BAB 21

3.6K 124 2
                                    

       INTAN Sofea memang gembira sangat harini. Bukan sebab hari lahir dia. Tapi sebab abang-abang dia. Dia tak sabar nak jumpa mereka. Kelmarin mereka sampai ke sana. Dia lagi teruja mahu bertemu dengan abang-abangnya berbanding menyambut hari lahirnya.

Harini baru jumpa dua orang lelaki yang bergelar abang kepada dia. Awal-awal lagi dia tanya abah dia nak panggil apa. Abah dan ibu ketawa lalu  abah jawab. 'Panggil along dengan angah'.

Ketika tu mereka baru turun dari kapal sambil menunggu beg bagasi mereka. Intan Sofea bawa beg bagasi yang maha besar. Tengku Irham ketawa sahaja tengok anak dia yang pertama kali naik kapal.

Nak menangis sahaja Intan Sofea ketika kapal terbang tersebut hendak naik. Sampai dia genggam tangan abah dia kuat sangat. Tingkap pun dia tutup tak nak tengok luar.

Sekarang dorang berada di sebuah cafe yang terletak di kaki gunung sedang menunggu kedatangan along dan angah.

Cuaca sekarang sejuk tapi tak sesejuk masa musim sejuk. Sekarang bulan september masih musim luruh lagi. Tapi masih sejuk. Kelmarin mereka tiba ketika waktu hujan. Memang sejuk. Sampai berlapis-lapis baju yang dia pakai. Itu baru hujan. Belum dia rasa musim salji pula.

"Sekejap lagi dorang datang" Beritahu Tengku Irham. Dia tahu anak dia ni dari tadi asyik pusing sana sini nak cari kelibat abang-abang dia. Abang kandung dia.

Abah tidak bagitau nama diorang sebab abah sendiri nak Intan Sofea berkenalan dengan abang-abang dia.

Tidak lama kemudian ada sebuah kereta sport berjenama Ferrari berwarna kuning berhenti di hadapan cafe tersebut. Dua orang jejaka keluar dari kereta itu. Seorang daripadanya membawa kek.

Mereka berdua masuk ke dalam cafe dan nampak di mana abah, ibu dan adik mereka berada. Mereka tersenyum lalu berjalan ke sana.

Bila Intan Sofea toleh belakang dia terkejut tengok salah satu daripada abang dia. Dia kenal lelaki itu.

"Isac?" Katanya. Lelaki yang dia sangka Isac itu tersenyum. "Yes. Its me my little sister. Aku memang dah agak dari awal lah. Patutlah muka Intan seiras seorang. The result it you are  my sister. Dunia ni tak besar" Ya lelaki itu memang Isac. Isac Syafiq bin Tengku Irham. Abang kedua.

"Oh Isac kenal?" Isac angguk. "Ya lah abah. Kan 2 bulan Isac duduk dengan dorang Arash. Mestilah Isac kenal" Jawabnya. Dia duduk di sebelah adik dia. Adik yang telah lama dia cari.

"Hai my little sister. My name is Isyam. Panggil along ya? Dan panggil Isac angah" Kata Isyam abang sulungnya. Intan Sofea tersenyum dan mengangguk kepala.

"You look soo cute sis. I want to cubit  pipi adik lah" Kata Isyam dengan geram. Dia kemudian cubit sedikit pipi pau adik dia.

"Jadi maknanya yang tampar adik tu is Arash? Your own cousin?" Bulat mata Intan Sofea bila abah dia cakap Tengku Arash tu sepupu dia?

"Sepupu?" Isyam angguk kepala. "Sepupu jauh lah. Moyang kitorang adik beradik . Kita bersepupu yang ke-3. Boleh kahwin" Kata Isyam. Intan Sofea jeling abang dia.

Isyam cuma tersengih. Comel sangat lah adik aku ni. Tak sangka pula aku akan ada adik secantik dan secomel Sofea ni. Aku janji akan jaga dan lindungi dia. Dia satu-satunya mutiara dalam keluarga ni.

Aku perlu jaga dia. Gadis seperti dia tak boleh disia-siakan. Aku berjanji akan jaga dan lindungi dia sampai bila-bila. Walaupun dia akan berkahwin suatu hari nanti. Aku sebagai abang sulung perlulah jaga adik-beradik aku. Ini amanah.

'Rash tahu tak pasal ni?' Bisik Isac. Dia tahu adik dia ni dah berhenti kerja pasal kes Tengku Arash tampar dia beberapa bulan yang lalu.

'Tak. Dia tak tahu. Tolong jangan bagitau dia pasal ni boleh a-angah?' Balas Intan Sofea. Dia juga berbisik.

