BAB 69

1.9K 70 0
                                    



     "AKU penat lah Rash." Adu Fakhrul. Menyesal pula dia ikut lelaki itu keluar. Tak pasal-pasal dia kena angkat barang-barang yang dibeli oleh lelaki itu.

"Shut up. Tu lah nak ikut sangat kan." Ujar Tengku Arash. Fakhrul juga yang beria mahu ikut dia keluar tadi. "Ni last kedai. Lepas ni balik hotel lah semula." Sejak sudah berkahwin dan mempunyai anak ini, memang pantang dia untuk keluar shopping. Pasti ada sahaja barang dia beli. Semuanya untuk isteri dan anaknya.

Arin Daniel sudah berusia 5 bulan. Dah pandai meniarap sendiri. Budak itu juga suka menggigit segala-gala benda yang dia nampak. Tengku Arash pun apa lagi, memang banyak mainan dia belikan untuk anaknya itu. Baju begitu juga. Banyak dia belikan untuk Arin Daniel.

Sampai sahaja di bilik hotel yang mereka kongsi itu, Fakhrul terus merebahkan dirinya ke atas katil sementara Tengku Arash mengemas apa yang patut. Malam ini mereka sudah balik.

"Kau tak penat ke Rash?" Fakhrul bertanya. Lain macam tenaga kawannya itu. Macam tiada tanda mahu berehat. "Penat lah. Tapi sikit je. Aku nak kemas barang sikit ni." Sebab bila sampai di Malaysia nanti, dia hanya balik ke rumah untuk menyimpan barang. Kemudian dia terbang semula ke Switzerland.

"Jap aku nak book ticket ni." Dia belum beli lagi tiket untuk ke Switzerland. "Kau nak pergi mana? Honeymoon lagi ke? Kang anak kau tak sampai setahun dah beradik pula." Tanya Fakhrul.

"Lambat lagi aku nak honeymoon. Anak aku tu kan masih kecik lagi. Aku nak pergi Swiss lah. Wife aku ajak balik sana. " Intan Sofea sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk datang melawat bersama Arin Daniel. Boleh dikatakan Switzerland ini kampung kedua buatnya.

Nanti bila Arin Daniel dah besar, boleh lah dia berlagak sikit bila kawan-kawan dia tanya raya nanti dia balik mana. Boleh lah dia jawab dia balik Switzerland. 'Tahun ni aku balik Zurich.'

"Kadang-kala aku risau juga dekat kau ni sebenarnya. Kau kahwin dengan orang tempatan ke orang luar negara ni. Selalu sangat bini kau pergi Switzerland ya." Tengku Arash tertawa besar.

"Dah parents in law aku duduk Switzerland. Nak buat macam mana. Abang sulung dia pun duduk sana juga." Mujurlah Arin Daniel lahir di Malaysia. Jika tidak pasti banyak kerja pula untuk proses memohon warganegara Arin Daniel di Malaysia ini.

Dan mujurlah Intan Sofea tidak memohon menukar warganegara dahulu. Jika tidak pasti mereka akan tinggal di Switzerland.

"Bapa mentua aku tu memang dah warganegara Switzerland. Abang sulung dia pun. Memang dari dulu dorang tinggal dekat Zurich tu." Tengku Arash memberitahu. "Oh rupanya. Patutlah bini kau selalu balik sana." Kini dia baru faham.

"Sepatutnya bini aku tu nak beranak di Switzerland tapi aku halang. Kang susah nak mohon warganegara untuk anak aku dekat sini." Intan Sofea memang tidak menegur dia selama 3 hari kerana Tengku Arash tidak membenarkan dia untuk beranak di sana.

"Tapi kan kau nak tahu satu fakta tak?" Fakhrul bertanya. "Fakta apa pula? Jangan kau nak mengarut sana. Aku penat ni." Bukan dia tidak kenal akan Fakhrul ini. Selalu sangat dah Fakhrul ini bagi fakta mengarut. Mengarut pun ada juga yang tertipu olehnya.

"I bet tak lama lagi mesti wife kau pregnant lagi kan? Ye lah dia kan dah habis pantang. Kau pun dah lama tak dapat." Kemudian Fakhrul tersengih sendiri.

Tentku Arash pun apa lagi, dia ketuk lah kepala kawannya itu. "Otak kau tu kan. Tak ada lagi suci ke? Hal dalam kelambu aku pun kau nak sibuk ke? Kau ingat aku ni ada masa ke nak spend dengan wife aku ni sejak dia dah beranak." Fakhrul masih tersengih sambil menggosok kepalanya yang diketuk tadi.

