BAB 31

2.9K 106 0
                                    



       INTAN Sofea tunduk bersalam dan cium tangan Tengku Farida. Tengku Arash memerhati dari jauh. Isac tak benarkan dia menghampiri Intan Sofea dahulu. Tunggulah lepas majlis itu barulah Tengku Arash bertemu dengan tunangnya itu.

Seminggu yang lepas Tengku Arash dan keluarga dia datang meminang gadis itu.  Intan Sofea bagi jawapan yang dia terima. Dan harini majlis bertunang.

"Terima kasih sudi terima pinangan anak teruna mama" Ujar Tengku Farida. Intan Sofea senyum sahaja. Selepas Tengku Farida turun dari pelamin mini yang ditempah sendiri oleh Tengku Irham. Kemudian kawan baiknya pula datang.

"Tahniah Sofe kau dah bertunang. Tak sangka ek kawan aku yang sorang ni dah jadi tunang orang" Riuh terus di tempat pelamin mini itu bila suara Wani bercakap.

Selain Wani kawan baik dia Ira pun ada datang juga. Dira sahaja yang tidak dapat datang kerana kekangan kerjanya serta assignmentnya. Dia belajar sambil kerja. Eh kerja sambil belajar. Ah! Apa-apa je lah.

Ira dah kahwin. Suami dia orang Penang. Sanggup dia jauh dari Penang datang sini. Memang Intan Sofea terharu lah.

"Tahniah Sofe. Mesti hang lagi awal mengandung dari aku nanti" Ucap Ira pula. "Ish apa pula cakap macam tu. Lama lagi aku kahwin. Lagi 2 tahun lah. Lepas aku gradute baru kami nikah. Itu pun kalau jodoh panjang lah." Jawab Intan Sofea.

Masa Ira kahwin tahun lepas dia tak dapat datang sebab sibuk siapkan assignment. Dia ucap selamat pengantin baru je.

"Weii Ira laki hang mana?" Tanya Wani. "Ha'ah mana laki aku ek? Aku nak kenalkan dengan kau Sofe" Kata Ira. Matanya meliar mencari suami dia. Ira kemudian pergi mencari suami dia.

"Weii mana tunang kau?" Tanya Wani. Intan Sofea terus berubah masam. Tak suka dia dekat lelaki yang baru bergelar tunangnya itu. "Entahlah. Kisah apa." Jawab Intan Sofea dengan selamba. Malas nak ambil kisah pasal lelaki itu. Buat hatinya sakit sahaja.

Tidak lama kemudian Ira datang semula bersama suaminya. Dia memperkenalkan Intan Sofea kepada suaminya. Suami dia nama Hisyam.

Bila mereka sedang bersembang di pelamin mini itu Intan Sofea terasa ada orang mencuit bahunya. Bila dia toleh belakang lantas secara spontan mata kawan-kawannya membulat bila secara tiba-tiba Intan Sofea di peluk.

Di peluk di hadapan mereka.

Bila pelukan itu dileraikan secara spotan dia cakap. "Terima kasih sudi terima abang Rash" Kata Tengku Ariqah sambil tersengih 

"Hah korang kenalkan ni Ari. Adik tunang aku. Bakal adik ipar aku lah katakan."  Beritahu Intan Sofea memperkenalkan Tengku Ariqah kepada kawan-kawannya.  Wani dan Ira angguk kepala lalu bersalam dengan Tengku Ariqah sambil memperkenalkan diri masing-masing.

Mereka suka dengan bakal keluarga mentua Intan Sofea. Semuanya baik-baik. Ramah pula tu. Tadi pun sempat lah Wani berbual sekejap dengan Tengku Faridah. Banyak juga lah yang Tengku Faridah tanya padanya tentang Intan Sofea.

"Mana abang awak? Tak nampak pun? Dia tak nak bergambar dengan tunang dia ni ke? Dia pemalu ke?" Tanya Wani. Tengku Ariqah senyum sahaja.

"Tak. Ada tu hah kat luar tengah makan. Kejap ya Ari panggil abang." Katanya. Sebelum sempat Tengku Ariqah berlalu pergi tangannya dipegang. "Tak payahlah. Tak nak jumpa dia lah." Halang Intan Sofea.

"Kenapa pula? Akak macam tak suka je dekat abang tu. Abang sakitkan hati akak lagi ke?" Tanya Tengku Ariqah.

"Memang pun. Tak nak lah jumpa mamat tu. Dia tak datang lagi baik." Kejam sahaja bunyinya. "Tak pa. Ari panggil abang. Suruh dia minta maaf." Tengku Ariqah berkata sebelum pergi memanggil abangnya.

"Kau ni apasal Intan? Happy lah sikit. Hari pertunangan kau ni. Tak kan kau tak gembira. Ke sebab bergaduh dengan tunang kau tu?" Tanya Ira. Dia tidak berpuas hati dengan tingkah laku Intan Sofea ketika ini. Gadis itu amat ketara tidak suka akan majlis ini.

