INTAN Sofea membuka matanya dan terus nampak wajah suaminya sedang tersenyum memandang wajahnya. "Kenapa hubby?" Terus dia bertanya. "Salah ke nak tengok muka wife hubby ni tidur?" Jawabnya sambil tersengih."Tak salah. Tapi pelik." Balas Intan Sofea. "Sayang pergi mandi dulu ya. Lepas tu terus discharge." Beritahunya. Intan Sofea angguk sahaja.
Dia perlahan-lahan turun dari katil lalu menuju ke bilik air "Hubby pilihkan baju. Boleh kan?" Tengku Arash meminta kebenaran. "Boleh je." Intan Sofea menjawab sebelum pintu bilik air itu ditutup.
Tengku Arash pula terus membuka bagasi kecil yang mengandungi baju dan barang peribadi isterinya. Dia memilih dress labuh berwarna biru, mahu sepadan dengan baju kemeja biru yang dia pakai lah tu. Semua baju dan barang peribadi Intan Sofea dikemas sendiri oleh Tengku Arash. Jadi dia tahu apa pakaian yang ada dalam bagasi kecil itu.
Bagasi kecil itu dia selalu guna jika dia tidak pergi lama dan hanya digunakan jika dia membawa kapal di dalam negara. Bila sudah sediakan segalanya dia ketuk pintu bilik air berkenaan.
"Ambil baju ni. Kalau tak hubby yang tolong pakaikan." Ujarnya. Laju sahaja pintu itu dibuka dan ditutup. Sekelip mata sahaja pakaian yang dia pegang itu hilang.
Intan Sofea duduk di atas katil berkenaan setelah siap mandi. Diperhatikan sahaja Tengku Arash yang sedang memasukkan barangnya ke dalam bagasi kecil itu.
Bila sudah selesai semuanya, barulah mereka keluar dari bilik wad berkenaan. "Sayang duduk dekat sana tu dulu ya. Hubby nak isi borang Sayang." Tengku Arash menunjukkan ke arah kerusi yang terletak tidak jauh darinya. Intan Sofea mengangguk lemah lalu berjalan perlahan menuju ke kerusi berkenaan.
Dia duduk di kerusi berkenaan sambil memandang suaminya. Dia tengok sahaja Tengku Arash yang sedang berbual dengan jururawat yang bertugas di kaunter berkenaan.
Bila sudah selesai dengan urusannya, terus Tengku Arash berjalan ke arah isterinya. "Nak balik rumah terus ke atau nak pergi kuburan lawat Eshal?" Dia bertanya.
"Nak makan dulu." Dari semalam dia tak ada makan sehah tiada seleranya. Tengku Arash angguk lalu mengangkat beg milik barang isterinya. "Petang ni hubby dah mula kerja. Sayang nak duduk dengan mama atau dengan Isyam? Isyam masih ada lagi dekat sini. Dia belum balik Switzerland lagi." Tengku Arash bertanya.
"Saya nak duduk dengan along." Beritahunya. Suaminya itu mengangguk. Dia faham juga dekat isterinya. Mesti Intan Sofea mahu rasa selesa. Mungkin bersama abang sulungnya itu, Intan Sofea rasa selesa dan selamat.
"Hubby tahu ke siapa yang masukkan ubat dalam air saya tu?" Intan Sofea bertanya. Kepalanya dipusing memandang suaminya yang sedang memandu itu. "Dah. Dah tahu pun siapa. Ada bukti lagi." Tengku Arash memberitahu. Orang itu sendiri yang datang berjumpa dengan dia, mengaku kesalahannya. "Siapa? Bukan Suzy ke?" Dia bertanya kerana semalam Tengku Arash ada tengokkan dia video berkenaan.
Tengku Arash kemudian memusingkan kepalanya memandang isterinya. "Memang dia. Tapi bukan dia sorang je. Ada orang yang tolong dia. Nanti hubby ceritakan ya. Sayang jangan risau lah." Dia tidak mahu memberitahu lagi pada Intan Sofea kerana emosi isterinya belum stabil lagi. Dia takut jika isterinya itu tahu, boleh menyebabkan Intan Sofea stress dan serta boleh memudaratkan kesihatan dia serta kesihatan baby di dalam kandungan.
"Kenapa pula?" Intan Sofea bertanya. "Nanti lah hubby bagitahu ya. Sekarang ni Sayang rehatkan diri tu. Nanti tiba masanya hubby cerita ya. Fokus dulu untuk pulihkan diri Sayang tu." Intan Sofea terpaksa akur sahaja. "Hubby saya teringin nak makan nasi ayam lah. Bukan saya tapi baby yang nak makan." Beritahunya. Lebih baik dia fikir pasal makanan daripada dia fikir pada benda yang menyakitkan hatinya itu.
"Ye ke baby? Jangan nak fitnah anak kita ya. Sayang sendiri yang nak makan kan sebenarnya?" Usik Tengku Arash. Intan Sofea sengih sahaja. Bila dengan Tengku Arash, dia tidak boleh nak menipu lelaki itu kerana Tengku Arash akan tahu. Dia tahu sama ada Intan Sofea menipu ataupun tidak.
