INTAN Sofea pergi melawat ibunya memandangkan keluarga Tengku Faridah pergi ke Johor untuk menghadiri kenduri kahwin keluarga mereka manakala Tengku Arash pula terbang ke Australia petang kelmarin.
Jadi dia nak minta cuti sehari nak jaga ibunya dekat hospital. Tapi disebabkan MakJah pula tak cuti Intan Sofea akan balik waktu petang. Takut pula meninggalkan Makjah keseorangan di villa tu walaupun ada sekuriti.
"Assalammualaikum ibu" Katanya lalu bersalam dengan Puan Suzana. "Waalaikumsalam. Anak ibu ni datang tak bagi tau" Balas Puan Suzana.
Dah nak dekat sebulan akan aku kerja dekat sana. Nasiblah anak aku ni masih dalam keadaan balik. Tak rugi aku percaya keluarga Tengku Arizal tu.
"Saja. Lagipun Sofea tak tahu yang keluarga Tengku tu pergi Johor harini. Ingatkan minggu depan. Oh ya ibu dah makan?" Soal Intan Sofea. Puan Suzana mengangguk.
"Dah tadi. Baru je ibu lepas makan. Kamu ni dah makan?" Tanya Puan Suzana. Walaupun anak aku ni bekerja dengan orang yang baik macam Tengku Arizal tu dan kena bagi cukup makan tapi aku risau juga. Mana tahu dia ni belum makan sebelum datang sini.
"Dah. Dengan MakJah tadi. Oh ya Tengku Arizal dengan MakJah kirim salam" Beritahu Intan Sofea. Puan Suzana pula cuma mengangguk. "Waalaikumsalam".
"Macam mana kerja dekat sana? Sofea ok tak? Kalau rasa tak sanggup tu berhenti je. Ibu kan masih ada duit simpanan dalam bank tu. Ibu boleh guna untuk kos rawatan ibu" Kata Puan Suzana dengan tiba-tiba.
"Kenapa pula Ibu? Sofea ok je kat sana. Biar Sofea je bayar. Sofea kan dah janji dengan ibu?" Balas Intan Sofea.
"Lebih baik kamu guna duit tu untuk sambung belajar. Kamu tu tahun ni baru masuk 18 tahun Sofea. Banyak benda lagi kamu nak hadapi. Sekurang-kurangnya ada kelulusan. Ibu memang dah tiada masa depan tapi kamu...Sofea masa depan kamu masih cerah. Ada harapan untuk berjaya tapi ibu ni tak. Ibu dah tua. Mungkin tak panjang lagi umur ibu ni. Sambunglah belajar ye?" Nasihat Puan Suzana secara tiba-tiba.
Bukan dia tak suka anak gadisnya itu bekerja tapi dia berharap sangat yang Intan Sofea akan menyambung belajar. Sekurang-kurangnya kalau dia dah tiada nanti Intan Sofea ada masa depan dengan menyambung belajar.
Dah ada hala tuju hidup. Dia memang tak nak anaknya itu melakukan perkara yang sama dia lakukan dulu. Kalau ayah kandung Intan Sofea tidak menyelamatkannya dulu pasti dia masih hidup di dalam lorong gelap itu menjual diri sendiri.
Semuanya berlaku akibat dia dijual oleh abangnya untuk membayar hutang ah-long. Dia buat semua tu kerana terpaksa. Tiba-tiba pula teringat kisah silam. Masa pertama kali jejak kaki ke kawasan kotor dan jijik itu.
Flashback.......
Satu kawasan flat Suzana dikejar oleh abangnya. "Suzana balik sini" Jerit abangnya sambil mengejarnya. "Tak nak. Tolong" Jerit Suzana. Selain abangnya ada lagi 3 orang lelaki yang berbadan tegap mengejarnya. Dari blok pertama dia berlari ke blok keempat dan naik ke tingkat atas. Baru sahaja dia nak menaiki tangga menuju ke tingkat 3 kakinya tersadung dan dia terjatuh bergolek jatuh.
Baru sahaja dia hendak berdiri semula untuk terus berlari abangnya tiba bersama 3 orang lelaki itu. "Lu punya adik banyak susahkan kami oranglah" Kata lelaki yang memakai kaca mata hitam itu. "Sorry tauke. Budak ni memang keras kepala sikit. Hah lu orang dua orang bawa lah budak ni aku dah tak kisah asalkan hutang aku habis" Ujar abangnya.
