BAB 77

2K 57 0
                                    


        "SAYANG. Mana jam tangan hubby ya? Tadi hubby letak ada katil. Dah tak ada lah." Tengku Arash bertanya pada isterinya yang tengah menggosok baju itu. "Jam tangan? Ya tadi ada atas katil. Saya tak nampak pula. Cuba cari balik. Mana tahu tertutup oleh bantal ke apa. Arin kan tadi main atas katil tu." Balas Intan Sofea.

Hari ini merupakan hari di mana adik iparnya, Tengku Ariqah akan bertunang. Memang sejak kelmarin lagi mereka sibuk kerana majlis pertunangan Tengku Ariqah ini diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka hari raya mereka.

Tengku Arash berjalan menuju ke katil semula. Dia tidak boleh jika tidak memakai jam tangannya. Terasa tangan kirinya ringan dan seolah-olah tangan kirinya itu bogel.

Dia mencari di bawah bantal seperti yang dikatakan oleh isterinya. Namun dia tetap tidak menjumpai jam tangannya itu. Kemudian dia memandang pula ke arah katil bayi yang terletak di sebelah bahagian isterinya tidur.

Dia melihat anaknya itu seperti tengah menghisap sesuatu. Kalau nak cakap tengah menyusu tadi sebelum dia masuk ke bilik air, anaknya itu sedang menyusu.

"Arin tengah buat apa tu?" Bila ditanya terus bayi itu menoleh memandang papanya. Mata Tengku Arash membulat bila melihat apa yang sedang anaknya hisap. Jam tangan miliknya.

"Ya Allah budak ni. Sayang tengok dulu apa Arin hisap tu." Intan Sofea kemudian menoleh ke arah katil bayi. "Patutlah senyap je. Tengah hisap jam tangan hubby rupanya. Baik hubby ambil nanti tak pasal-pasal dia tertelan sesuatu pula." Kata Intan Sofea.

Arin Daniel mencebik geram bila jam tangan itu dirampas oleh papanya. Tajam sahaja matanya memandang papanya itu. "Ma.....ma." Perlahan-lahan dia memanggil mamanya.

"Mengadu lah tu." Arin Daniel segera menjeling papanya itu seolah-olah dia faham apa yang dikatakan oleh papanya itu. "Tengok tu. Dia jeling pula hubby. Perangai sama dengan mama awak tu Arin." Intan Sofea mengecilkan matanya memandang suaminya itu.

Kecik besar je dia tengok suaminya itu. Rasa macam nak sepak sahaja. Tapi tak boleh. Tak sia-sia jadi isteri derhaka. Nanti tak cium bau syurga.

Setelah dia siap memakai jam tangannya, Tengku Arash turun ke bawah. Tadi Tengku Faridah ada pesan padanya untuk beli ais kerana tidak cukup ais. Nak tunggu lori ais lalu depan rumah, sampai abang Jamil mampus pun dia tak lalu. Maka, Tengku Arash disuruh ke kedai untuk membeli ais.

"Hubby pergi kedai kejap beli ais ya. Sayang ada nak pesan apa-apa? Mengidam ke." Dia bertanya sebelum dia melangkah keluar dari bilik mereka. "Belikan saya jeruk nanas ya. Simpan kicap yang ada cili tu banyak-banyak." Semalam dia ternampak Tengku Faridah tengah memotong buat nanas.

"Jeruk nanas? Bukan Sayang tak makan nanas ke?" Berkerut dahi lelaki itu memikirkan hal berkenaan. "Anak hubby dalam perut ni minta. Tolong ya belikan." Tengku Arash terpaksa akur. Nanti dia bantah, merajuk pula isterinya itu. Tak pasal-pasal malam nanti dia tidur di luar.





    ARIN Daniel tersangatlah behave bila bersama dengan papanya itu. Mungkin kerana dia tidak mengenali jejaka-jejaka di hadapannya itu. "Bagus betul ya anak kau ni. Senyap je dari tadi." Fakrul menegur. Tengku Arash sekadar tersenyum sebelum dia tunduk memandang anaknya yang berada di ribanya itu.

"Memang lah dia behave sikit. Orang ramai kan. Senyap lah dia." Mungkin anaknya itu introvert orangnya. "Tapi tadi dekat dalam kemain bising lagi dia bila aku dukung." Susah dia pujuk anaknya itu untuk mengikut dia.

Arin Daniel terlampau manja dekat Intan Sofea sampaikan susah mahu berpisah dari mamanya itu. Tadi pun habis tudung mamanya itu dia tarik kerana tidak mahu mengikuti papanya.

