TENGKU Faridah kelihatan sungguh rapat dengan Intan Sofea walaupun baru 1 minggu gadis itu bekerja di sana.
"Oh ya? Jadi si Ariqah tu balik harini?" Tanya Intan Sofea. Tangan mereka berdua kelihatan lincah mengupas kulit bawang. Makjah pun turut sama.
"Dari minggu lepas Ariqah asyik kata yang dia nak sangat jumpa dengan Intan. Katanya gembira ada kawan baru. Ye lah nak harapkan kakak dia tu balik selalunya balik waktu raya je lah" Kata Tengku Faridah. Maklumlah anak sulung Tengku Faridah sudahpun berkahwin dan mestilah dia akan ikut suaminya kan.
'Sebab tu lah selama seminggu aku kat sini aku tak pernah nampak muka suami Tengku Faridah. Rupanya dia pergi luar negara sebab bisnes. Jadi Ariqah ikut sama katanya bosan duduk rumah.' Desisnya di dalam hati. Dan apabila dia dengar yang dorang ada pembantu rumah dan pembantu rumah tu muda terus Ariqah tak sabar nak balik. Gembira sangat dapat kawan bergosip.
"Ma Arash pergi keluar kejap" Beritahu anak terunanya. "Keluar saja lah kerja kamu. Asal cuti je keluar. Tak penat ke hah? Kamu baru balik kot. Ni tak asyik keluar dengan Irdina je. Suruh kahwin tak nak tapi perempuan tu terhegeh-hegeh nak jumpa kamu" Bebel Tengku Faridah.
Seperti biasa anaknya itu hanya tersengih. Dah lah rabu lepas anak aku ni pi Dubai bawa kapal. Balik je harini dah nak keluar balik? Penat aku nak larang. Buang air liur je.
"Tengok tu orang cakap dia tersengih pula. Tak faham lah mama dengan kamu ni. Dah pergilah jumpa dia tu. Nanti suatu hari nanti dia tinggalkan kamu Arash jangan nak menyesal pula. Masa tu barulah kamu nak makan nasihat mama ni" Bebel Tengku Faridah lagi.
"Bercinta lah kamu berjuta-juta tahun sekali pun kalau dia tu bukan jodoh kamu memang kamu tak kan kahwin dengan dia. Last-last orang yang dekat juga kamu cari. Percayalah cakap mama ni" Sambungnya lagi.
"Rash yakin ma Irdina tu jodoh Rash. Dah lah Rash pergi dulu" Katanya lalu bersalam dengan Tengku Faridah.
"Nampak macam Tengku tak suka je dengan kawan Arash tu" Kata Sofea apabila dia tidak nampak kelibat lelaki yang baru sahaja menerima ceramah dari Tengku Faridah.
"Memang. Tak suka la makcik dengan dia tu. Baju singkat. Skirt aras paha. Kenapa dia tak cukup duit ke nak beli kain? Kata anak dato. Kedekut sangat. Tak suka makcik kalau budak tu jadi sebahagian daripada keluarga ni" Jawab Tengku Faridah.
"SAYANG lambatnya you sampai. Penat tau i tunggu" Beritahu Irdina kepada Tengku Arash. "Sorry lah darling. Tadi mama i tu membebel pula" Balas Arash. Tangan kekasihnya itu dikucup.
"You ada tak nak order apa-apa? I belanja " Tanya Tengku Arash kepada kekasihnya itu. "Macam biasa lah" Jawab Irdina sambil bermain-main tangan kekasihnya itu. "Sayang malam ni pergi pub nak ke? Dah lama tak pergi sama-sama" Ujar Irdina. Tengku Arash hairan sekejap. Selama dia hidup tak pernah lagi dia menjejakkan kaki ke tempat haram itu. Bila masa pula dia ke sana bersama Irdina?
Dia ingin bertanya dengan siapa kekasihnya itu pergi. Tapi nanti lah. Takut pula bergaduh lagi mereka.
"Malam ni tak tak boleh keluar pi mana-mana Sayang. Papa i baru balik jadi mesti dia akan ada di rumah. Kalau nak you datang rumah i lah macam mana?" Kata Arash. Memang kalau Tengku Arizal ada kat rumah Arash tidak berani untuk keluar malam.
"Ish tak nak lah. Nanti papa you tarik muka lagi nampak i ni Sayang." Bukan dia tidak tahu. Papa kepada Tengku Arash bukannya suka padanya. Bukan setakat papa, ahli keluarga yang lain pun bukannya berkenan sangat dengan dia ini walaupun sudah lama dia dan Tengku Arash bercinta. Bukan setahuk tapi dah bertahun-tahun.
Ini kerana mereka bertemu semasa di tingkatan 3. Masa tu Irdina baru pindah. Mereka juga merupakan rakan sekelas. Entah bagaimana mereka boleh bercinta. Jadi sejak dari tingkatan 3 mereka bercinta sehinggalah sekarang. Walaupun sebenarnya mereka pernah break beberapa kali.
