BAB 25

3.7K 135 0
                                    

    

     INTAN Sofea cuma pandang sahaja Puan Suhaila menyarungkan cincin pertunangan ke jari Diana. Mereka duduk di atas pelamin kecil yang dihias sendiri oleh Diana.  Dorang masuk meminang terus bertunang untuk menjimatkan masa.

"Adik jangan lah sedih nanti adik bertunang dengan Arash along buat meriah ok?" Kata Isyam yang duduk bersama dengan adik dia. Intan Sofea cuma menjeling.

Semua kaum wanita duduk berhampiran dengan Diana dan keluarga perempuan dia yang lain. Intan Sofea je duduk dengan kaum lelaki.

Ada jugalah ahli keluarga Diana menjeling ke arah Intan Sofea. Gadis itu nampak sangat rapat dengan Isyam. Sempat juga mereka ambil bergambar. Isac pun menyempit juga.

Isyam dan Diana duduk di atas pelamin kecil itu. Nak bergambar konon. Intan Sofea dan Isac pula duduk di bawah khemah untuk makan.

"Bila along nikah?" Tanya Intan Sofea. "Lagi 3 bulan. Kalau adik nak nanti angah bagitau Arash suruh masuk meminang ya? Bersanding sekali dengan along nak?" Tanya Isac.

"Ish tak nak lah. Orang tak nak lah dekat dia" Ujar Intan Sofea sambil memuncungkan bibirnya. Isac cuma tertawa kecil.

Tidak lama kemudian Isyam keluar dari rumah lalu panggil adik dia. "Kenapa along?" Tanya Isac. "Jom masuk dalam. Kak Diana korang ajak bergambar" Beritahunya.

Isac dan Intan Sofea cuma angguk kepala. Nasib mereka sudah selesai makan.

Tengku Irham pandang dua orang anaknya itu. Nampak kelam kabut je nak masuk dalam. Dia geleng je kepala tengah gelagat dua beradik tu. Kemudian sambung bersembang dengan bakal besan dia.

"Adik umur berapa?" Tanya Diana. Ni kali ke-3 dia berjumpa dengan Intan Sofea. Dulu Isyam pernah bawa Intan Sofea jumpa dia. Diana pertama kali jumpa Isac.

Isac dan Diana lahir tahun yang sama. Isac bulan 2 manakala Diana bulan 9. Bulan yang sama dengan Intan Sofea.

"Dia 22 tahun" Jawab Isyam. "Oh muda lagi. Dah habis belajar kan?" Tanya Diana. Intan Sofea angguk kepala.


"IBU cantikkan kak Diana tu" Kata Intan Sofea. Puan Suhaila cuma angguk kepala. "Nanti adik bertunang ibu buat macam tu ya? Buat meriah macam along" Kata Puan Suhaila.

"Adik lambat lagi lah ibu. Calon pun belum ada" Balas Intan Sofea kemudian tersengih. "Ada. Dah ada calon lah. Rash tu ibu tengok dia usya adik lain macam. Tak macam cara abang-abang adik usya adik tau" Kata Puan Suhaila  sambil tersenyum.

Dia tahu yang lelaki itu pernah tampar anak dia dahulu. Tapi itu kisah lama. Tak kan nak dikenang kan? Anak dia pun dah tak ingat pasal tu lagi. Sampai bila nak berdendam dengan dia. Biarlah yang sudah berlalu.

"Mana ada lah" Balas Intan Sofea sambil memuncungkan bibirnya. "Arash tu siapa?" Usik Puan Suhaila.

"Ish ibu ni" Dia memuncungkan bibirnya. Puan Suhaila tergelak kecil. "Ibu gurau je lah. Pergi panggil along turun sarapan" Arah Puan Suhaila.

"Abah dengan angah?" Tanya dia. "Abah dah keluar pergi kerja. Angah pun dah keluar awal lagi pergi jogging. Sekejap lagi kot dia balik" Intan Sofea cuma angguk kepala.

Intan Sofea kemudian naik ke atas. Semua bilik mereka berada di tingkat atas. Bilik di bawah dijadikan bilik tetamu.

Pintu bilik alongnya diketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk. "Along adik masuk ya" Katanya. "Hmm masuklah" Jawab Isyam dari dalam . Lalu daun pintu ditolak. Dia melangkah masuk.

"Kenapa dik?" Tanya dia. Dari posisi baring dia bertukar ke posisi duduk bersila di atas katil. Ada laptop di hadapannya. Mungkin juga buat kerja.

"Ibu suruh turun bawah makan" Beritahu dia. Intan Sofea cuma berdiri di hadapan pintu bilik.