"Macam yang aku cakap. Aku bertunang dengan dia sebab permintaan ibu dan abah aku. Tak ada masa aku nak bercinta dengan dia. Lagipun mampu ke dia tahan 2 tahun? Mampu ke dia tunggu lagi 2 tahun? He already 30. I'm sure he don't want to get married lambat." Jawab Intan Sofea bersahaja. Mahu sahaja dia tanggalkan cincin pertunangan tersebut namun dia tak buat kerana ini menjaga air muka ibu dan abahnya. Dia tak nak menconteng arang ke muka ibu abahnya.

    DIANA dan Intan Sofea sama-sama duduk melepak di dapur membantu ibunya serta makciknya yang datang dari Pahang untuk mencuci segala pinggan mangkuk yang digunakan tetamu tadi.

Tengku Irham mahu menempah katering sahaja namun isterinya teruja dengan majlis pertunangan anak gadisnya itu sehingga dia sendiri menawarkan diri untuk menyediakan semua juadah. Majlis pertunangan tersebut diadakan secara kecil-kecilan sahaja atas permintaan Intan Sofea sendiri.

"Tak lama lagi bermenantu lelaki lah kamu Su." Kata Puan Masyitah yang merupakan isteri kepada pakciknya. Mereka sekeluarga datang jauh dari Pahang kerana ingin menghadiri majlis pertunangan anak buah perempuan mereka itu.

"Hensem ya tunang adik. Sepadan dengan adik. Tadi pun masa korang berdua duduk di atas pelamin sesuai sangat tau. Kalau boleh buat je majlis nikah dengan sanding sekali." Kata makciknya.

"Ish maklong ni tak nak lah. Intan nak belajar lagi. Tak nak lah kahwin awal." Ujar Intan Sofea. Dia teringat akan peristiwa petang tadi. Selepas semua tetamu balik ke rumah masing-masing Intan Sofea dan Tengku Arash disuruh oleh Isac untuk mengambil gambar bersama-sama di atas pelamin mini itu sebagai kenangan.

Dia malu bila dia diusik teruk oleh keluarganya serta kawan-kawannya yang hadir. Tak lupa juga kawan-kawan Tengku Arash yang galak mengusik mereka berdua ketika itu.

Intan Sofea tersenyum sendiri bila buat pertama kali dia berdiri dan duduk dekat dengan lelaki yang baru bergelar tunangnya itu. Tidak dinafikan dia agak gembira juga dengan majlis pertunangannya harini. Namun dia tetap dengan pendiriannya.

Dia memberi lelaki itu 2 tahun sahaja. 2 tahun untuk membuktikan lelaki itu bersedia memperisterikan dia. Jika Tengku Arash gagal dia tak kan teragak-agak untuk memutuskan pertunangan tersebut.

"Hah tengok tu ibu dia berangan pula. Ingat dekat Encik Tunang lah tu." Usik Diana.

"Eh mana ada lah kak. Adik cuma teringat pasal Ira. Dia mengandung sekarang ni. Katanya tak sabar nak dapatkan anak pertama. Saya gembira lah dekat dia." Intan Sofea termalu sendiri bila ditangkap oleh kakak iparnya yang dia sedang termenung jauh sambil tersengih.

"Oh Ira mengandung. Patut nampak sedikit bentuk perut dia." Kata Diana. Dia teringat ketika bertemu dengan kawan adiknya itu dia perasan ada benjolan kecil di sebalik baju kurung yang Ira pakai. Ternyata rupanya Ira mengandung.

"Baguslah tu. Diana bila lagi?" Usik Puan Suhaila . "Ibu ni. Kitorang baru kahwin tak sampai pun 2 bulan." Kata Diana. Mukanya yang berkulit putih itu kemudian bertukar merah.

"Mana tahu dah berisi kan. Kot-kot bunting pelamin." Usik Intan Sofea. "Mengada je kamu ni lah adik." Intan Sofea tersengih sahaja. Tak sabar untuk mendapat anak buah. Mesti comel macam kakak iparnya ini.

"Oh ya adik ada jumpa Arash tak lepas korang bergambar atas pelamin tadi?" Tanya Puan Suhaila. Kerja mencucinya sudah habis. Dia duduk bersama kakak iparnya di meja makan. Sama-sama Diana dan Intan Sofea yang sedang berpesta puding buah tersebut. Banyak lagi baki dari majlis tadi. Lagipun Intan Sofea tak makan sangat tadi. Sekadar mengalas perut sahaja.

"Tak ada. Kenapa?" Tanya Intan Sofea. "Tak da? Bukan Arash cakap nak jumpa ke? Adik ni." Diana berkata. "Oh. Buat apa? Malas lah." Katanya.

"Hmm tak pa lah sebelum kita berangkat lusa jumpa Arash ya sayang. Ada benda dia nak cakap." Beritahu Puan Suhaila. "Malas lah nak jumpa dia ibu." Katanya.

"Arash yang hantar kita lah. Jumpa dia sekejap je. Entah apa dia nak cakap dengan tunang dia ni." Puan Suhaila mengusik anak daranya.

******

Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now