BAB 48

2.8K 90 0
                                    



           TENGKU Arash dan Intan Sofea berdiri di hadapan rumah mereka yang sudah siap sepenuhnya. Kelmarin lagi barang-barang mereka sudah diangkut ke sana. Baju-baju pun sudah ada di rumah baru itu. Baju-baju lagi awal pindah dari pemiliknya. HAHA.

Tengku Arash terpaksa keluarkan duit yang lebih banyak dari bajetnya kerana ada sesetengah barang yang terlampau mahal seperti meja makan mereka yang dibuat khas oleh sebuah kedai perabot. Kayu yang digunakan juga memang kayu jenis mahal.

Intan Sofea ada juga sumbangkan duit untuk tambah bajet menghias rumah mereka itu. Tak kan dia biarkan suaminya seorang sahaja yang menanggung. Sudahlah telah banyak duit suaminya keluar untuknya sejak mereka berkahwin. Jadi dia tolong lah tambah bajet untuk hias rumah mereka. After all rumah itu milik mereka berdua.

Saiz katil mereka pula saiz yang besar. Saiznya sama seperti saiz katil milik Ain Edruce. Korang boleh tengok video house tour dia dekat youtube kalau nak tahu.

"Jom masuk." Ajak Tengku Arash. Dia memegang erat tangan isterinya. Mereka berdua melangkah masuk bersama.

Intan Sofea tergamam melihat keadaan rumah mereka setelah siap. Memang 100% berbeza dengan yang dulu. Dia tengok rumah itu ketika masih dalam belum siap dan kini telah siap sepenuhnya dengan kelengkapan rumah yang cukup.

"Cantiknya. Hubby!" Katanya dengan teruja. "I know Sayang." Balas Tengku Arash lalu dia memeluk pinggang Intan Sofea. Mereka berdua mengelilingi sekitar rumah baru mereka dan tempat terakhir ialah bilik mereka.

Sekali lagi Intan Sofea terlopong melihat bilik mereka yang dihias cantik. Siap ada kelopak bunga ros merah atas katil mereka. Macam tengah berhoneymoon lah pula.

"Besarnya katil ni. It can fit the whole family tau hubby." Komen Intan Sofea. Nak buat apa katil besar-besar ni? Ingat nak bawa anak gajah tidur ke?

"You can golek-golek as much as you want Sayang. Beside ok apa. Dari katil sempit. Nanti tiba-tiba Sayang ada nightmare hubby juga yang kena tendang." Tengku Arash berkata.

'Aku tak pernah mimpi buruk sampai tendang orang ok. Memfitnah je kerja dia ni.' Desisnya di dalam hati.

"What ever lah. Sekarang ni kemas baju masuk dalam almari ya Hubby. Kemas sendiri." Arahnya. "Yes ma'am." Jawabnya dengan gaya ala-ala askar.

"By the way Sayang. Selama ni hubby perasan yang Sayang ada banyak seluar pendek. Tapi tak pernah pakai pon." Katanya bila teringat tentang seluar pendek yang Intan Sofea pegang beberapa hari lalu.

"What do you expect Hubby? Saya pakai seluar pendek depan papa? Memang tak lah. Your room is my only privacy ok." Intan Sofea menerangkan.

"Ok i see. But now in this house only two of us. So.. you can freely wear that short. Any sexy dress you have ok? Only for my eyes." Kemudian dia tersengih gatal.

"Stop senyum macam tu lah Hubby. Its creppy ok. Tak suka lah." Intan Sofea sudah memandang tajam Tengku Arash.

"HAHA. Ok ok. Oh ya sebelum tu. Ni kunci rumah. Satu hubby pegang. Yang ni Sayang pegang. Remote control untuk bukak pagar nanti hubby bagi esok pagi. Kunci spare untuk pintu utama tu hubby letak dalam pasu kaktus kat luar tu. Sayang angkat je. Tu kaktus palsu jadi tak sakit. Bawah tu ada satu hubby sorok." Beritahunya lalu memberi kunci tersebut kepada isterinya.

 


 

              KEESOKAN harinya Tengku Arash memberi pula alat kawalan untuk membuka garaj mereka. Itu satu-satunya tempat yang Intan Sofea tak pernah masuk. Kata Tengku Arash tempat itu terlampau bersepah.

Selepas menyiapkan bekalnya Intan Sofea membawa beg tangannya ke pintu garaj. Kata Tengku Arash dia meninggalkan kereta Audi Q7 nya di dalam untuk dipakai oleh Intan Sofea.

Tengku Arash awal pagi lagi sudah berjalan kerja. Esok petang baru dia balik jadi tinggallah Intan Sofea seorang.

