BAB 28

3.2K 126 1
                                    




      INTAN Sofea pandang abah dan ibu. Mereka berdua senyum sahaja. Tengku Farida dan Tengku Arizal pun ada juga.

"Ibu kenapa ni?" Tanya Intan Sofea. Tengku Farida yang tadi duduk di sebelah dia berpindah duduk di sebelah Intan Sofea. Gadis itu kini berada di antara Puan Suhaila dan Tengku Farida.

Tiba-tiba Tengku Farida raih tangan dia dan genggam. "Mama dah lama tunggu tau. Intan sayang nak tak Intan kahwin dengan Arash?" Bulat mata Intan Sofea terus. Mama? Kahwin? Apa ni.

Tadi dia sibuk nak tolong urus dewan. Along dia bersanding di dewan sahaja. Esok mereka nikah dan malam pula majis bersanding. Sekali buat sahaja. Atas persetujuan keluarga kak Diana dan keluarga mereka.

"Apa maksud mama?" Dah wanita itu gelar diri dia mama. Ikut je lah. "Arash anak mama tu. Dia suruh masuk meminang Intan. Kalau Intan setuju 3 minggu dari sekarang kita adakan majlis pertunangan ya sayang?" Kata Tengku Farida dengan lembut.

Intan Sofea segera pandang Puan Suhaila. "Ibu dengan abah sokong je. Keputusan di tangan adik" Dia bingung sebenarnya.

Dia penat baru balik dari dewan pastu tiba-tiba pula dapat berita begini. Aku nak rehat ni wei!

"Err.. maaflah ma. Intan belum ada jawapan lagi. Lagipun mama Intan nak sambung master untuk 2 tahun lagi" Katanya. Dia tersenyum tawar. Tak nak perasaan  wanita tua ini tersinggung.

"Tak pa mama faham. Pelajaran tu penting untuk masa depan Intan. Tapi mama harap lepas Intan habis belajar dah ada jawapan yang sayang?" Intan Sofea cuma sekadar tersenyum hambar.

Kemudian mereka berbual-bual. Berbincang pasal along dia pula.

    AKAD nikah berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz sahaja kak Diana sah jadi isteri kepada along. Sempat juga tadi Intan Sofea pesan dekat kakak ipar baru dia tu. 'Jaga along baik-baik ya' Itu pesan itu. Kak Diana senyum sahaja.

Tadi tengah hari masa tok kadi kata Alhamdulillah terus kak Diana menitiskan air matanya. Dia memeluk terus Intan Sofea yang duduk di sebelah dia.

Kak Diana tiada adik perempuan. Semua lelaki. Hensem-hensem pula tu. Sempat juga mereka usha Intan Intan Sofea tadi. Kak Diana usik sahaja. Tapi Isac mengecam semua adik beradik kakak iparnya yang cuba nak mengorat adiknya.

Sekarang Intan Sofea tengah sibuk jadi penyambut tetamu sambil-sambil itu dia menyerahkan doorgift kepada tetamu yang datang.

Pasal pinangan Tengku Arash kelmarin dia masih belum ada jawapan sebab dia tak terfikir pun. Dia masih sibuk nak bantu along dan kakak ipar dia. Lagipun dia tak nak buat semua ni tergesa-gesa. Banyak lagi benda yang dia nak buat dan paling penting dia nak dapatkan master sebelum menamatkan zaman bujangnya. Dia masih muda baru 22 tahun dan tak nak terikat dengan mana-mana lelaki.

Dia senyum sahaja bila ada lelaki-lelaki bujang cuma nak ngorat dia.

Isac yang duduk di meja berhampiran adik dia cuma pandang tajam ke arah lelaki-lelaki itu.

Intan Sofea berjalan menuju ke tempat angah dia. Along dia masih bergambar di atas pentas untuk album gambar mereka. Tadi ada juga 2 atau 3 kali dia menyibuk nak ikut sama.

"Angah kawankan adik pergi solat" Dia belum lagi solat isyak. Maghrib tadi dia solat dengan ibu dia. Tak nampak pula mana ibu.

"Hah jom lah. Angah pun tak solat lagi. Weii Fak kau dah solat?" Tanya dia. Fakrul angguk kepala. Dia baru sampai. Mungkin ada singgah mana-mana masjid atau surau sebelum datang.

"Aku pergi solat dulu dengan adik aku. Nanti aku datang balik. Adik jom" Intan Sofea cuma angguk dan ikut belakang angah dia.

Sampai sahaja Tengku Arash dia segera ke majlis sepupu dia tu. Masih dalam seragam pilot dia. Tadi masa dia masuk kebanyakan dari anak-anak dara di situ mengerling ke arah dia. Tengku Arash selamba je ignore dorang.

I'm The One Where stories live. Discover now