HANYA Tengku Arash yang menghantar isteri dan anaknya ke lapangan terbang memandangkan sekarang ini baru jam 12 tengah malam. Ada lagi sejam sebelum penerbangan."Semua ok kan? Dah urus segala passport kan?" Tengku Arash bertanya. "Dah. Passport Arin pun dah ada." Ini bukanlah pertama kali Arin Daniel dibawa ke Switzerland. Sudah 3 kali. Baru-baru ini Intan Sofea pergi menguruskan pertukaran gambar passport anaknya kerana tika gambar itu diambil, Arin Daniel baru berusia 2 bulan.
Banyak perubahan menyebabkan dia akan ditanya berkenaan wajah Arin Daniel tiap kali dia mahu keluar atau masuk sesuatu negara. Ini kerana semasa lahir dahulu, wajah Arin Daniel mengikut wajah suaminya tapi bila dah berusia 7 bulan ini, mengikut wajah Intan Sofea pula.
Arin Daniel senyap sahaja di dalam stoller baby berkenaan. Sebenarnya dia tidur kerana semasa di kereta tadi dia sudah menyusu. Bila sampai airport terus sahaja dia terlelap sendiri sampaikan Intan Sofea tidak sedar mulut Arin Daniel sudah terlepas dari dadanya.
"Hubby saya rasa saya masuk dalam sekarang lah. Lagi 40 minit ni before boarding." Kang lama-lama terlupa pula dia. Ada juga yang tertinggal kapal terbang nanti. "Hmm ye lah." Tengku Arash menjaga anak mereka sementara Intan Sofea ke kaunter untuk check in. Mujurlah ada Tengku Arash. Mudahlah kerjanya sikit kerana ada orang yang tolong menjaga anaknya itu.
Bila sudah selesai timbang beg bagasi dan check in, Intan Sofea terus menghampiri suaminya. "Saya masuk dalam dulu lah." Tengku Arash mengangguk sahaja. Bila Intan Sofea tunduk menyalami tangannya Tengku Arash hanya mampu mengusap kepala isterinya. Ketika Intan Sofea kembali memandang dia, terus sahaja dia cium dahi isterinya itu. Tidak lupa juga bahagian ubun-ubun.
"Jaga diri tau. Nanti kalau sampai Doha bagitahu hubby ya. Chat je. Tak perlu lah nak call." Pesannya. Intan Sofea hanya sekadar mengangguk. "Hubby doakan keselamatan Sayang serta anak-anak kita tau. Kalau ada apa-apa berlaku, cepat-cepat panggil stewardess tu tau." Dia menambah.
"Ya saya tahu. Ni bukan pertama kali saya naik kapal tengah mengandung tau. Pandai lah saya jaga diri. Hubby pun jangan lupa makan time sahur nanti. Panaskan je lauk berbuka semalam tu ya." Dia malas mahu masak kerana makan berbuka mereka kelmarin masih banyak lagi.
Tengku Arash hanya memandang isterinya melangkah masuk ke dalam. Lama juga dia berdiri di sana, bila sudah tidak dilihat isterinya itu baru dia berlalu pergi. Tapi dia tak balik lagi. Tunggu kapal bergerak baru dia balik ke rumah.
"Eh, kapten! Buat apa dekat sini? Kapten baru balik ke atau baru nak terbang?" Seorang pramugari yang kebetulan bekerja dengannya itu bertanya. "Tak. Aku fly jam 8 nanti. Aku hantar wife dengan anak aku." Beritahu Tengku Arash.
Perempuan itu mengangguk sahaja. "Pergi mana? Kapten tak ikut sekali ke?" Bertanya lagi pramugari itu. "Dorang pergi Swiss. Dia sambung master di situ." Memang dia mahu ikut ke sana tapi apa kan daya bila dia kerja hari ini.
Bila Intan Sofea duduk di tempatnya tiba-tiba ada seorang pramugari bertemu dengannya. "Excuse me miss but are you Mrs Intan Sofea? Captain Arash's wife?" Pramugari itu bertanya. Intan Sofea memandang sudah memandang pelik dekat pramugari itu. Macam mana pula wanita itu boleh mengenali dirinya.
"Yeah, that me. Why? Is there any problem?" Intan Sofea bertanya. Pramugari itu senyum dahulu sebelum dia menjawab. "I've been inform to move you and your son from here and sit in business class. On the instructions of the captain of this ship ." Makin bingung Intan Sofea dibuatnya.
Setahu dia, Isyam membelikan tiket economy class buatnya. Tak kan lah senang-senang dia dipindahkan tempat pula. " Don't worry because there is empty seat for you and your son there." Intan Sofea terpaksa akur dan berpindah seperti yang diarahkan oleh pramugari berkenaan.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...