Isyam mengangguk kecil. "Nanti along turun" Balasnya. Intan Sofea cuma mengangguk lalu keluar. Tak lupa juga menutup semula pintu bilik. Dia turun semula ke bawah.

"Along kata sekejap lagi dia turun" Beritahu Intan Sofea sambil dia menarik kerusi itu untuk dia duduk. Puan Suhaila  cuma angguk.

"Wah ibu buat nasi lemak ya? Dah lama tak makan" Kata Intan Sofea dengan teruja. Puan Suhaila cuma tersenyum kecil. Tak berubah gaya dia macam budak-budak kecil.

Tidak lama kemudian Isyam turun ke bawah dengan berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek. Style dia dari dulu. Tak berubah pun.

Intan Sofea masa nampak along dia begitu buat pertama kali memang dia terkejut juga lah. Malu pun ada. Mana taknya dia tak pernah nampak lelaki berpakaian begitu sebelum ini. Memang dia malu habis.

Isyam dan Isac ketika itu memang ketawa habis. Mereka ketawa sebab tengok muka adik bongsu mereka tu bertukar merah.

"Apa tu? Nasi lemak ke? Wah sedap tu. Dah lama tak makan" Katanya lalu dia mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Makan lah banyak sikit" Kata Puan Suhaila. Isyam cuma tersenyum.

"Ha'ah makan lah. Ibu masak sedap tau" Kata Intan Sofea dengan teruja. "Along tahu lah. Along lagi awal rasa masakan ibu dari adik tau". Intan Sofea mencebik. "Tapi adik tinggal dengan ibu lagi lama dari along dan angah". Dia pun tak nak kalah juga.

Puan Suhaila  senyum sahaja. "Dah. Dah. Tak payah nak gaduh lah. Semua memang" Puan Suhaila  kata. Intan Sofea dan Isyam cuma tersengih.

Sedang mereka sedap menjamu selera Isac datang dengan badan yang berpeluh. "Angah pergi lah mandi dulu" Tegur Isyam. Dia memang pantang kalau ketika makan ada bau-bauan yang tidak menyenangkan. Kalau orang kotor pun dia pasti suruh mandi dahulu.

Isac cuma tersengih lalu naik ke atas. Dia sempat berpesan. "Tinggalkan sedikit nasi lemak" Intan Sofea dan yang lain cuma mengangguk.

Bila Isac turun bawah alongnya sudah berada di ruang tamu sambil tonton tv. Adik dia pula masih di dapur dengan ibu. Ibu baru habis makan juga.

Bila dia pandang adik dia tu,  Intan Sofea sedang mengunyah buah epal merah. Di depan dia ada coklat. Mesti sekali sehari dia akan makan coklat. Dia cuma senyum dan ambil tempat di sebelah adik dia.

"Ibu harini angah keluar sekejap ya?" Beritahu Isac. Puan Suhaila cuma angguk kepala. "Nak ikut" Kata Intan Sofea. "Boleh ke?" Tanya Intan Sofea lagi. Isac cuma angguk kepala.

   INTAN Sofea tayangkan muka cemberut bila Isac dari tadi asyik ketawa. Menyesal pula dia ikut keluar sekali.

Rupanya angah dia ni nak berjumpa dengan Tengku Arash pula. Mamat ni tak kerja ke apa?

Isac lagi cari pasal. Dia tinggalkan pula adik dia dengan Tengku Arash. "Weii aku pergi tandas dulu. Kau duduk diam jaga adik aku. Jangan ambil kesempatan. Abang dia masih hidup" Pesan Isac. Tengku Arash cuma tersengih.

Bila Isac pergi baru dia pandang Intan Sofea. "Jadi kau adik dia? Macam mana kau tahu?" Tanya Tengku Arash. Intan Sofea hanya mengangguk. Malas nak menjawab.

"Jadi kau lah gadis yang selalu ada di instagram milik Isyam dengan Isac?" Tanya dia lagi. Intan Sofea angguk perlahan lagi.

"Macam mana kau jumpa dorang? Dan macam mana kau boleh sampai Switzerland pula?" Tanya Tengku Arash lagi.

"3 hari sebelum aku masuk 18 tahun abah bawa pergi sana. Di sana aku jumpa dorang berdua. Dan along cadang masukkan aku dekat universiti. 4 tahun. Lepas habis belajar baru aku balik sini semula. Itu pun sebab along dah nak kahwin" Dia menerangkan. Kang dia tanya lagi.

Kalau dia tak dengar aku pun tak tahu lah. Melekat juga kasut aku ni di dahi dia kalau dia tanya lagi sekali.

Aku masih berdendam dengan dia. Dia orang pertama yang tampar aku. Dia hina aku dan juga. Ingat maruah aku ni rendah sangat sampai dia boleh pijak-pijak?

*****

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now