BAB 17

3.3K 123 0
                                    

           INTAN Sofea tersenyum sambil bermain dengan anak kepada Tengku Arissa. Tengku Arissa suka tengok Intan Sofea bermain dengan anak dia. Luar rumah baru siap dibersihkan.

Tadi siang dorang buat rumah terbuka. Sekarang dah waktu malam. Intan Sofea memang rehat pada malam hari. Tak buat kerja sebab Tengku Faridah yang akan buat.

"Intan suka dengan budak kecil ya?" Tanya Tengku Arissa sambil mengusap perutnya yang berusia 8 bulan itu.

Intan Sofea angguk kepala. "Suka. Seronok tengok dorang macam anak sendiri pula" Tak kekok pun dia layan Hanna main. Tak macam Irdina dulu. Gadis tu memang kekok sangat. Tak pandai nak layan budak kecil. Tapi Intan Sofea lain.

Intan Sofea suka layan budak-budak. Terbayang-bayang suatu hari nanti anaknya juga akan comel macam anak Tengku Arissa ni. Dia cubit sedikit pipi tembam Hanna.

"Akak mengandung dah berapa bulan?" Tanya dia. "Masuk 8 bulan. Kali ni lelaki tau. Rash suka sangat. Lagi teruja dari suami akak sendiri. Dia kata ada lah kawan dia main nanti" Tergelak juga Intan Sofea dengar.

"Dah tak lama lagi kan?" Tengku Arissa mengangguk. "Dijangkan pertengahan bulan depan. Tapi tak boleh lah nak percaya sangat. Dulu masa Hanna akak lahirkan dia seminggu awal. Masa tu suami akak sibuk pula tu uruskan kes. Sampai dia jadi stress" Beritahu Tengku Arissa. Intan Sofea cuma cakap 'oh'.

Suami kak Arissa ni sama umur dengan kak Arissa juga. Peramah orangnya. Isac pun peramah juga. Seorang ja tak peramah. Tak lain tak bukan Encik Pilot bernama Tengku Arash.

Mesti lah Rash suka kan ada anak buah lelaki. Dia anak ke-2. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Tengku Faridah. Dia di tengah antara dua gadis itu. Macam dorang pula bodyguard dia.

Walaupun Tengku Arissa jarang balik di sini sebab dia kerja di Pahang, tapi Tengku Arash rapat dengan dia. Tiap kali ada peluang mesti dia akan buli kakak dia yang sorang ni.

Tengku Arissa kerja sebagai pereka fesyen  tau. Ada butik dekat KL. Memang popular lah butik dia tu.  Suami dia peguam tapi dalam masa yang sama ada business sendiri. . Ada rumah penginap di Genting Highland tu.

Harini Tengku Arash dah mula kerja semula. Dia bawa kapal pergi Indonesia. Ramai juga orang pergi bercuti di sana.

"Intan dah berapa lama kerja di sini?" Tanya Tengku Arissa. "Dah nak masuk 6 bulan juga lah" Jawabnya. Dia masih lagi bermain-main dengan Hanna.

"Ka ka" Sebut Hanna satu per satu. "Wah dekat kak Intan dia panggil kakak ya. Ari ni dia panggil maksu pula" Kata Tengku Ariqah. Dia memuncungkan bibirnya.

"Nampak sangat Hanna lagi suka Intan dari makcik sendiri" Usik Tengku Arissa. Tengku Ariqah mencebik lalu menyilangkan tangan dia di dadanya tanda dia merajuk.

Intan Sofea cuma tersenyum dan sambung bermain dengan Hanna. Geram dia tengok pipi tembam si kecil itu.


     JAM sudah menunjukkan pukul 10 pagi dan Tengku Arash baru balik. Tak lama pun dia di Indonesia tu bawa kapal. Pulang balik ja sebenarnya.

Dia ke dapur nak makan dan kelihatan anak buahnya di dapur. Kakak dia pun ada juga.

"Eh Rash bila sampai?" Tanya Tengku Arissa. "Tadi dalam jam 5 pagi" Jawabnya. Tengku Arisaa cuma mengangguk.

"Pakcik" Panggil Hanna. Tengku Arash melutut di hadapan anak buahnya. "Ya kenapa?" Tanya dia. "Ka ka" Dia tunjuk Intan Sofea.

Tengku Arash senyum senget. "Dengan Ariqah tak pula dia panggil kakak ya? Asal? Intan lagi tua kot dari Ari" Tanya dia.

"Ye lah tengok muka Intan ni. Macam masih budak sekolah. Lepastu bandingkan dengan Ari" Tengku Ariqah nampak lagi matang manakala Intan Sofea masih macam kanak-kanak ribena.

"Nak susu" Beritahu Hanna. Satu per satu perkataan itu dia sebut. "Eh umi lupa. Nah. Rash tolong ya?" Tengku Arash cuma angguk. Botol susu diserahkan kepadanya.

