas membangunkan isterinya itu. "Sayang bangun kejap. Jangan tidur macam ni nanti sakit tengkuk." Katanya.

Tanpa banyak bunyi Intan Sofea segera bangun lalu membaringkan pula kepalanya di paha suaminya. Tengku Arash tak boleh buat apa-apa jika isterinya bertindak manja. Dia tahu mesti Intan Sofea rindu dekatnya kerana selepas sahaja majlis mereka 2 bulan yang lalu dia asyik sibuk dengan kerjanya sehingga jarang meluangkan masa dengan isterinya.

"Macam mana kerja ok?" Dia bertanya. Intan Sofea angguk sahaja lalu memberitahu. "Tapi penat sikit lah." Katanya. "Kan hubby dah cakap tak perlu kerja. Dia nak juga kerja. Duduk je lah rumah." Omel Tengku Arash pula. "At least kalau saya kerja saya tak boring. Hubby tu bukannya selalu ada di rumah pun." Ujar Intan Sofea.

"Sayang tu kan cepat penat. Kang ada juga pengsan dekat pejabat. Also jangan lupa yang Sayang cepat sangat stres." Tengku Arash mengingatkan. Dia ingat lagi semasa dia dan Intan Sofea mengurus majlis perkahwinan mereka dahulu Intan Sofea sering kali pening dan cepat stres kerana pelbagai masalah yang mereka hadapi. Mujurlah semuanya sudah selesai. "Saya tahu lah." Jawabnya. "Kalau dah tahu asal nak kerja juga? 5 bulan dah Sayang kerja tau. Berhenti lah." Tengku Arash memujuk.

"Tak nak." Jawab si isterinya. "Tak baik tau lawan cakap suami." Ujar Tengku Arash pula. "Mula lah tu nak mengugut. Tengok lah dulu macam mana ya." Ujar Intan Sofea lalu dia bangun. "Dah lah saya nak kupas buah." Ujarnya lalu menuju ke dapur.

"Oh ya saya lupa lah hubby nak bagitau. Minggu depan saya pi Swiss ya." Intan Sofea memberitahu. "Swiss? Buat apa?" Tengku Arash bertanya. "Graduasi saya lah." Jawabnya.

'Macam mana lah aku boleh lupa yang bini aku ni masih pelajar lagi.' Tengku Arash bermonolog di dalam hati.

"Graduasi bila? Minggu depan? Hari berapa?" Satu per satu dia tanya. "Hari rabu. Tapi saya pergi hari ahad ni sebab ada rehearsel." Beritahunya. "Rabu? Hubby datang hari selasa ya sebab ahad ni sibuk." Ujar Tengku Arash. "Kalau hubby tak datang pun saya ok je. Saya faham hubby kan kerja." Intan Sofea berkata.

"Tak kan hubby tak pergi Sayang. Bini sendiri yang graduasi. Kena lah ada. Hubby cuba lah minta cuti." Dia tahu mesti susah dia nak dapatkan cuti kerana 1 bulan yang lalu dia baru habis cuti 1 bulan sebab majlis perkahwinannya.





TENGKU Arash terus menghampiri Intan Sofea yang baru keluar dari bilik air. Hari ini hari graduasinya. "Hubby ok tak baju ni." Intan Sofea bertanya. "Ok. Ni baju yang hubby belikan tu kan?" Tanya Tengku Arash. Intan Sofea terus angguk. "Kang saya tak pakai ada orang tu bising pula." Tengku Arash sengih sahaja.

"Ok lah jom nanti jem pula jalan. Tak ada tempat parking lagi." Sebab selain majlis graduasi ada juga karnival yang sedang dijalankan oleh universiti tempat dia belajar dulu. Memang ramai lah orang yang akan pergi. Tak kira lah pelajar mahupun penduduk tempatan. Dulu Intan Sofea pernah juga turut serta dalam karnival berkenaan.

Tengku Arash tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Intan Sofea yang sedang mengambil sijil di atas pentas. Dia nak juga tunjukkan dekat keluarganya yang berada di Malaysia ketika ini. Mereka nak tengok gambar Intan Sofea.