Bila sampai di restoran berkenaan, Tengku Arash perhatikan sahaja isterinya yang sedang makan itu. Selama 3 hari berada di hospital, barulah hari ini dia tengok isterinya itu makan dengan berselera sekali. Selama tempoh 3 hari itu, memang susah dia mahu memaksa Intan Sofea untuk makan. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia nak mula berselera semula.
"Hubby tak nak makan ke?" Dia bertanya. Dia berhenti makan seketika lalu memandang Tengku Arash. Lelaki itu hanya memesan air sahaja. Tidah ada memesan makanan. Tengku Arash geleng kepalanya lalu memberi senyuman pada isterinya. "Tak perlu. Tengok Sayang makan pun hubby dah kenyang." Sebenarnya dia lapar. Tapi tidak mahu memesan makanan kerana nak minta Intan Sofea untuk masakkan maggi di rumah nanti. Dah lama Intan Sofea tak masak maggi untuknya. Seorang Tengku Arash memang suka mengada dekat isterinya.
"ADIK masak apa?" Diana bertanya pada Intan Sofea. "Arash tu minta masak maggi. Tadi dekat restoran bukannya dia nak makan pun." Dia kemudian melemparkan padangannya ke ruang tamu. Matanya memerhatikan sahaja suami dan abang sulungnya yang sedang berbual itu.
Diana angguk sahaja. "Biasa lah tu. Nak mengada dengan adik lah tu." Ujar Diana. Intan Sofea sekadar senyum sahaja. Bila sudah siap masak dia terus memanggil suaminya untuk makan. Diana pula terus melangkah ke ruang tamu untuk memberi ruang pada pasangan suami isteri itu.
"Hmmm sedap." Komen Tengku Arash. "Betul ni? Tak tipu?" Intan Sofea bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Betul lah sedap. Tak kan hubby nak tipu pula Sayang." Sambil dia makan, dia bersembang dengan isterinya.
Intan Sofea terus pegang paha suamianya secara tiba-tiba menyebabkan Tengku Arash terhenti mengunyah. "Kenapa Sayang?" Dia terus bertanya.
"Baby tendang." Intan Sofea memberitahu. Dia terkejut kerana tendangan kuat dari dalam perutnya itu. Selepas dia kehilangan seorang anaknya, bayi di dalam perut tidak ada pergerakan langsung. Dan hari ini barulah dia ada terasa akan tendangan bayi. Memang dia terkejut tapi pada masa yang sama dia gembira.
Tengku Arash angguk lalu dia usap perut isterinya. "Anak papa duduk diam-diam ya. Nanti bila dah keluar, kita jumpa kakak sama-sama." Bayi di dalam perut itu seolah-olah mengerti kerana Intan Sofea merasa ada tendangan lagi.
"Hubby dia tendang lagi." Tengku Arash pun terus selak baju t shirt yang dipakai oleh isterinya itu. Intan Sofea dah tukar baju tadi. Matanya membulat apabila dia nampak jelas bentuk tapak kaki yang menendang itu.
"Amboi! Kecik-kecik dah suka kicking ya. Nanti besar jadi pemain bola sepak ya." Sempat lagi dia bergurau. Intan Sofea sekadar memerhati Tengku Arash yang sedang berbual dengan bayi di dalam perutnya itu.
"Kau buat apa tu Rash?" Isyam tiba-tiba muncul dan menegur lelaki itu. "Tak de apa." Jawabnya lalu sambung makan semula. "Ye ke? Habis yang kau tertunduk dari tadi tu kenapa? Jangan nak buat macam-macam ya dekat adik aku. Dia tu baru je c-section. Luka jahitan dia masih ada." Terus Isyam.
"Tahu lah. Aku cuma nak tengok anak aku menendang je lah." Balas Tengku Arash. Isyam sekadar angguk lalu menuju ke peti ais.
Selepas makan, Tengku Arash terus mengajak isterinya untuk masuk ke dalam bilik. Dia nak berkemas sikit sebab hari ini dia sudah mula kerja semula. Tengku Arash hanya diberi cuti 3 hari sahaja. Dia boleh sahaja minta cuti lagi tapi dia tak nak ambil cuti banyak-banyak sebab takut bila Intan Sofea beranak nanti, dia tak boleh cuti lama.
"Hubby fly pergi Langkawi je. Tengah malam ni baru balik." Tengku Arash memberitahu. Mujurlah dia dapat terbang di dalam negara sahaja.
"Langkawi?" Intan Sofea bertanya. "Ya. Kenapa?" Terus isterinya itu tersengih. "Ye tahu. Nanti hubby borong coklat banyak-banyak." Dia tahu maksud sengihan isterinya itu.
"Yeayy. Banyak-banyak tau. Saya nak penuhkan peti ais rumah kita dengan coklat." Ujarnya. "Ye. Nanti hubby pergi borong semua coklat." Memandangkan dia ada masa 5 jam sebelum penerbangan semula ke Kl, dia akan gunakan masa itu untuk pergi membeli coklat. Jika sempat, semua kedai coklat dia akan masuk.
******
Seperti biasa jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...