KANDUNGANNYA sudah pun masuk bulan ke-4. 3 bulan setelah dia mengetahui dirinya itu sedang hamil. Dan sehingga ke hari ini, rakan sekerjanya tidak tahu akan dia yang tengah mengandung itu.Berkat pujukan papa, akhirnya Tengku Arash benarkan juga Intan Sofea kerja tapi dengan syarat bila kandungan isterinya itu masuk 6 bulan dia mahu Intan Sofea untuk berhenti. Tapi wanita itu tidak mahu berhenti, sebaliknya dia akan meminta cuti selama 6 bulan. Selepas tamat sesi berpantang barulah dia kembali kerja.
"Kau tengah termenung apa dari tadi Intan? Tengah rindu encik suami ke?" Usik Zati. Intan Sofea senyum sahaja. "Mestilah. Dia lama kot dekat Thailand tu. 3 hari kot. Aku sunyi tau duduk sorang dekat rumah. Ada kucing pun macam tak ada kucing. Asyik nak merayap je kucing aku tu pergi rumah jiran sebelah." Beritahunya.
Tika ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama 3 minggu yang lalu, Tengku Arash telah menghadiahkan isterinya seekor kucing berwarna kelabu. Memang seronok lah Intan Sofea bila dapat kucing.
"Kucing yang laki kau bagi tu ke?" Zati bertanya. Intan Sofea angguk sahaja. Mereka yang lain tahu pasal hadiah kucing itu kerana Tengku Arash ada post dekat facebook dan laman instagram lelaki itu.
"Untung lerr dapat kucing. Bukan setakat kucing je. Sampai dapat bercuti dengan Singapore lagi weii." Sampuk Nina yang baru tiba itu. Intan Sofea mengurut perlahan dadanya kerana Nina yang tiba-tiba sahaja muncul dan menyampuk dari belakangnya.
"Ha'ah korang pergi sana pula. Tapi kenapa korang naik kereta? Asal tak naik kapal je?" Zati bertanya. "Oh tu... kitorang singgah kejap dekat rumah cousin laki aku dekat Johor. Alang-alang nak pergi Singapura tu kitorang singgah sana lah."
Padahal sebenarnya nak mengelakkan dari Intan Sofea muntah-muntah di dalam kapal terbang nanti. Dia cepat rasa mual mungkin kerana keadaan yang berbeza kot. Kenderaan udara dan darat lain rasanya. Dan sebab itu lah Tengku Arash memilih untuk driving sahaja ke sana. Jadi mereka tidaklah perlu menyewa kereta bila sampai di situ.
"Oh ya tadi bapa mentua kau panggil. Entah apa yang dia nak bincangkan tu. Kau pergi lah naik atas." Zati berpesan. Intan Sofea angguk sahaja. Dia terus melangkah ke tingkat 7.
Apabila dia tiba ditingkat 7 dia disapa oleh PA bapa mentuanya. "Eh Intan. Nak jumpa dengan Tengku ya?" Intan Sofea angguk sahaja lalu melangkah ke pejabat bapa mentuanya.
Seperti biasa pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk ke dalam. Tak kan lah kita rempuh masuk je kan walaupun keluarga kita sendiri. Kena ada rasa hormat dan memberi privasi lah pada seseorang itu.
"Intan macam mana harini ok? Tak stress masa kerja?" Tengku Arizal bertanya. Dia risau sebenarnya akan keadaan menantu dia yang tengah mengandung sekarang ini. "Ok je. Papa jangan risau lah. And suruh juga anak papa tu untuk jangan risau ya. Saya ok je." Dia tahu yang sebenarnya Tengku Arash yang menyuruh Tengku Arizal untuk memantau Intan Sofea ketika wanita itu berada di tempat kerja.
Bila dia kembali semula ke mejanya terus Zati bertanya. "Tak de apa lah." Balas Intan Sofea. "Tengku ada cerita ke dengan kau pasal departments kita nak pergi Thailand hujung bulan ni?" Nina bertanya.
"Thailand? Kita pergi Thailand? Buat apa?" Intan Sofea bingung seketika. "Kau tak tahu ke? Dari kelmarin lagi rumor pasal tu tau. Tak kan kau menantu Tengku, tak tahu pula?" Nina bertanya.
Intan Sofea geleng kepala. "Tak. Tak ada pun Tengku cakap dekat aku. 2 hari lepas pun masa makan malam dekat rumah family husband aku memang tak ada dia cakap pun." Intan Sofea ingat lagi tika makan malam di rumah Tengku Arizal, memang tiada buka cerita pasal khabar angin yang mereka cerita itu.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...