Tengku Arash kemudian membawa Hanna ke ruang tamu. "Hanna jom ikut pakcik" Terkedek-kedek Hanna berjalan mengejar pakcik dia yang berkaki panjang itu.

Tengku Arash ketawa kecil lalu mendukung Hanna. "Alah kesian dia terkedek-kedek nak kejar pakcik dia yang hensem ni" Tengku Arissa mencebik. Hensem lah sangat.

"Eleh mencebik konon. Tak pernah nak mengaku dia ada adik yang hensem" Kata Tengku Arash dengan bangga. "Hensem lagi abang Haiqal kamu. Lagi tinggi dari kau" Balas Tengku Arissa. Dalam keadaan bangga juga.

"Kalau tak hensem mana lah kakak nak kahwin dengan abang Qal. Kan bang?" Sempat lagi dia usik kakak sulungnya itu. "Hei!" Tengku Arash ketawa. Haiqal pun ketawa juga.

Nampak sahaja Tengku Arissa bangun Tengku Arash terus lari. "ARASH!" Jeritnya. Riuh terus villa itu dengan suara Tengku Arissa marah dan Tengku Arash ketawa.

"Dah. Dah lah tu. Ris kamu tu mengandung. Dan Rash. Sudah lah. Kamu ni kalau jumpa kakak kamu ja mesti nak menyakat" Tegur Tengku Faridah. Tengku Arissa dan Tengku Arash cuma tersengih.

Kemudian Tengku Arissa masuk semula ke dapur manakala Tengku Arash ke ruang tamu.

Dia baringkan Hanna di atas paha dia beralaskan bantal kecil milik Hanna. Kemudian botol susu diserahkan kepada Hanna. Laju sahaja Hanna ambil botol susu itu dari tangan pakcik dia lalu dihisap dengan rakus.

Tengku Arash tersenyum kecil. Dia buka tv dan pergi ke siaran HBO. Ada movie tengah tayang. Hanna suka lah dapat tengok sebab tu movie Moana. Movie kegemaran dia. Tengku Arash pun terpaksa lah layan juga. Kang dia tukar menangis budak tu. Dia usap kepala anak buahnya dengan lembut sambil dia memandang ke arah tv.

"Tengok tu Arash tu dah boleh jadi bapa budak tau. Dah tak kekok layan Hanna macam dulu" Ujar Tengku Arissa. Dia masih ingat masa adik dia tu pertama kali angkatan Hanna. Masa tu Hanna baru 3 hari lahir.

Punya lah takut. Nampak sangat dari riak wajah dia. Sampai dulu masa Tengku Arissa minta tolong dia basuhkan punggung Hanna yang baru siap buang air besar pun dia takut. Malu pun ada sebab nampak dengan mata dia tempat privasi si kecil itu.

Tapi sekarang tak. Dia dah tak kekok nak layan dan main dengan anak buah dia tu. Cuma dia masih malu dan tak nak tolong kalau bab mandikan atau bersihkan Hanna yang baru lepas buang air kecil mahupun buang air besar. Tak tahu lah macam mana kalau dia ada anak nanti.

"Ris nanti pantang di mana? Dekat rumah mama Haiqal ya?" Tanya Tengku Faridah. "Tak. Di sini lah ma" Dia lagi suka berpantang di rumah keluarga dia. Lagi selesa.

"Lagipun ma seminggu sebelum Ris beranak ada jiran buat kenduri kahwin. Rumah yang  berdepan dengan rumah mak tu" Beritahu Haiqal.

Dia nampak sangat isteri dia ni lagi selesa berpantang di rumah mama dia sendiri. Dia tak boleh nak larang. Lagipun dia tahu mesti Tengku Arissa nak berpantang dengan selesa tanpa perlu wujud rasa segan.

"Oh ya Isac mana? Tak nampak pun" Tanya Haiqal. Tak ada pula dia jumpa mamat tu selama dia dengan isteri dia datang.

"Oh. Isac balik Switzerland lah. Dia nak beraya di situ. 2 hari sebelum hari raya dia balik. Nak beraya dengan abah dia" Jawab Tengku Faridah.

Haiqal dan isteri dia cuma angguk kepala. Patut batang hidung dia tak nampak.

"Dia masih cari adik dia ke?" Tanya Tengku Arissa. Tengku Arash yang berada di ruang tamu menjawab. "Ya. Masih. Entah jumpa ke tidak".

"Hmm betul tu. Sejak abah dia bagitau yang dia ada adik terus dia cari. Dia ada tanya abah dia siapa nama adik dia. Tapi abah dia tak tahu. Korang tahu juga kan mak dia lari masa mengandungkan adik dia. Mereka tak pernah jumpa pun budak tu" Kata Tengku Farida.

*****
Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now