"Sibuk je lah kau pasal hidup aku. Wife aku nak mengandung lagi tu biarlah. Bukannya aku kacau duit kau pun kan?" Tengku Arash memang pantang sikit bila ada yang bertanya isu begitu. Hal privasi suami isteri tu kan lebih baik disimpan di dalam bilik sahaja. Tak perlulah nak cerita dekat semua orang.




        "TENGAH buat apa tu Sayang?" Tengku Arash bertanya. Dia baru selesai solat asar tadi. Itu pun dia terlambat sebab baru balik. "Hubby tahu kan dekat sini dah nak jam 12 tengah malam. Saya tidur tadi time hubby call." Susah juga bila berbeza negara ini. Masa juga turut berbeza.

Tengku Arash berada di New York manakala Intan Sofea berada di Malaysia. Mereka akan sama-sama bertolak ke Switzerland nanti. Gaya mereka macam percintaan jarak jauh sahaja. Padahal si suami terpaksa ke New York atas urusan kerja sahaja.

Zaman sekarang yang serba moden ini memudahkan semuanya. Tak perlu pun berjumpa secara depan-depan untuk berbual kerana dengan menggunakan aplikasi seperti skype, dah boleh berhubung dengan orang jauh. Semuanya di hujung jari.

"Hubby nak apa ni?" Intan Sofea bertanya sambil dia bangun dari baringnya. Dia bersandar di kepala katil. Sambil-sambil itu dia membetulkan bajunya yang terselak sedikit itu. Tadi dia menyusukan Arin Daniel.

"Aik? Nak call wife sendiri pun tak boleh ke Yang?" Kemudian lelaki itu tertawa. "Memang lah boleh hubby. Tak ada orang halang. Tapi tengok lah jam tu. Tak sesuai langsung lah. Tahu lah dekat situ masih siang. Kat sini dah tengah malam tau." Dia memang mengantuk sangat ni.

"Arin mana? Dah tidur ke?" Tengku Arash bertanya. "Baru je dia senyap. Dari pagi tadi asyik melalak je." Intan Sofea memberitahu. Nak kata sakit, tidak juga. Tapi Arin Daniel jarang menangis. Dia bayi yang baik. Tak banyak menyusahkan mamanya.

"Kembung perut ke Sayang?" Risau juga dia kalau anaknya itu tidak berhenti menangis. "Tak juga. Mungkin rindu papa dia kot." Balas Intan Sofea. Tengku Arash tak jadi nak risau.

"Nanti Sayang packing baju hubby siap-siap ya. Kita sama-sama bertolak pergi Swis." Katanya. Dia baru selesai membeli tiket tadi. Walaupun mahal, tapi dia sanggup. Untuk keselesaan isteri dan anaknya juga. Tak kan lah dia nak biarkan isterinya duduk di bahagia ekonomi pula.

"Eh hubby ikut jugak ke?" Dia ingatkan Tengku Arash nak belikan tiket buat dirinya sahaja. "Mampu ke Sayang nak urus Arin sorang-sorang nanti? Lama tu Sayang duduk dalam flight. Nanti dia meragam macam mana?" Sekurang-kurangnya kalau dia ada bolehlah dia tolong isterinya nanti uruskan anak mereka.

"Hmm ye lah. Tapi hubby tak penat ke?" Risau juga dia nanti suaminya tak cukup rehat. Memang sejak dua menjak ini Tengku Arash sentiasa sibuk. Sentiada ada mood standby untuk mengganti tempat kawan-kawannya. Mereka telah banyak membantu dia tika dia bercuti kahwin dan cuti menjaga Intan Sofea berpantang.

"Hah sebelum hubby lupa. Ada nak minta beli apa-apa tak? Beg? Baju? Kasut? Barang kemas? Makeup?" Tengku Arash bertanya.

Isterinya ini bukan jenis yang suka meminta. Tapi Tengku Arash memang sejak awal perkahwinan mereka lagi dia sudah manjakan isterinya dekat kemewahan yang dia ada. Tak kan lah dengan isteri sendiri pun dia mahu kedekut.

"Setakat ni tak ada lagi lah sebab hubby tu tiap kali pergi New York je mesti belikan saya macam-macam." Sampaikan dia sendiri pun dah tak tahu nak minta beli apa. Walaupun hanya sekejap sahaja berada di New York, pasti sempat dia belikan sesuatu buat isteri, anak dan keluarganya.

"Esok before flight hubby, hubby try masuk Dior ya belikan minyak wangi. Sayang nak?" Terus sahaja Intan Sofea tersengih. Mestilah dia suka sebab dia suka bau minyak wangi jenama Dior itu. 

"Ok lah Sayang dah lewat sangat ni. Pergi lah sambung tidur. Tolong kiss Arin untuk hubby." Pesannya. Bukan dia tidak tahu dari tadi isterinya itu asyik menguap sahaja.

*****

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now