TENGAH khusyuk Intan Sofea solat tiba-tiba pintu biliknya diketuk dengan kuat dari luar. Selesai sahaja dia solat lantas dia menuju ke pintu nak tengok siapa yang ketuk pintu macam nak roboh je.
"Kau pekak ke apa? Dah 10 kali aku panggil tau baru sekarang kau nak keluar?" Tak sampai pun sebenarnya 10 kali aku ketuk pintu bilik dia. Alah saja kasi sedap cerita.
"Saya sembahyang lah tadi" Jawab Intan Sofea. "Sembahyang? Ah tipu". Mamat ni buta ke macam mana? Ke dah hilang biji mata? Tak nampak ke aku yang dah macam apa bertelekung bagai?
"Ok ok. Tak payah nak tayangkan muka sembelit kau tu" Ujar Tengku Arash. "Aku nak kau buatkan air. Girlfriend aku nak datang" Katanya. Eleh demi girlfriend dia sanggup buat apa je. Aku rasa perempuan tu dah bagi dia makan nasi kangkang kot. Astagafirulahalazim Intan Sofea kenapa nak buruk sangka pula ni. Terus dia menepuk dahinya.
"Oi! Kau dah kenapa? Gila?" Tanya Tengku Arash. Tiba-tiba je minah ni tepuk dahi dia. Dah kenapa? Ada nyamuk ke? Aku tak nampak pula.
"Err...tak de lah. Nanti saya buatkan ye. Nak ambil tudung dulu" Ujarnya lalu masuk semula ke dalam biliknya. Siap kunci pintu lagi.
Air yang telah siap dibuat dibawa masuk ke ruang tamu. Rasa menyampah pula tengok minah ni. Bisik Intan Sofea di dalam hatinya. "Hah apa lagi tercegat dekat situ? Hidangkan lah air! Tak reti?" Marah Irdina. Jari jemarinya yang berwarna merah itu bermain-main di dada lelaki itu.
Serius aku menyampah tengok pasangan ni. Kenapa tak kahwin je kalau dua-dua dah suka. Lagipun Tengku Arash ni mampu apa bayar berlian mahal-mahal. Dia kerja pilot kot. Tak kan tak mampu demi si Irdina tak cukup kain ni. Kata Intan Sofea di dalam hatinya. Karang keluar suara ada pula yang kena baling dengan cawan kaca.
Selepas menghidangkan air Intan Sofea menuju ke belakang rumah nak membantu MakJah menyiram bunga. "Lamanya kamu solat Intan" Kata MakJah. "Tak lah. Tadi lepas solat Tengku Arash minta buatkan air. Girlfriend dia si Irdina tu ada datang" Jawab Intan Sofea. Daun-daun pokok bunga raya yang berguguran itu dia kutip. Nanti Tengku Faridah nampak bunga kesayangan dia semak ada juga kena marah oleh Tengku Faridah. Dia memang pantang kalau nampak bunga raya kesayangan dia tu semak ataupun rosak.
Baru-baru ni pun masa Tengku Arash petik sekuntum bunga raya kesayangan milik Tengku Faridah pun kena marah. Apatah lagi kalau Intan Sofea yang petik. Nanti bertukar Tengku Faridah jadi Hulk macam mana? Seram weii.
"Oh dia datang lagi. Hah ni tolong MakJah alihkan pasu bunga ni. Tengku nak bawa balik bunga baru harini" Ujar Makjah sambil menunjuk ke arah pasu bunga pokok kertas berwarna ungu itu. Intan Sofea cuma mengangguk lalu membantu Makjah memindahkan pasu bunga itu.
Tidak lama kemudian Tengku Faridah balik. Lantas dia menuju ke belakang rumah. Tidak sabar nak tengokkan dekat Makjah dan jugan Intan Sofea akan pokok yang baru dia beli.
"Assalammualaikum Makjah. Intan. Kereta siapa dekat luar tu?" Tanya Tengku Faridah. "Waalikumsalam Tengku. Tu kereta milik cik Irdina" Balas Intan Sofea. "Oh dia. Oh ya ni hah pokok yang saya cakap semalam tu dah sampai. Tak sabar nak bagi tengok dekat Makjah dengan Intan tau" Ujar Tengku Faridah dengan teruja. Pokok pun boleh buat dia teruja. Macam mana lah kalau dapat menantu? Mesti dia teruja gila nak mampus kan?