Lelaki itu tidak berapa risau kerana setiap 2 jam akan ada orang meronda di kawasan berhampiran rumahnya. Malah dia sudah mengupah 2 orang pengawal untuk menjaga rumahnya serta menjaga Intan Sofea yang seorang diri di dalam rumah luas itu.

Pengawal yang diupahnya akan meronda di kawasan dalam rumah setiap 4 jam pada setiap hari.

Intan Sofea terkejut bila melihat ada sebuah kereta honda civic di dalam garaj itu. Dia juga nampak ada sehelai kertas di dalam kereta itu namun dia menghiraukan sahaja.

Dia menuju ke kereta sebelah dan membuka kunci namun tidak dapat. "Aik? Asal pula tak dapat ni? Ke salah kunci." Bila dia tekan kereta honda civic itu pula yang unlock.

"Eh? Asal kereta ni? Hmm tak pa lah. Dah kena bagi kunci. Pakai ni je lah. Nanti bagitau dia." Intan Sofea bercakal sendiri sebelum masuk ke dalam kereta.

Bila dia baca kertas itu dia terkejut. "WHAT? Kereta untuk aku?" Dia berkata.

'This is for you Sayang <3 This car belong to you. Hubby daftarkan atas nama Sayang. Tapi setiap bulan hubby yang bayar. Sayang jangan terkejut pula. Nanti hubby terangkan. Btw ni hadiah perkahwinan dari hubby untuk Sayang. Take car this care. Love you <3'

"Hubby you don't have to do this." Rasa macam mahu menangis sahaja bila dia dihadiahkan sebuah kereta.

Pada esok petangnya Intan Sofea sudah berada di ruang tamu menunggu suaminya sampai. Semalam dia call Tengku Arash bertanya hal ini namun lelaki itu berkata biarlah dia balik dulu baru dia bagitau.

Agak lama juga Intan Sofea menunggu sebelum akhirnya dia tertidur sambil menonton tv.

Bila Tengku Arash masuk ke dalam rumah dia tersenyum melihat Intan Sofea yang sudah terlelap itu. Bukan lagi dia menonton tv tapi tv yang menontonnya.

Bagasinya diletak di tepi sofa sebelum dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Perlahan-lahan tangannya menyentuh pipi Intan Sofea.

"Yang. Bangun Yang." Dia mengejutkan isterinya itu. Intan Sofea jenis yang senang dibangunkan jadi sekelip mata sahaja dia sudah bangun.

"Eh hubby bila sampai?" Soalnya lalu menyalami tangan lelaki itu seperti biasa.

"Baru je. Ni kenapa tidur kat bawah? Kenapa tak naik atas? Dah lah pakai seksi. Kalau Arif meronda tadi macam mana? Nampak lah dia aurat Sayang ni?" Tegur Tengku Arash. Dia menampar perlahan paha isterinya yang terdedah itu.

"Sorry. Hah nak cakap ni. Kenapa hubby belikan kereta?" Tanya Intan Sofea.

"Your wedding's hantaran  kan? Tu salah satu dari hantaran kahwin yang hubby bagikan. You didn't remember dulu masa Sayang merajuk dekat hubby Sayang cakap yang kalau Sayang maafkan hubby masa tu hubby kena belikan kereta." Ujar Tengku Arash. Dia masih ingat lagi setiap perkataan yang dituturkan oleh Intan Sofea.

"Saya gurau je masa tu. Hubby ni ambil serius sangat. Tak perlu pun bagi saya kereta baru lah. Boleh je saya guna kereta hubby yang lagi satu tu kan? Membazir je." Ujarnya.

"Tak pa lah. Hantaran kahwin untuk Sayang juga. Tapi..." Hah ada tapi pula. Mesti ada syarat lah tu.

"Sayang kena jaga kereta tu elok-elok. Also you don't need to pay me for that car. Just give me a baby ok? Hubby harap sangat yang benih hubby melekat. Boleh kan?" Kemudian tangannya menyentuh perut isterinya. Dia berharap sangat agar isterinya mengandung.

Memanglah baru 1 bulan lebih mereka nikah namun dia tak sabar nak menimang cahaya mata pertama. "Saya bukan ada kuasa hubby. Rezeki dan anak tu kan rahsia Allah. Saya pun berharap juga saya mengandung. Tapi mungkin belum masanya lagi. Kalau saya tak period sebulan dua ni maknanya ada lah tu jadi. Ok?" Senyumannya berubah tawar.

"Hubby gurau je lah. Hubby tak kisah pun kalau Sayang tak mengandung lagi. We have a lot of times ok." Tengku Arash meraih tangan isterinya lalu dikucup. Intan Sofea senyum sahaja.


*****

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now