PUAN Suzana mempersilakan tetamunya itu duduk. Alhamdulillah masih ada insan yang sudi datang melawatnya.
"Dah berapa lama masuk sini?" Tanya Tengku Faridah. Aku kesian tengok keadaan ibu Intan ni. Patutlah dia bersungguh-sungguh nak cari kerja. Rupanya ini lah sebab dia. Aku tengok ibu dia ni kurus sangat. Dah nampak tulang.
"Dah dekat 4 bulan juga. Lepas je Sofea ni dapat keputusan spm dia saya terus masuk hospital. Masa tu baru saya tahu yang saya ada kanser rahim. Mungkin kesan dari perbuatan saya dulu. Mesti Allah masih marah dekat saya" Ucapnya.
"Su tu kan kisah lama. Janganlah awak kenangkan. Dah lama pun kan? Intan pun dah besar sekarang" Kata Tengku Arizal pula. Intan Sofea seperti tadi cuma mendiamkan diri.
"Ibu Sofea keluar kejap boleh?" Tanya Intan Sofea. "Pergilah Sayang" Kata Puan Suhaila. Dia bersalam dengan ibunya lalu keluar dari bilik berkenaan. Mungkin ada yang hendak dia buat.
"Dia dah pernah jumpa siapa bapa kandung dia?" Tanya Tengku Arizal setelah Intan Sofea keluar. "Belum. Tunggulah dia masuk 18 tahun bulan 9 ni baru saya bawa jumpa bapa kandung dia. Itupun kalau umur masih panjang" Beritahu Puan Suhaila. 5 bulan lagi.
Sehingga kini Intan Sofea tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya. Sedangkan gambar bapa kandungnya pun dia tidak pernah nampak.
"Muka dia semakin besar ni semakin mengikut iras wajah awak tau" Beritahu Tengku Arizal. Sebab tu lah aku teringat dekat ibu dia. Suzana junior tempat aku sekolah dulu. Memang aku terkejutlah dapat tahu tentang pekerjaan dia. Tapi dia dah lama bertaubat. Beberapa tahun sebelum Intan anak dia lahir. Lagipun dia buat semua tu sebab terpaksa nak bayar hutang abang dia yang suka main judi tu.
Siapa lah kita hendak menghukum dia. Dia sudah bertaubat. Jadi tidak perlu lah untuk mengungkit semula kisah silamnya.
"Saya pun dah tak tahu di mana bapa kandung dia sekarang. Last saya jumpa dia masa Sofea tahun 6 itupun terjumpa. Lepas tu saya dah tak jumpa dia lagi" Beritahu Puan Suhaila.
Tengku Arizal sangat mengenali ayah kandung Intan Sofea. Mana mungkin dia tidak kenal jika lelaki itu seseorang yang dia rapat. Tapi dia malas lah nak cakap banyak sebab dia tahu pasti ada sebab kenapa ibu bapa gadis itu berpisah. Bukan dia tidak tahu puncanya. Tapi biarlah rahsia.
"INTAN tolong ambilkan dulu tu ayam" Kata Tengku Faridah. "Nak letak dekat mana ni Tengku?" Tanya Intan Sofea. "Letak ke dulu atas meja tu. Meh tolong basuh sayur ni" Kata Tengku Faridah lagi.
"Ma. Oh ma" Panggil Tengku Aqirah pula. "Apa? Dok jerit-jerit. Meh sini tolong kakak Intan kamu basuh sayur. Kamu tu anak dara kena lah belajar" Bebel Tengku Faridah. Like brother like sister Tengku Ariqah membalas dengan sengihan. Abang dengan adik sama je perangai.
"Tersengih-sengih. Meh tolong sini. Jangan nak jadi pemalas" Marah Tengku Faridah. "Orang nak tolong lah ni. Mama ni kan. Membebel je kerja" Jawab Tengku Ariqah. "Hah menjawab-menjawab" Intan Sofea cuma menjadi penonton.
"Akak supportlah Riqah" Kata Tengku Ariqah kepada Intan Sofea. "Tak malu minta support dengan kakak Intan kamu" Kata Tengku Faridah.
"Biarlah" Balas Tengku Ariqah. Sedang Intan Sofea memerhati gelagat anak beranak itu tudungnya ditarik dari belakang. Lantas riak wajahnya berubah. Dah tahu siapa yang suka tarik tudung dia.