"Masa ni lah you nak ambil hati papa dengan mama. Kata nak kahwin kan?" Lambat-lambat Irdina mengangguk. "Ok fine. Nanti ambil dekat rumah ." Kata Irdina. Tengku Arash cuma mengangguk. Tidak lama kemudian makanan yang mereka pesan tiba.
Sementara itu di rumah Tengku Arizal asyik memandang wajah Intan Sofea berkali-kali. Seperti dia tidak percaya akan gadis di hadapannya itu mempunyai wajah yang seiras dengan seseorang yang dia kenal.
"Betul ni kamu ni Intan Sofea?" Tanya Tengku Arizal lagi. "Dia lah. Jadi siapa lagi? Kenapa ?Abang kenal ke dengan Intan?" Soal Tengku Faridah. "Mak dia Abang kenal. Anak kepada Suhaila kan?" Teka Tengku Arizal.
"Ye itu nama ibu saya. Errr Tengku kenal ke?" Tanya Intan Sofea ingin mendapatkan kepastian. "Ha'ah abang kenal ke?" Tengku Faridah juga bertanya.
"Mestilah saya kenal. Junior sekolah dulu. Dah lama tak jumpa. Ibu awak macam mana sekarang? Masih lagi sakit?" Tanya Tengku Arizal. Intan Sofea mengangguk. "Ya. Ibu sekarang kena tahan dekat hospital. Sedang menjalani rawatan" Beritahu Intan Sofea. Sekarang baru aku ingat dia lah lelaki yang lawat ibu dulu. Baru aku perasan.
"Esok kita lawat nak tak?" Tanya Tengku Faridah. "Boleh juga. Dah lama tak jumpa. Seingat pakciklah dulu Intan kecil je sekarang dah besar. Dah jadi anak dara" Intan Sofea cuma tersengih. Sebenarnya aku tak ingat pun yang aku pernah jumpa dorang ni masa kecil.
KEESOKAN harinya seperti yang diperkatakan oleh Tengku Arizal mereka pergi melawat ibu kepada Intan Sofea.
"Mama nak pergi mana?" Tanya Tengku Arash yang baru turun. Entah jam berapa dia balik semalam keluar dengan Irdina. Sepatutnya dia membawa Irdina bertemu dengan orang tuanya tapi gadis itu menukar plan pada last minutes. Last-last mereka keluar melihat wayang sahaja. Itu pun setelah puas memujuk Irdina.
Irdina merajuk sebab Tengku Arash tak benarkan dia berpakaikan seksi bertemu orang tua lelaki itu. Sebab itu lah dia merajuk. Mujurlah Tengku Arash pandai memujuk kekasih hatinya itu.
"Nak lawat ibu Intan kejap" Beritahu Tengku Faridah. "Oh" Balas Tengku Arash.
"Nak ikut tak?" Tanya Tengku Arizal pula. "Tak nak lah Pa. Malas nak keluar harini" Beritahu Tengku Arash. "Kalau kami balik kamu tak ada di rumah siap kamu" Ugut Tengku Faridah. Arash apa lagi hanya mampu tersengih. "Kami jalan dulu. Duduk rumah je. Adik kamu tak ada kat rumah. Jaga rumah faham?" Pesan Tengku Arizal pula.
"Alah minah tu kan ada. Suruh lah dia jaga rumah. Dah itu tugas dia" Tengku Arash memandang ke arah Intan Sofea yang dari tadi hanya mendiamkan diri berdiri di sebelah Tengku Faridah.
"Intan ikut korang. Dah kami lawat ibu dia. Macam lah kitorang tahu dekat bilik mana. Muka pun papa dah tak cam" Beritahu Tengku Arizal. "Papa kenal mama minah ni. Yang dulu kerja pela-" Dia terhenti apabila Tengku Farida memandang tepat ke dalam anak matanya.
Tengku Arash tahu serba sedikit kisah silam ibu Intan Sofea kerana dia tidak sengaja terdengar Intan Sofea meluah pada Tengku Faridah tempoh hari. Hari sejak dia tahu, memang selalu lah dia hina-hina Intan Sofea dan ibu kepada gadis itu.
"Mama tahu kamu nak cakap apa. Tak payah nak menghina sangatlah Arash. Macam lah kamu tu baik sangat. Macam lah girlfriend seumur hidup kamu tu baik sangat" Marah Tengku Farida.
Intan Sofea cuma menunduk ke bawah memandang ke arah lantai ruang tamu. Aku tahu lah ibu aku bekas pelacur. Tapi ibu dah bertaubat. Susah sangat kah korang nak maafkan? Hina sangat kah aku ni? Padahal aku lahir sah taraf. Aku boleh buktikan kalau orang masih tidak percaya tau.
"Jom lah gerak. Intan? Jom" Kata Tengku Arizal. Intan Sofea cuma mengangguk lalu menuruti langkah Tengku Faridah.
*****
Seperti biasa jangan lupa vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...