Bila isterinya turun dari pentas dan keluar dari dewan dia pun segera keluar juga. Dia terus menghampiri Intan Sofea dengan sejambak bunga. "Tahniah Sayang." Ucapnya. Intan Sofea senyum sahaja. Dia terkejut melihat bunga yang dipegang oleh suaminya. "Bila hubby beli?" Tadi ketika ke sini tak ada pula Tengku Arash singgah mana-mana kedai bunga. Tiba-tiba pula sekarang ni ada bunga.

"Kan tadi lambat sangat tunggu turn Sayang jadi Hubby keluar kejap ambil bunga ni. Dah tempah dah." Sampai sahaja di Switzerland beberapa hari yang lalu dia segera pergi ke kedai bunga untuk menempah bunga buat isterinya.

"Terima kasih." Ucap Intan Sofea. Ibu dah abahnya tak dapat datang sebab mereka sibuk harini. Intan Sofea tak kisah pun sebab ada suaminya bersamanya. Ada Tengku Arash pun dah kira ok.

Bila Alice dan Salehah menghampirinya terus Salehah mencadangkan untuk Intan Sofea dan Tengku Arash mengambil gambar bersama. Sebagai kenangan.

Intan Sofea tahan malu sahaja bila Tengku Arash memeluk pinggangnya lalu mencium pipinya di hadapan kawan-kawannya. "Hubby ni suka hati je." Tegur Intan Sofea. "Alah biarlah. Bukan selalu." Ujar Tengku Arash lalu tersengih. Salehah dan Alice senyum sahaja. Mereka tak faham pun apa yang pasangan suami isteri itu cakap. Bahasa melayukan. Mana lah mereka faham.

Pada waktu malam pula Intan Sofea diajak keluar dinner oleh abahnya. Bukan mereka berdua sahaja. Yang lain pun ikut juga. Mereka hendak meraihkan Intan Sofea. "Adik masih nak kerja lagi ke?" Isac bertanya. Intan Sofea angguk sahaja. "Kenapa?" Tanya Intan Sofea.

"Tak de lah. Rash kan boleh tanggung adik. Buat apa adik nak kerja. Betul kan Rash?" Tengku Arash yang sedang mengunyah makanan angguk sahaja. "Arash tak bising pun. Angah pula yang bising." Omel adiknya itu. Dia kerja untuk mengambil pengalaman.

"Lagipun adik bosanlah duduk sorang. Kalau Arash lagi tak balik dalam beberapa hari. Biarlah adik kerja. Tak juga bosan duduk sorang." Balas Intan Sofea. Lagipun jika dia kerja dia tidak bosan. Ada teman untuknya bersembang.

"Oh ya along hampir lupa sesuatu lah." Isyam kemudian mengambil sesuatu dari bawah meja. Kemudian dia letak di atas meja tersebut. "Untuk adik dengan Arash." Kata Diana. "Buat apa?" Tanya Intan Sofea.

"Hadiah perkahwinan koranglah. Along dengan kak Diana kau lupa  nak bagi." Sebab mereka letak dalam almari. Harini baru dapat bagi sebab tertinggal dekat Switzerland. Memandangnya sekarang ini berada di Switzerland terus mereka bagi. "Terima kasihlah bagi kami." Ucap Tengku Arash.

Bila balik sahaja terus mereka membuka hadiah berkenaan. Intan Sofea terkejut melihat isi kotak tersebut. "Hubby tengok ni." Tengku Arash pun turut sama melihat. Di dalam kotak tersebut ada beberapa kelengkapan peribadi. Isyam tak tahu nak bagi adiknya apa jadi dia suruhlah Diana yang carikan. Untuk Tengku Arash pula dia belikan sahaja beberapa helai baju. Baju berjenama.

"Hubby tengok ni. Along dengan akak Diana  sanggup belikan." Dia tak tahu nak balas mereka apa. Dia menghargai sangat apa yang abang dan kakak iparnya bagi dekatnya dan juga dekat Tengku Arash. "Hubby nanti kita bagi hadiah juga ya dekat along dengan akak Diana ." Cadang Intan Sofea. Tengku Arash angguk sahaja. Dia setuju sahaja apa yang Intan Sofea cadangkan. Itu tanda berterima dekat Isyam dan Diana  sebab sanggup bagi mereka hadiah perkahwinan.



*****

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now