"Wah pokok Bonzai lah. Mesti mahal kan Tengku" Kata Intan Sofea sambil memandang ke arah pokok Bonzai itu. "Saya beli khas dari Jepun tau" Beritahu Tengku Faridah. Dia memang minat akan bunga dan tumbuh-tumbuhan kalau boleh semua spesis dia beli tau nak tambah koleksi bunga. Minggu lepas je dia beli berapa pohon pokok bunga matahari. Entah-entah esok lusa belakang rumah Tengku Faridah ni dipenuhi dengan pokok sakura pula.
"MAKJAH harini biar saya je masak ya. Makjah tolong buat air je" Ujar Intan Sofea. Tangannya sedang sibuk menyiang ikan. Tiba-tiba teringat pula resepi ikan masak 3 rasa resepi ibunya. "Ye ke? Intan nak masak apa?" Tanya Makjah.
"Ikan masak 3 rasa. Tiba-tiba pula teringat dekat ikan yang ibu selalu masak dahulu" Ujarnya. "Rindu dekat ibu akak ye?" Sampuk Tengku Ariqah pula. Entah dari mana budak sorang ni muncul.
"Eh Ari. Kenapa datang sini? Haus?" Tanya Intan Sofea. "Kenapa? Salah ke kalau Ari datang. Bosan lah duduk dalam saja. Sekali sekala masuk dapur hilang bosan. Boleh juga tengok Makjah dengan akak masak" Ujarnya. Badan di sandar di tepi singki. Nak tengok dengan lebih dekat cara-cara siang ikan.
"Baguslah tu Ariqah. Tak kan anak dara tak pandai masak kan? Masa umur begini Ariqah sepatutnya belajar masak tau" Kata Makjah. "Kalau begitu Makjah ajarkan Ari ye? Boleh kan?" Tanya dia. Dia memang melayan Makjah sama seperti neneknya. Maklumlah Makjah dah kerja dengan keluarga mereka sejak Tengku Arash masih kecil lagi sehinggalah lelaki itu menjadi dewasa. Makjah dah jadi sebahagian daripada keluarga mereka.
"Boleh. RM100 untuk 30 minit" Gurau Makjah. "Apa ni. Makjah ni kan kedekut. Mahal sangat" Rajuk Tengku Ariqah. Dia memandang ke arah Intan Sofea. "Akak ajarkan boleh?" Tengku Ariqah bertanya. "Boleh. Tapi akak lagi mahal tau" Intan Sofea pun turut sama mengusik gadis itu.
"Akak pun sama? Eee tak nak kawan lah macam begini" Pipi dikembungkan lalu tangan disilang di atas dada. Dah merah pipi dia. Intan Sofea dan Makjah tertawa kecil. Seronok je usik si Tengku Ariqah. Maklumlah dia sorang je dorang boleh usik. Kalau nak usik Tengku Arash? Tak berani weii. Dia punya seram lain macam.
"Korang gurau je. Mestilah akak dengan Makjah akan ajar kan Makjah? Lagipun nanti kesian dekat bakal suami Ari tau tak dapat rasa air tangan Ari bila Ari dah kahwin" Kata Intan Sofea. Makjah mengangguk tanda bersetuju.
"Jadi nak masak apa? Akak ajar Ari masak apa? Asam pedas? Kari kepala ikan?" Tanya Tengku Ariqah. Dia memandang beberapa ekor ikan yang baru siap disiang oleh Intan Sofea.
"Tak. Kita masak nasi" Ujar Intan Sofea. "What? Nasi je?" Terus mukanya berubah seperti baru tertelan sebiji buah lemon. Meletus ketawa Intan Sofea dan Makjah melihat muka cemberut yang ditayangkan oleh Tengku Ariqah.
"Ye lah belajar yang asas dulu. Yang senang dulu baru yang susah. Kang Makjah ajar masak gulai Ari juga yang terkonco-konco nak hafal segala bahan" Kata Intan Sofea.
"Hmm ye lah. Nasi pun nasi lah" Jawab Tengku Ariqah. Intan Sofea dan Makjah tertaea kecil. Suka sangat dapat buli gadis ni.
*****
Seperti biasa jangan lupa vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...