BAB 27

3.5K 131 0
                                    


       TENGKU Arash berdiri di beranda biliknya. Sudah 3 hari sejak kes Isac datang tumbuk dia dan bagi dia amaran. Masih lagi terasa sakit terkena tumbukan Isac itu. Gusi dia bengkak. Tak boleh nak mengunyah. Pasal ni dia tak bagitau sesiapa pun. Bila di tanya dia cuma cakap dia sakit gigi.

Sebab ini jugalah dia minta cuti seminggu. Nasib diluluskan sebab dia tak ambil cuti lagi untuk tahun ni. Isac suruh dia minta maaf dalam masa seminggu. Kalau tak dia terima lagi teruk dari ini.

Tengku Arash mengeluh lalu pandang ke arah bawah. Adik dia baru balik. Dan dihantar oleh lelaki. Budak tu dah ada kekasih. Dia pula masih single sejak putus dengan Irdina dulu.

Irdina dah kahwin tahun lepas. Sekarang dah mengandung. Semuanya dia tahu dari adik dia. Masa Irdina kahwin dia datang sekejap ja. Selepas makan dia balik. Bukan nak mengelak tapi sebab dia kena kerja.

Tengku Arash mengeluh memikirkan nasibnya. Dan selepas itu dia ke ruang tamu.

"Kenapa?" Tanya Tengku Ariqah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa lalu pasang tv. Siaran astro tvn dipilih. Mesti nak tengok drama korea lah tu.

"Tolong aku. Aku terdesak sangat ni" Kata Tengku Arash. Adik dia mula ketawa. "Tak pernah-pernah abang minta tolong tau. Hah apa dia?" Tanya adik dia. Matanya masih fokus pada tv.

Tengku Arash mengeluh terlebih dahulu lalu menceritakan semuanya dekat Tengku Ariqah.

Adik dia memang terkejut habis tapi dia dengar sampai habis abang dia bagitau.

"Jadi sebab tu abang tak makan? Sebab gusi bengkak? Hmm susah ni kalau abang cari masalah dengan kak Intan. Abang tahu kan angah dengan along tu kalau dah sayang dekat seseorang dorang akan buat apa sahaja untuk membahagiakan orang tu. Lebih-lebih lagi adik beradik mereka." Kata Tengku Ariqah. Kemudian dia memikir sejenak.

"Jadi boleh tolong tak?" Soal abangnya. Tengku Ariqah masih memikir lagi.

"Abang bagi dia coklat. Kak Intan kan suka coklat" Kata Tengku Ariqah. "Coklat apa? Ada banyak pula jenis coklat" Tanya Tengku Arash. Tengku Ariqah sudah menepuk dahi sendiri.

"Borong je semua jenis coklat. Mesti kak Intan suka punya" Ujar Tengku Ariqah. Tengku Arash angguk sahaja.


ISAC pandang ke arah Tengku Arash. Lelaki itu akhirnya itu datang nak minta maaf setelah 3 hari lepas kes dia menumbuk lelaki itu.

Intan Sofea cuma diam sahaja. Dia masih di katil hospital. Doktor Nina masih tahan dia di hospital sehingga dia sihat sepenuhnya. Selama ini Isac yang jaga dia di hospital sebab Isyam sibuk uruskan perkahwinan dia. Tak lama lagi dia dah nak kahwin

Doktor Nina kata hampir sahaja Intan Sofea mengalami kemurungan. Orang yang mengalami kemurungan memang akan lalukan apa sahaja tanpa mereka sedari. Mujurlah gadis itu tidak sampai ke tahap itu.

Intan Sofea bermain-main dengan tangan dia yang disambung dengan wayar. "Intan...aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Maafkan aku. Aku dah sedar. Aku dah insaf. Aku minta maaf sebab selalu buli kau. Aku tak tahu yang selama ni aku fitnah kau. Minta maaf Intan. Aku janji tak kacau kau lagi. Aku janji akan jaga kau" Bulat mata Intan Sofea dengar.

Dia kata apa? Jaga aku? Aku tak salah dengar kan.  Selama Tengku Arash ucap kata-kata maaf tu dia termenung jauh. Entah apa yang dia fikirkan.

"Maafkan aku ya?" Baru dia kembali ke dunia nyata. "Hah? Err.." Intan Sofea pandang Isac. "Angah tak maafkan atau berdendam dengan dia. Kalau adik maafkan dia. Angah ok" Isac tahu apa yang adik dia fikirkan.

"Saya maafkan dengan syarat... awak jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak jumpa awak lagi. Tolong jangan ganggu saya." Katanya perlahan. Dia masih trauma lagi dekat Tengku Arash. Dia harap lelaki itu tidak akan menganggunya lagi selepas ini. Dia nak hidup dengan tenang tanpa gangguan.

"Jangan ganggu? Ya aku janji. Tapi apa maksud pula yang kau tak nak jumpa aku lagi?" Soalnya.