"Weii minah buatkan aku milo ais. Tanpa ais" Arah Tengku Arash. "Milo ais tanpa ais? Awak dah gila ke?" Tanya Intan Sofea. Tidak pernah lagi sebelum ni dia buat milo ais tanpa ais. Baik kata milo panas je.
"Tak aku tak gila lagi. Buatkan tau. Kalau tak aku tolak gaji kau" Ujarnya lalu berlalu pergi. Meninggalkan Intan Sofea dalam kekeliruan. Milo ais tanpa ais? Mamat ni sakit ke apa.
"Kenapa Intan? Rash nak apa tu?" Tanya Tengku Faridah. Dia perasan yang gadis di hadapannya itu penuh dengan kekeliruan. "Err Arash tu hah Tengku. Dia nak minta buat air. Milo ais tanpa ais" Beritahu Intan Sofea sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Boleh pening dengan permintaan Tengku Arash itu.
"Abang Rash tu memang gila sikit kak. Selalu tu dia minta Makjah macam tu. Makjah apa lagi ketuk kepala dia dengan senduk. Maksud abang tu milo panas lah. Tapi bukan yang terlampau panas. Suam-suam macam tu" Beritahu Tengku Ariqah.
"Nah milo ais awak tanpa ais" Kata Intan Sofea sambil menyerahkan mug berisi air milo suam. "Perli nampak? Letak je atas meja tu. Dah pergi jauh-jauh" Halau Tengku Arash. Sedap hati dia je halau aku? At least cakaplah terima kasih. Dasar tak kenang budi.
"Oh lupa. Terima kasih minah" Ucap Tengku Arash seperti dia dapat membaca minda gadis berkenaan. Intan Sofea pula memberi senyuman kelat kepadanya. Kantoi.
SEISI keluarga Tengku Arizal cuma menyepi apabila Irdina datang. Konon nak melawat Tengku Faridah setelah mendengar berita bahawa Tengku Faridah jatuh sakit.
"Mama duduk diam je ye? Biar saya tolong picitkan kepala mama" Katanya dengan suara yang lembut. Tengku Ariqah pula menunjukkan muka yang menjengkelkan. Tak suka akan kedatangan kekasih abangnya itu.
"Tak pa lah Irdina. Makcik ok. Lagipun ada ni anak bongsu boleh tolong. Kan Riqah?" Balas Tengku Faridah. Lantas Tengku Ariqah mengangguk.
Terus Irdina tersenyum tawar. "You i hauslah. Mana pembantu rumah baru tu? Suruh dia buatkan i air" Adu Irdina kepada Tengku Arash. Tengku Ariqah pula menayangkan muka yang menjengkelkan. Kau ingat kau ma'am besar kah di dalam rumah ini? Tahu lah tetamu tapi tak ada tetamu tak tahu malu suruh-suruh orang buatkan air buatnya.
Tidak lama kemudian Intan Sofea datang membawa dulang berisi air. "Lembabnya lah pembantu rumah you ni" Ejek Irdina. Intan Sofea cuma tersenyum tawar. Lantak dia lah nak cakap apa pasal aku asalkan aku datang sini untuk kerja bukan nak tergedik-gedik dengan si Tengku Arash. Ucapnya dalam hati.
Selepas menghidangkan air dia segera masuk semula ke dapur hendak menolong MakJah menyediakan makam malam. Nanti tak tolong MakJah ada pula kena cakap berat tulang.
"Siapa yang datang tu?" Tanya MakJah. "Teman wanita Tengku Arash" Jawab Intan Sofea. "Bila dorang nak nikah?" Tanya MakJah lagi dan membuatkan Intan Sofea terkejut dengan pertanyaan tersebut. "Apa dia?" Kata Intan Sofea.
"Kan dah bawa jumpa parents. Apa nak tunggu lama-lama nikah terus lah. Daripada dorang asyik buat dosa" Kata MakJah. 'Buat dosa? Apa yang MakJah maksudkan? Tengku Arash dan Idrina buat dosa? Maknanya......' Terus Intan Sofea menoleh memandang semula ke arah ruang tamu melihat ke arah Tengku Arash dan juga kekasihnya yang sedang elok bergurau di sana.
Irdina dah tak suci?
*******
Seperi biasa jangan lupa tekan vote ya
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...