TENGKU Arash dan Intan Sofea bersiap di bilik berasingan untuk menjimatkan masa. Tempat jam 4 petang nanti majlis bersanding bagi pihak Tengku Arash akan berlansung sehingga pukul 10 malam."Fuiyoo pakai tuxedo si kawan. Kenapa kau tak pakai je baju seragam pilot kau tu?" Tanya Fakrul yang baru muncul itu. "Kau gila ke? Nanti bini aku marah. Woooo bini macam tak caya lah. HAHA. Dia tak nak aku pakai baju tu sebab nanti nampak macam menunjuk pula." Katanya sambil membutang baju kemeja putihnya satu per satu.
"So macam mana perasaan kau menjadi suami dia semalam? Kau berdua buat apa lah semalam? Dah rasmi ke?" Sengaja si mamat otak kuning ini mengusik. Maafkan saya wahai Fakrul tapi ramai lagi masih suci dan bersih otaknya tau. Jangan nak cemarkan mereka.
"Semalam? Tak de apa-apa pun. Saja bual-bual kosong. WOI kau ingat aku kahwin sebab tu je ke? Bongoknya kau ni." Nasiblah Fakrul berdiri jauh darinya jika tidak sudah lama dia menendang lelaki itu.
"Wei Rash ni ke bilik korang malam ni? Bersepahnya lah." Tanya Fakrul bila melihat keadaan bilik tersebut.
"Tak. Ni tempat aku tukar baju je. Bilik kami di tingkat 5. Sofea kat sana tengah bersiap dengan kawan-kawan dia." Jawabnya.
"Mesti bersepahkan? Ye lah perempuan kan? Kalau bersiap mesti macam kena landa tsunami." Ujarnya. "Tak lah. Lepas dah siap dorang tu lari lah. Kau ni pun. Lagipun nanti ada pekerja hotel tolong kemas balik. Baru ada vibe malam pengantin. Ah gitu." Dia sudah terbayang apa yang bakal berlaku. Ya Allah dasar otak kuning mamat sorang ni lagi.
"Woi Syafik kau jadi pengapit aku boleh tak?" Tanya Tengku Arash kepada Syafik yang asyik bermain PUBG.
"Aku? Asal pula? Tak nak lah." Jawabnya. "Kalau kau jadi pengapit aku kan Fik aku kenalkan dekat kawan-kawan bini aku. Dia ada kawan dari Swiss tau. Orang Islam pula tu. Mana tahu jodoh kau." Sengaja dia pancing lelaki itu untuk bersetuju.
"Ye ke? Biar aku je lah jadi pengapit." Tiba-tiba Muaz menyampuk. "Woi kau dah berbini bodoh. Nanti apa Syira cakap kalau nampak kau mengorat. Boleh bergegar dewan tau." Tengku Arash mengingatkan Muaz tentang isterinya iaitu Insyira.
"Eh lupa dah berbini. Ingatkan masih bujang." Kemudian Muaz tersengih.
Tengku Arash berdiri di hadapan pintu lif menunggu lif sampai. Intan Sofea sudah memaklumkan bahawa dia sudah turun.
Lelaki itu kelihatan gementar menanti lif itu. "Kau naik lif sama dengan aku kan?" Tengku Arash bertanya kepada Haikal. "Tak. Naik asing. Kau dengan Intan je lah satu lif. Jangan buat benda bukan-bukan sudah ya. Cctv tu ada Rash." Haikal bergurau.
"Ye aku tahu lah." Tidak lama kemudian pintu lif di hadapannya terbuka. Ada Mira, Ira dan Wani di dalamnya. "Ok lah Sofe kami sampai di sini sahaja ya." Mereka bertiga segera keluar dan memberi ruang untuk Tengku Arash masuk.
Lelaki itu terpaku melihat isterinya yang kelihatan sungguh cantik di dalam gaun berwarna ungu muda itu.
"Sayang you look very beautiful. I can't explain how beautiful you are Sayang sebab you too perfect for me Sayang." Pujinya. Tangan Intan Sofea diraih lalu digenggam.
"Sejak Hubby jadi suami saya kan semakin menjadi-jadi cringy lah." Ujarnya. Wait what? Hubby? Euww seriously Intan?
Sebenarnya semalam lagi mereka sudah berbincang untuk menukar nama panggilan. Tak manis lah kalau panggil 'kau' - 'aku' kan?
"Hubby pun nampak much handsome in this tuxedo."
"Dah tahu lama dah. Memang hensem pun suami Sayang ni." Dengan yakin Tengku Arash membalas. "Hmm ye lah. Tak boleh puji sikit mesti nak cakap lebih-lebih." Bebelnya. Tengku Arash sekadar tersenyum sahaja.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...