Isac mengangguk. "Anything for my little princess" Katanya. "Adik turn 18 this years right?" Tanya Isyam.

"Ya. Kenapa?" Tanya Intan Sofea. "Dah ada tempat nak belajar? Kalau tak along masukkan adik dekat universiti tempatan di sini. Itu pun kalau adik nak" Kata Isyam.

Intan Sofea pandang ke arah Tengku Irham dan Puan Suhaila. Mereka berdua senyum dan angguk kepala.

"Ibu dah abah setuju. Jadi belajar di sini ya? Abang kerja di sini. Dekat syarikat abah. Senang nak tengok adik. Bidang bisness nak?" Tanya Isyam.

"Dia memang suka bisness. Dulu masa kecik dia cakap yang dia nak jadi bisness woman bila dah besar." Beritahu Puan Suhaila.

"Adik nak ada ig shop sendiri" Jawab Intan Sofea pula. Walaupun dia baru berjumpa dengan ahli keluarga yang dia tidak tahu dia sudah selesa dengan mereka. Dia selesa nak ceritakan semuanya dengan mereka.

Masa dulu pun masa dia belum tahu yang Isac tu abang dia, dia kerap juga cerita dan luahkan masalah dia dengan Isac. Isac dengan hati yang terbuka dengar sahaja cerita adik dia. Banyak benda yang dia sudah tahu pasal Intan Sofea.

Ibu terjumpa dengan abah. Abah tawarkan ibu kerja di syarikat abah. Dari sana abah mula rapat dengan ibu. Masa itu abah sudah berkahwin dengan isteri pertama dia. Tapi abah belum dikurniakan cahaya  mata.

Isteri pertama abah memang tahu abah berkawan dengan ibu. Dia lah juga yang sendiri datang kepada Puan Suhaila meminta Puan Suhaila berkahwin dengan Tengku Irham. Puan Suhaila memang suka akan Tengku Irham tapi bila tahu lelaki itu suami orang terus dia menjauhkan diri. Tapi isteri pertama abah pula yang paksa dia berkahwin dengan abah agar abah dapat pewaris.

Jadi abah kahwin dengan ibu. Abah tak kisah pasal kisah silam ibu. Dia nak jadikan ibu yang halal buatnya. Setahun lepastu abang aku Isyam lahir.

Memang isteri pertama abah meroyan habis sebab abah lagi sayang ibu dari dia. Dia hasut nenek untuk benci ibu. Sampaikan ikut apa yang aku tahu mak tiri aku nak bunuh aku yang baru lahir.

Sebab abah anak pertama dan semestinya arwah atuk bagi harta dengan abah. Dan nak-nak lagi abah ada 2 orang waris. Aku dan along aku.

Mak tiri aku tak suka ibu sebah ibu dapat banyak perhatian dari abah sejak aku dan along lahir. Selepas aku lahir dia paksa ibu untuk makan ubat perancang. Tapi hampir 10 tahun kemudian dia mengandung lagi. Dia tahu jantina bayi dalam kandungan ibu. Jadi dia makin seksa ibu masa itu.

Mereka sampai  nak bunuh ibu dan juga kandungan ibu dan sebab itu lah ibu terpaksa larikan diri. Abah tak tahu pasal ni sebab perempuan tu hasut abah sekali. Dia cakap yang ibu buat kerja lama dia. Anak yang ibu kandungkan sekarang adalah anak luar nikah dia dengan lelaki lain.

Aku tak tahu pasal ibu mengandung tak sehingga 7 tahun lepas. Abah bagitau kami yang kami ada adik. Dia tak bagitau jantina sebab nak sembunyikan identiti adik aku.

Aku tahu yang Intan Sofea ni adik aku sejak aku nampak dia pertama kali di rumah Tengku Arash. Wajah dia seiras dengan ibu. Hidung dia mancung macam abah. Aku ada bagitau abah pasal ni tapi abah tak percaya.

Tapi tak sehingga abah jumpa ibu 3 bulan lepas. Masa tu juga lah ada Intan Sofea balik. Adik memang terkejut jadi abah bercadang buat ujian DNA. Dan 100% adik adalah anak ibu dan abah. Adik datang dari benih abah dan bukan orang lain.

Aku juga dapat tahu lepastu abah ada buat wasiat. Tapi tak tahu apa. Abah kata kalau dia dah tak da tolong jaga adik dan jangan berebut harta dia. Semua dapat sama rata dan mengikut hukum islam.

*******

Seperti biasa jangan lupa untuk vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now