BAB 26

3.4K 124 10
                                    




    INTAN Sofea naik ke atas dengan segera. Sampai sahaja mereka dia segera keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke dalam bilik pintu dihempas dengan kasar. Puan Suzana yang sedang mengemaskan ruang tamu di bawah pun terkejut dia.

"Angah kenapa adik tu?" Puan Suhaila  bertanya kepada Isac yang baru sahaja masuk ke dalam.

Isac cuma geleng kepala dan angkat bahu. Tak tahu kenapa dengan adik dia tu.

"Tak pa nanti angah tanya ya?" Ujar Isac .

Intan Sofea tidak kisah dia hempas pintu itu dengan kuat. Tanpa menanggalkan tudunya dia baring meniarap di atas katil sambil menangis.

Kata-kata kesat dan hinaan Tengku Arash terhadap dia dan ibunya. Dia malu kerana lelaki itu sekali lagi memijak maruah dia. Maruah dia sebagai seorang perempuan.

'Tak sangka pula sepupu aku ni anak pelacur. Macam mana ibu kau boleh jumpa dengan pakcik aku ya? Kau dengan mak kau tiada beza. Nasiblah Isac dengan Isyam bukan abang kandung kau kan? Nasib dorang bukan lahir dari rahim mak kau yang jijik tu'

Itulah apa yang Tengku Arash kata kepadanya. Lelaki itu bukannya nak minta maaf atas kesalahan dia yang dahulu. Malah makin menjadi-jadi.

Dia dah penat dengar hinaan dari lelaki itu. Sakit di hati. Dendam dia semakin bertambah terhadap lelaki itu.


   TENGKU Irham pelik bila malam itu anaknya yang sorang itu tidak turun. Tengku Irham pandang ke arah Isac. "Angah adik mana?" Tanya Tengku Irham. "Dari tengah hari tadi dia berkurung lepas balik keluar dengan abah. Tak nak keluar. Angah dah cuba pujuk tapi dia tak buka pintu. Entah kenapa" Jawab Isac.

"Sayang. Sayang tahu kenapa?" Tengku Irham tanya Puan Suhaila pula. Puan Suhaila cuma geleng kepala. Dia pun tak tahu kenapa.

"Kunci pendua akan kan abah?" Tanya Isac. Semua kunci spare untuk semua bilik di dalam villa ni abah pegang. Kalau ada apa-apa terjadi senang.

Tengku Irham angguk kepala. "Nanti abah tanya dia ya? Pujuk dia" Kata Tengku Irham.

Selepas sahaja makan malam dia menuju ke bilik anak daranya. Dari luar nampak gelap sahaja. Tiada cahaya keluar dari lubang di bawah pintu.

Dia mula risau dengan anak dia yang sorang ni. Kenapa pula Intan Sofea tiba-tiba begini? Selama ni tak pernah mula anak gadisnya itu begini.

Tengku Irham ketuk itu perlahan sambil melaung nama anaknya. "Intan sayang buka pintu ni. Lama tau adik tau turun bawah. Sayang bukalah pintu. Abah ni" Dia cuba memujuk anaknya tapi gagal.

Puan Suhaila  kemudian turut sama cuba memujuk Intan Sofea. Namun hampa anak gadis mereka tidak mahu membuka pintu.

"Angah ambil kunci dalam laci dekat bilik" Kata Tengku Irham. Isac cuma angguk kepala lalu menuju ke bilik parents dia.

Kemudian dia datang semula bersama kunci spare. Abah terus guna untuk buka pintu bilik anaknya.

Bila dia masuk ja bilik anak dia gelap sangat. Lampu tak pasang. Langsir ditutup. Lampu kecil di sebelah katil pun tak berpasang.

Puan Suhaila  terus tekan suis. Terang terus bilik anak dara mereka.

Intan Sofea lantas baling bantal dia ke arah mereka. Nasib abah dan ibu sempat elak tapi Isac tak. Dia melangkah masuk je ada sebiji bantal melekat di muka dia.

"KELUAR" Jerit Intan Sofea. Nampak sangat anak gadis mereka kelihatan kusut. Dengan bilik berselerak.

Ada sebuah cermin pecah di lantai. Dan di tangan dia pula dia sedang pegang serpihan kaca itu. "KELUAR" Jerit dia lagi.

"Adik kenapa ni? Hei kenapa ni?" Tanya abah. "Aku kata KELUAR" Dia letak serpihan kaca itu di tangan dia.

Abah dan yang lain dah kalut tengok Intan Sofea berkelakuan begitu.

Telefon dia pun pecah juga. Selamat masuk dalam tong sampah. Tapi masih boleh dihidupkan lagi.