Tengku Arash memang jarang ada di rumah kerana pekerjaan itu, oleh itu memang tiap hari hanya Intan Sofea sahaja yang anaknya nampak. Nak tengok papa dia memang jarang lah.

Mujurlah Tengku Arash cuti sampai lusa. Dapatlah juga dia luangkan masa dengan isteri dan anaknya itu. Esok pula dia bercadang nak bawa dua orang kesayangan itu ke pantai untuk berjalan-jalan.

Dia tak berani lah bawa ke air terjun, takut pula dengan keadaan isterinya yang tengah sarat mengandung dan anaknya yang masih kecil. Bahaya kalau dibawa ke kawasan hutan bayi itu. Takut pula nanti demam terkena orang halus.

"Macam mana lah bila bini kau dah beranak nanti. Ada juga berebut anak kau nanti." Kata Charles. Takut pula nanti Arin Daniel cemburu. "Bukan setakat anak je. Dengan bapa dia sekali berebutkan Intan tu." Sampuk Fakhrul mengusik Tengku Arash.

Bukan dia tidak tahu perangai kawannya itu. Tengok saja lah, anak tak sampai setahun dah mengandung semula Intan Sofea. Kesian Arin Daniel, umur baru mencecah 2 tahun sudah mempunyai seorang adik.

"Shut up lah kau Fak." Fakhrul hanya tertawa. "Betul lah aku cakap. Bagi lah wife kau tu rehat lepas yang kedua ni keluar. Kesian dia." Fakhrul memberi nasihat.

"Ya aku tahu. Dia cakap nak bercuti  untuk 3 ke 5 tahun. Tunggu budak berdua tu besar baru fikir nak tambah. Lagipun aku dah janji nanti bila dia dah lepas pantang or bila anak aku tu cecah 6 bulan begitu, aku nak ajak dia pergi menunaikan umrah."

Memang sudah hasratnya. Tidak sabar pula mahu menunaikan umrah bersama isterinya itu. Hanya mereka berdua sahaja. Anak-anak nanti tinggal.

Arin Daniel yang tadinya senyap terus melalak menangis bila dia nampak mamanya. "Mama....mama." Panggilnya. "Hah kan sudah aku cakap, anak kau ni manja. Pantang nampak bini kau mesti dia nak dekat bini kau. Kau dah tak berguna lagi Rash." Sempat lagi Fakhrul mengusik kawannya itu.

"Shut up lah Fak. Tanpa aku, mana lah wujud anak aku ni." Bangga pula dia sekejap. Charles hanya tertawa sahaja. Dua orang ini memang suka cari gaduh.

"Kenapa ni?" Intan Sofea segera menghampiri anaknya itu. Dihiraukan sahaja dua orang lelaki yang tengah bergaduh itu. Bukannya gaduh kasar pun.

Arin Daniel terus merengek mahu didukung oleh mamanya itu. "Hubby ni, pergi lah ajak kawan-kawan hubby ni makan dulu. Kesian dorang dari tadi tak makan lagi. Betul kan?" Pantas sahaja Fakhrul mengangguk.

"Betul tu Sofea. Laki kau ni jahat tau. Dia nak kami kebuluran kot. Jahat kan. Aku ni dah lah belum kahwin lagi." Ujar Fakhrul. Tengku Arash terus memukul kepala kawannya itu.

"Oiii setan. Aku je boleh balik wife aku as Sofea tau. Kau panggil je Intan lah." Dia memang pantang kalau ada orang lain panggil isterinya dengan nama itu. Hanya dia seorang sahaja yang boleh.

Niatnya memarahi Fakhrul, tapi dirinya pula dimarahi oleh isterinya. "Hubby ni. Tak baik tau memaki depan Arin."

Tajam sahaja pandangan yang diberikan oleh isterinya itu. Arin Daniel senang belajar perkataan daripada percakapan orang yang dia dengar, oleh itu Intan Sofea memang larang habis suaminya untuk mengeluarkan kata-kata kesat di depan anak mereka itu.

Suaminya itu hanya tersengih sahaja. "Sorry." Ucapnya. Intan Sofea sekadar mengecilkan sahaja matanya. "Eh, Fak jom makan. Charles pun. Jom lah makan. Kau cakap kau belum makan kan. Jom lah." Ajak Tengku Arash.

Tadi dia di dalam ikut sekali mereka berbincang berkenaan majlis akad nikah adiknya nanti, tapi kemudian dia keluar kerana anaknya itu meragam. Kebetulan pula Fakhrul dan Charles sampai.

*******

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now