"Oii minah kau tukar baju kau tu. Jijik aku tengok" Kata lelaki yang tadi membawanya ke tempat itu. Walhal Suzana memakai baju t-shirt berwarna pink dan juga skirt hitam paras lutut.
"Habis nak dia pakai baju apa? Oh baju tu? Kejap aku bawakan" Kata seorang perempuan berbaju single bertali dipadankan dengan skirt pendek paras peha. Dijarinya terselit sebatang rokok yang menyala. "Hah bagus juga tu. Dah pergi bawa dia masuk dalam. Eh jap tadi ada sorang pelanggan masuk dalam bilik nombor 124. Apa kata biar minah tu layan?" Cadang lelaki itu.
Suzana meronta-ronta ingin melepaskan diri apabila perempuan itu menariknya masuk ke dalam bilik berkenaan. "C'mon lah tak sakit punya. Kau mesti rasa puas lah. Mesti nak lagi" Pujuk perempuan itu. "Tak nak. Tolonglah. Aku mampu buat apa sajak tapi bukan ni" Rayu Suzana. "Maaf" Ucap perempuan itu lagi dan menolak Suzana masuk ke dalam bilik itu.
End flashback.....
"Ibu? Oh ibu? Ibu ok tak? Kenapa ibu nangis?" Tanya Intan Sofea kepadanya ibunya. Tak tadi ibu duduk diam-diam termenung lepastu ibu tiba-tiba menangis. Aku pun tak tahu kenapa.
"Hah? Ibu ok. Cuba..." Berat hendak diperkatakan kepada Intan Sofea. "Ibu teringat kisah lama? Ibu itu kan masa silam ibu. Sofea tak nak ibu ingat pasal tu lagi. Ibu dah taubat kan? Biarlah masa silam ibu tu. Hanya Sofea je yang tahu." Beritahu Intan Sofea. Tubuh ibunya dibawa ke dalam dakapan. Belakang ibunya pula diusap-usap. Ingin menghilangkan kederitaan ibunya.
SETELAH sampai di hotel yang diinap oleh Tengku Arash dan kawan sekerjanya dia lantas membaringkan tubuhnya ke atas katil. Penat pula rasanya bawa kapal terbang.
Baru sahaja dia hendak terlelap dia tiba-tiba teringat akan adiknya Tengku Ariqah yang berkirim barang. Memang kalau Tengku Arash pergi ke Australia mahupun negara-negara seperti Jepun pasti si bongsu itu akan berkirim barang. Tak kisahlah baju mahupun makanan.
Kali ni pula Tengku Ariqah berkirim patung. Tak lain tak bukan patung koala. Walhal kat Malaysia ada je berjual tapi adiknya itu berkeras nak patung koala dari Australia. Mahu tidak mahu Tengku Arash terpaksa menunaikan permintaan adiknya yang kadang kala tidak masuk akal itu.
"Budak ni kan menyusahkan aku je" Omel Tengku Arash. Baru je dia terfikir akan adiknya itu telefonnya berbunyi menandakan panggilan telefon masuk.
"Aik baru cakap dah muncul? Hebat juga ye" Ujar Tengku Arash. Dia bangun dari baringnya lalu menjawab panggilan telefon dari adiknya.
"Ye abang dah sampai kat Australia ni. Dekat hotel dah. Kau nak apa?" Soal Tengku Arash kepada adiknya. "Aku tahu lah. Nanti aku belikan lah. Sabar lah. Kau ni kan Ari. Bila abang balik? Hmm dalam 3 hari lagi lah" Balasnya apabila Tengku Ariqah bertanya tentang kirimannya.
Dari posisi duduk dia bangun lalu menuju ke arah tingkap bilik hotelnya. Kelihatan remaja-remaja menaiki basikal. Mungkin mereka baru balik dari sekolah. Eh jap sekolah? Bukan sepatutnya Tengku Ariqah berada di sekolah? Dia menilik jam tangannya. Jam 2 petang waktu Australia maksudnya kat sana jam 11 pagi tapi kenapa pula adiknya ini boleh menghubunginya.
"Kau sekolah tak?" Soal Tengku Arash. "Cuti? Cuti apa? Oh aku lupa pula aku ada sepupu kahwin harini. Cakap tahniah dengan dia. Dah jangan kacau. Abang nak tidur. Kirim salam dengan mama dan papa tu ye?" Pesan Tengku Arash lalu meletakkan panggilan tersebut. Tak habis ke kredit adik aku tu call aku? Katanya dalam hati.
*******
Seperti biasa jangan lupa untuk vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...