"Intan kenapa ni? Cakap dengan abah. Bukan ini cara dia sayang. Letak kaca tu atas meja" Pujuk abah perlahan-lahan.

Intan Sofea masih berdegil. Serpihan kaca itu dia masih genggam. Digengggam dengan kuat sampai boleh nampak darah keluar dari celah jari dia.

Tiba-tiba dia menangis dan hiris tangan dia sendiri. Darah merah pekat muka mengalir keluar. Tidak lama kemudian penglihatan dia kabur. Dia mula rebah.

" YA ALLAH ADIK" Jerit Puan Suhaila. "Angah telefon doktor Nina" Arah abah. Isac cuma angguk. Dia segera mendail nombor telefon doktor peribadi mereka.

Doktor Nina sampai lebih kurang dalam 10 minit kemudian. Dia terus memeriksa Intan Sofea. Tangan gadis itu yang luka dia balut. Tak lupa juga letak ubat.

"Mengikut pemeriksaan dia nampak stress. Paras gula dia rendah. Tekanan darah dia naik mendadak. Untuk pemeriksaan lanjut saya rasa lagi bagus bawa dia pergi hospital. Mungkin saya terpaksa tahan untuk pemeriksaan seterusnya" Beritahu Doktor Nina.

Tengku Irham dan Puan Suhaila cuma angguk kepala. Isac teringat akan telefon adik dia yang pecah itu. Dia segera ambil dan buka.

Dia tahu dia menceroboh masuk privasi adik dia tapi dia tahu mesti ada kaitan dengan telefon adik dia. Kalau tak kenapa telefon tu pecah.

Betul tekaan dia. Semua berpunca dari telefon. Tengku Arash punca utama. Dia baca semua whatsapp yang dihantar oleh lelaki itu.

Semuanya berunsur kebencian Tengku Arash terhadap adik dia. Segala makian dan penghinaan. Tengku Arash juga cakap 'kau tak layak hidup'.

Mesti sebab itu adik dia cuma nak ambil nyawa sendiri. Isac mula panas. Dia bagi Isyam baca tu. Isyam pun pasan juga. Tapi telefon tu dia tak bagi dekat abah dan ibu. Hal ni biar dia dan Isyam yang settlekan.

   MEREKA berdua pandang Tengku Arash yang sudah terduduk di lantai. Bajunya kotor dengan darah sendiri. Bibirnya pecah akibat ditumbuk oleh Isac. Isac memang jenis yang paras baran.

Lebih-lebih lagi kalau berkaitan adik kesayangan dia. Memang dia tak boleh nak duduk diam sahaja. Dia sudah sakitkan adik dia. Dia kena terima balasan dari abang-abang adik dia.

"Aku dah kata kan aku tak suka orang cari pasal dengan aku. Lebih-lebih lagi bila ini berkaitan adik aku. Kau nak apa sebenarnya Rash? Tak cukup kau buli dia masa dia jadi pembantu rumah kau dulu?" Kata Isac. Mata helangnya pandang sahaja lelaki itu.

Nasib baiklah sekarang Tengku Arizal dan Tengku Farida tiada di rumah. Mereka berdua ini merempuh masuk sahaja lalu terus Isac tumbuk Tengku Arash. Memang lelaki tu terkejut habis.

"Intan Sofea adik aku. Adik kandung aku. Ibu dia ibu aku. Ya memang ibu aku dulu begitu. Tapi dia berubah bila jumpa abah aku. Kau siapa nak ubah takdir? Kau tuhan? Tak kan" Tambah Isac lagi.

"Kau hina dia umpana kau hina ibu aku. Aku paling pantang tau jumpa lelaki dayus macam kau. Yang suka buli perempuan dan sakitkan hati dorang. Lelaki yang bertuhankan dunia semata-mata. Kau patut tak wujud. Kau yang sepatutnya mati." Isyam cuma peluk tubuh.

"Ni last warning dari aku. Kalau kau buat lagi siap kau. Aku tak kisah lah pasal kau tu saudara aku. Aku bawa kau naik mahkamah terus" Katanya.

"Dan kau akan dapat lebih daripada ni Rash. Kau sentuh dan kacau lagi adik aku kau siap. Siap kau aku kerjakan. Kau kena minta maaf dengan adik aku. Minta maaf dengan dia dalam masa terdekat. Minta maaf dengan dia sampai dia maafkan kau. Kau berlututlah selagi dia tak maafkan kau. Along jom balik" Kata Isac.

Mereka berdua meninggalkan Tengku Arash seorang diri. Membiarkan dia sendiri.

*********

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now