"Ni kali terakhir tau Rash. Kau buat aku mati kau oleh aku" Isac memberi amaran. Nampak serius sahaja wajah dia. "Dan selepas Isyam kahwin kami balik semula ke Switzerland. Selamanya. Aku nak adik aku sambung belajar lagi sampai master." Beritahu Isac.

"Selamanya? Jadi korang tak balik sini lagi?" Tanya Tengku Arash dengan terkejut. Dia baru nak bercadang berkawan dengan gadis itu. Hendak dijadikan gadis itu selesa dengannya tapi kini tiba-tiba sahaja Isac cakap mereka akan balik semula ke Switzerland dan tak kan balik semula ke Malaysia.

"Ya. Isyam dah uruskan semuanya pasal pertukaran warganegara adik aku. Lepas along kahwin semuanya akan selesai. Adik aku akan tukar warganegara. Kami akan tinggal tetap di sana." Terangnya.

"Kenapa? Sebab aku ke? Sebab aku kacau dan sakitkan adik kau? Aku janji tak sakitkan hati dia lagi." Kata Tengku Arash. Dia memandang Intan Sofea.

"Tak bukan sebab tu. Memang abah dah cadang. Kami balik sini pun sebab nak uruskan kahwin along. Dia pun pindah dengan bakal kakak ipar aku juga." Isac menjawab.
"Hmm ye lah kalau begitu. Err.. Intan nah. Buat kau. Sebagai tanda perpisahan?" Dia menyerahkan sejambak bunga ros putih kepada gadis di hadapannya itu.

Coklat yang dia beli tadi diselit di antara bunga ros putih. Yang tak muat tu dia balut dan ikat dengan reben warna emas.

"Nah" Dia serahkan bunga beserta coklat itu kepada Intan Sofea. Gadis itu mula senyum. Muka dia berubah ceria.

"Wah terima kasih awak. Macam mana awak tahu saya suka coklat?" Tanya Intan Sofea dengan riang. Isac pandang sahaja Tengku Arash.

Ada udang di sebalik mee goreng ni. Eh! Ada udang di sebalik batu. Mesti ada niat lain. Jangan ja cakap yang dia suka adik aku. Tak boleh. Tak nak aku mamat ni jadi ipar aku. Kesian adik aku nanti. Selalu kena tinggal.

Tengku Arash cuma tersengih. "Aku beli je. Aku main ambil je lah. Lagipun banyak perempuan suka coklat kan?" Katanya. Kalau tak bukan sebab adik dia si Tengku Ariqah tu mana dia tahu semua tu.

"Oh really? With white roses. 15 roses?" Tengku Arash tersengih.

Isac dan Tengku Arash duduk di luar sementara adik dia solat di dalam. "Ingat pesan aku. Jangan sakitkan adik aku lagi. Kalau aku tahu lagi kau buat begitu aku akan ambil tindakan. Lebih teruk kau dapat dari ini tau" Pesan Isac lagi. Tengku Arash cuma angguk kepala.

"Ya. Aku janji. Jangan risau lah. Aku tepati janji. Aku akan jaga adik kau dengan sebaiknya. Nanti aku masuk meminang ya" Isac terus tolak kepala sepupu dia tu.

"Bengong. Agaknya kau dah gila ya sejak aku tumbuk kau haritu kan? Jangan haraplah aku setuju" Kata Isac.

Tengku Arash cuma ketawa. "Aku tak perlukan persetujuan dari kau. Kau bukan wali dia. Abah kau kan wali. Aku cuma perlu restu dari parents kau je. Hujung bulan aku masuk meminang. Lepas along kau kahwin" Katanya.

"Kau serius ke?" Tanya Isac. "Kau rasa?" Isac sudah menelan air liurnya. Tengku Arash kalau bab kahwin ni memang dia serius. Dia dah masuk 30 tahun. Macam impian dia sejak kecil. Dia nak berkahwin umur 30 tahun.

"Tapi aku dah cakap kan. Adik aku akan tukar warganegara. Susah untuk kau jumpa dia lagi kalau dia duduk dekat Switzerland. Jujur aku cakap di sana memang ada banyak lelaki yang lebih baik dari kau. Even masa dia still study ramai budak lelaki cuma nak tackle dia. Dia hampir juga bertunang dulu tapi... lelaki tu cuma mainkan perasaan dia. Aku tak nak kau jadi orang ke-2 yang sakitkan hati dia. Dia lembut Rash." Kata Isac setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Kalau kau ikat dia sebagai tunang kau belum tentu korang berdua akan bertahan. Aku cuma nasihatkan kau tolong jangan masuk meminang adik aku. Dia masih muda. Masih banyak yang dia kena pelajari. Ada perempuan lebih baik dari dia untuk kau. Aku tak nak dia kecewa bila nampak kau dengan perempuan lain masa kau berdua sudah bertunang. Dugaan dia besar Rash." Isac berpesan. Bukan dia mahu menolak jodoh adiknya tapi dia tak nak adiknya terluka lagi.


************

Seperti biasa jangan lupa untuk vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now